|
|
| Sabda Rasulullah saw
maksudnya:"Siapa yang menjurusi satu jalan untuk
mencari ilmu padanya nescaya Allah akan
mempermudahkan padanya jalan ke syurga."
(Muslim:4/2074 no:2699) | |
| | | | |
|
|
|
Bagaimana Komputer Menyimpan Maklumat.
Revolusi maklumat berada disekitar
kita. Dimana sahaja kita pergi hari ini, kita akan ketemui bermacam jenis
komputer dan peralatan-peralatan lain yang dikuasai oleh oleh komputer yang
sibuk memproses, menyimpan dan membentangkan maklumat untuk kita. Dalam suasana
sedemikian, adakalanya kita takjub dan berhenti untuk memikirkan bagaimana
kesemua komputer ini menyimpan begitu banyak maklumat?
Jika anda ingin mengetahuinya sila ikuti perenggan-perenggan selanjutnya….
---------------------------------------------------------------------------------------
Apakah Itu Maklumat ?
Secara ringkas,maklumat itu dikatakan sebagai segala apa yang membawa kepada
sesuatu maksud kepada manusia. Ia tidak terhad kepada pancaindera kita seperti
pemandangan, suara,bunyi, rasa, bau dan sentuhan. Di samping itu hasil karya
manusaia seperti tulisan, lukisan dan simbol juga dikatakan sebagai maklumat. Di
masa-masa akan datang adalah kemungkinann besar juga bahawa fikiran dan perasaan
manusia juga dikategorikan sebagi maklumay yang boleh dikesan dan diproses oleh
komputer sepertimana contoh-contoh maklumat yang diberikan awal tadi.
Maklumat Dalam Komputer
Jadi adakah semua ini bermaksud bahawa komputer itu boleh melihat permandangan
dan mengesan berjuta-juta jenis bau, namun ia menyimpan kesemua maklumat ini
dalam bentuk yang berbeza jika dibandingkan dengan otak manusia. Ini adalah
kerana komputer terdii daripada berjuta-juta litar elektronik yang kecil yang
disemaikan dalam bentuk IC atau Litar Bersepadu. Kesemua litar-litar ini boleh
berada dalam satu dari dua keadaan atau situasi sahaja. Keadaaan atau situasi
ini adalah saamaada litar itu terpasang (yakni mengandungi arus elektrik) atau
tertutup(tiada arus elektrik). Keujudan dalam dua situasi ini sering dikatakan
“Binari”
Sistem “Binari”
Sistem Binari sering diwakili menggunakan nombor ( agar ia mudah difahami
manusia). Nombor-nomnor ini ialah 1 untuk litar terpasang dan 0 untuk litar
tertutup. Jadi ingatan komputer sentiasa dipenuhi denga nombor-nombor 1 dan 0
ini. Setiap satu dari 1dan 0 ini dikatakan sebagai satu ‘bit’ dan mewakili satu
unit maklumat. Jadi bit adalah ukuran unit maklumat yang terkecil dalam sistem
komputer.
Kecil-Kecil Menjadi Bukit.
Menyimpan maklumat di dalam bit sahaja tidaklah mendatangkan apa-apa faedah
kepada manusia. Ini kerana bit hanya boleh mewakili dua unit maklumat sahaja (iaitu
yang diwakili 1 dan 0). Sementara kita tahu dunia ini dipenuhi dengan berjuta
jenis maklumat. Jadi bagaimankan harus kesemua maklumat di dunia ini disimpan
dengan menggunakan dua bit dalam ingatan komputer? Jawapannya ialah dengan
mengumpulkan bit-bit tersebut ke dalam satu kumpulan yang lebih besar. Bit-bit
sering dikumpulkan dalam kumpulan yang sebesar 8, 16, 32, 64 mahupun 128 bit
bagi membenarkan perwakilan julat maklumat yang lebih besar. Di awal era
komputer misalnya, 8 bit sering digunakan sementara sekarang 32 dan bit menjadi
kebiasaan dan 128 bit sudah mula diperkenalkan dalam sistem-sistem komputer
kategori atasan <tentera dan penyelidikan>. Mari kita selidiki bagaimana dengan
mengumpulkan sejumlah besar bit kita boleh mewakili julat maklumat yang lebih
besar.
Bersatu bit Menjadi Teguh!
Ahli matematik di awal kurun ke 19 sudahpun mencari jalan untuk mewakilkan
maklumat yang banyak dengan hanya 2 bit ( walaupun dalam ketika itu teknologi
komputer belum wujud lagi). Dengan mengambil setiap baris bit untuk mewakili
satu set maklumat, adalah mungkin untuk kita mewakili berjuta-juta maklumat
dalam baris-baris bit sahaja. Sebagai contoh :-
Nombor 1 diwakili didalam sistem binari sebagai 00000001
Nombor 2 diwakili didalam sistem binari sebagai 00000010
Nombor 3 diwakili didalam sistem binari sebagai 00000011
Nombor 4 diwakili didalam sistem binari sebagai 00000100 dan seterusnya.
Kita dapat lihat bagaimana turutan angka-angka 1 dan 0 digerakkan dari hujung
kanan ke kiri dalam pewakilan maklumat ini. Dengan cara ini, segala apa nombor,
simbol, tulisan atau maklumat lain boleh dipecahkan dan diwakili di dalam
kumpulan-kumpulan bit ini.
Dari Bit Ke Byte
Kumpulan-kumpulan bit ini maklumat sudah mula mengambil bentuk dalam komputer.
Satu kumpulan 8, 16, 32, 64 dan 128 bit dikenali sebagai satu byte. Satu adalah
perwakilan satu unit seperti huruf ‘A’ di dalam ingatan komputer. Ini bermaksud
satu perkataan seperti ‘Hafiz’ yang terdiri daripada 5 abjad dikatakan 5 byte
panjangnya. Antara lain seperti ‘Musang’ yang terdiri daripada 6 abjad dikatakan
pula 6 byte. Dengan cara yang sama satu dokumen yang mengandungi 1500 aksara (
memasuk abjad, nombor,simbol dan ruang kosong) dikatakan adalah 1500 byte
panjangnya. Kita dapat lihat bahawa byte memberikan cara mudah untuk
menggambarkan kuantiti maklumat di dalam komputer.
Kilobyte, Megabyte dan Gigabyte
Sistem matrik yang digunakan dan singkatan kila,mega,dan giga diletakan di
hadapan byte bagi meggambarkan jumlah kuantiti maklumat yang semakin banyak
sebagai contoh , satu KiloByte ditakhtakan sebagai KB adalah bersamaan dengan
lebih kurang satu ribu byte. Seterusnya satu MegaByte (MB) adalah lebih kurang
satu juta byte dan satu GigaByte (GB) pula adalah bersamaan dengan hampir satu
billion(satu ribu juta) bytr. Diramalkan akan datang akan wujud TeraByte (TB) .
Untuk Menulisnya di dalam nombor:-
1 KB = lebih kurang 1,000 byte.
1 MB = lebih kurang 1, 000,000 byte
1 GB =lebih kurang 1,000,000,000 byte
1 TB = lebih kurang 1,000,000,000,000 byte
Ukuran MB dan GB sering di gunakan sekarang ini bagi menggambarkan kuantiti
maklumat di dalam satu fail komputer ataupun jumlah maklumat yang boleh disimpan/diprosesoleh
peralatan komuter seperti RAM,Cakera Liat dan cakera keras.

| |
|
| | | |
|
|
|
| Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang
meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding
dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an,
membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di
dalam Kaa'bah. | |
| | | | |
|
|
| There isn't a Biggest Story for
Today,
yet. | |
| | | | |
|