|
|
| Sabda Rasulullah saw
maksudnya:"Siapa yang menjurusi satu jalan untuk
mencari ilmu padanya nescaya Allah akan
mempermudahkan padanya jalan ke syurga."
(Muslim:4/2074 no:2699) | |
| | | | |
|
| Multimedia Super Corridor | |
|
Apakah yang dimaksudkan dengan Multimedia
Super Corridor?
"Koridor Raya Multimedia"(MSC) ialah satu rancangan pembangunan teknologi
maklumat dan multimedia yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri
Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau merasmikan Putrajaya, pusat pentadbiran baru
kerajaan Malaysia, pada 1 Ogos 1996. Koridor Raya Multimedia meliputi satu
kawasan seluas 750 meter persegi(panjang 50 km, lebar 15 km). Kawasan ini
bermula dari Menara Besar Petronas terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur(KLIA) di sebelah selatan (yang dijangka akan siap pembinaannya menjelang
1998). Koridor Raya Multimedia akan memainkan peranan sebagai pusat pemangkin
multimedia di kawasan ini.
Perbadanan multimedia bertaraf antarabangsa akan dijemput menempatkan unit
perniagaan serta kelengkapan penyelidikan dan perkembangan mereka di sini,
sebagai tapak untuk membekalkan produk multimedia dan memberikan perkhidmatan
berkenaan kepada pasaran serantau dan seluruh dunia amnya. Sistem kawat yang
menjadi tulang belakang koridor ini merupakan talian tunjang gentian digital
2.5-10Gbps serta kabel optik gentian paras kedua 622Mbps yang menelan
perbelanjaan sebanyak 5 billion ringgit. Sistem kabel berkelajuan tinggi ini
dapat memproses maklumat dari satu tempat ke tempat lain dalam masa yang singkat.
Oleh yang demikian ia telah menarik minat pelbagai syarikat teknologi tinggi,
terutamanya mereka yang terlibat dalam sistem audio dan visual kerana struktur
lebar jalur(bandwidth) yang sangat laju ini membolehkan teknologi canggih mereka
berkembang pesat di sini. Kerajaan Malaysia telah membuat pelbagai pelarasan dan
perancangan dalam hal perlembagaan, insentif pelaburan, pembinaan prasarana
serta jaminan pelaburannya untuk menarik lebih banyak syarikat komputer dan
multimedia bertaraf antarabangsa datang melabur di Koridor Raya multimedia.
Matlamat Koridor Raya Multimedia.
Koridor Raya Multimedia terletak di tengah-tengah rantau Asia-Pasifik. Ia
merupakan projek besar yang belum pernah dilakukan sebelumnya. Kawasan ini
dijangka muncul sebagai pusat kepada syarikat usahawan untuk memperkembang dan
mengaplikasikan teknologi maklumat dan multimedia secara besar-besaran di rantau
Asia-Pasifik. Projek ini akan mengubah corak perniagaan dan perdagangan dunia
secara menyeluruh. Usahawan memperkembang dan mengaplikasi teknologi tinggi
multimedia ini berpeluang menggunakan beberapa keunikan yang sedia ada dengan
sepenuhnya, misalnya interaksi pelbagai budaya Malaysia, teraju pimpinan yang
berkewibawaan serta kedudukan kredit hasil dari pengalaman memberi perkhidmatan
dan membekalkan produk kepada pasaran serantau/sedunia sekian lama ini. Segala
faktor positif ini semestinya dapat mempertingkatkan daya persaingan para
usahawan di pasaran dunia . Konsep projek terkini Koridor Raya Multimedia juga
akan membawa Malaysia ke arah pembangunan teknologi maklumat yang lebih pesat.
Negara kita akan menjadi pusat teknologi maklumat di rantau Asia Tenggara, dan
seterusnya memainkan peranan penting dalam bidang teknologi mklumat antarabangsa.
Apakah rancangan yang akan dilancarkan di Koridor Raya Multimedia.
Dalam projek Koridor Raya Multimedia, kerajaan Malaysia akan mempelopori tujuh
aplikasi perdana iaitu:
Kerajaan elektronik
Teleperubatan
Kad pelbagai guna
Sekolah bistari
Kelompok R&D
Rangkaian pengilangan sedunia
Pusat pemasaran tanpa sempadan
Ketujuh-tujuh aplikasi yang merupakan pelopor Koridor Raya Multimedia ini
dijangka sempurna pelaksanaannya pada tahun 2020.

| |
|
| | | |
|
|
|
| Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang
meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding
dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an,
membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di
dalam Kaa'bah. | |
| | | | |
|
|
| There isn't a Biggest Story for
Today,
yet. | |
| | | | |
|