Welcome!!!

:: Home  ::  Profile  ::  E-Album  ::  Link  ::  Guestbook  ::
Main Menu
· Home
· Profile
· E-Album
· Link
· Guestbook
 
Information Technology
· Tutorial
· Computer
· Motivation
· MSC
· Virus
· Glosari
 
Ukhwah
· Ibu Utama
· Insaf
· Muzakarah
· Qursi
· Hari
· Hadis
· Tazkirah
 
Fun

· Ring Tones
· Cord & Guitar Tab
· Lyrics
· Wrestling
· Jokes & Horror

· My Top Ten List
· What Da???

 
Hadis Nabi SAW
Sabda Rasulullah saw maksudnya:"Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu padanya nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Muslim:4/2074 no:2699)
 
Real Counter
 
 
Intro

 
Motivate yourself..

BAGAIMANA MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAAN. 

1.1 Mendisiplinkan Diri 
1.2 Bagaimana Menambah Daya Ingatan Dari Sudut Keagamaan 
1.3 Faktor-Faktor Yang Melemahkan Daya Ingatan 


1.1 Mendisiplinkan Diri
Jawablah Persoalan yang berikut: 


Kerapkah anda duduk di meja belajar sambil menghabiskan masa merenung serta membelek-belek nota serta menyusun -nyusunnya dari sudut meja ke sudut lain ? 
Kerapkah anda ingin melakukan sedikit bacaan tetapi mendapati diri anda merenung kepada muka surat yang sama satu jam kemudian? 
Kerapkah anda menanti hingga menjelang waktu malam barulah memegang pena untuk menulis laporan(assigment) yang perlu dihantar keesokkan harinya? 
Kerapkah anda 'melayang jauh' ke alam yang lain ketika berada di kelas atau di meja buku di rumah anda? 
Kerapkah anda 'hilang punca' ataupun mengalami fikiran kusut apabila anda cuba menulis perenggan pertama untuk laporan utama anda? 
Masih terlalu banyak 'kerapkah anda' yang boleh dinyatakan disini tetapi apa yang ingin diutarakan disini ianya menggambarkan bahawa anda menggambarkan bahawa anda telah kehilangan sesuatu. Satu-satunya perkara yang sangat penting ialah 'disiplin diri' 
Sesuatu yang positif harus dilaksanakan supaya calun-calun tidak akan menyalahkan dirinya, disamping tekanan-tekanan jiwa ataupun gangguan emosi yang hanya boleh membawa akibat buruk terhadap keputusan peperiksaan. Pernahkah anda mengatakan pada diri anda atau mendengar rakan-rakan berkata 'kalaulah saya belajar tentu hasilnya lebih baik'. 

Jauhkan tekanan sewaktu peperiksaan hampir menjelang. Buangkan perasaan was-was takut mengalami kegagalan dari jauh-jauh diri anda. Cuba hapuskan ungkapan ini dari sanubari anda : 'Aku mesti lulus peperiksaan ini,jika tidak gelaplah masa depanku" 


1.2 Bagaimana Menambah Daya Ingatan Dari Sudut Keagamaan

Untuk menambahkan kecerdasan akal, lakukanlah perkara di bawah ini : 

Tinggalkan perbuatan suka bercakap-cakap kosong 
Sentiasa bersiwak (bersugi) khususnya di waktu berwhuduk untuk bersolat dan selepas bangun dari tidur. 
Sentiasa bergaul dengan orang-orang yang soleh dan alim ulamak 
Banyakan puasa sunat, khususnya pada hari Khamis dan Isnin. 
Berdoa dan membaca surah-surah yang tertentu seperti doa penerang hati dan lain-lain. 


1.3 Faktor-Faktor Yang Melemahkan Daya Ingatan

Melihat benda-benda yang diharamkan seperti buku-buku dan cerita-cerita lucah. 
Bermain mata dengan perempuan atau sebaliknya (zina mata) 
Melancap/musturbation 
Membuang air kecil semasa menggosok gigi atau di dalam bilik air. 
Terlibat dalam cinta monyet yang menimbulkan khayalan tak bertepi tentang perempuan. 
Meminum minuman yang bercampur dengan semut 
Tidak membaca Al-Qur'an 
Mengadu domba dan mengumpat 
Sentiasa berada dalam keadaaan yang gelisah.

 

 
 
Search


 
Commercial

 
Hadis Nabi SAW
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaa'bah.
 
Big Story of Today
There isn't a Biggest Story for Today, yet.
 

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me
© 1999-2006 protozoa99 All Rights Reserved ®

Hosted by www.Geocities.ws

1