Fadilat Ayat Kursi
RASULLAH bersabda,
bermaksud:"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat kursi,Allah hilangkan
segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi: "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada
kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar,"
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana
Dia memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal dengan bacaan
ayat Kursi akan mendapat pertolongan dan perlindungan Allah daripada gangguan
dan hasutan syaitan.
Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada penceroboh
pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah.
Mengamal bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam
perjalanannya.
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,insya-Allah,boleh menyebabkan
syaitan dan jin terbakar.
Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah
itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
---------------------------------------------------------------------------------
NOTA:Segala khasiat yang di perturunkan oleh fadilat diatas tidak akan berlaku
tanpa izin Allah. Oleh itu carilah keredaan Allah dengan melaksanakan segala
perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di samping berikhtiar dengan
sesungguh hati.