|
|
| Sabda Rasulullah saw
maksudnya:"Siapa yang menjurusi satu jalan untuk
mencari ilmu padanya nescaya Allah akan
mempermudahkan padanya jalan ke syurga."
(Muslim:4/2074 no:2699) | |
| | | | |
|
|
|
ILMU MENGANGKAT MARTABAT INSAN
Islam menggalakkan manusia menimba ilmu sebanyak mungkin dan setinggi yang
boleh. Islam tidak pernah membawakan antara seseorang individu dengan individu
yang lain dalam mempelajari ilmu sama ada dari segi umur, jantina dan keadaan
fizikalnya bahkan tidak membataskan tempat belajarnya. Dalam kita sibuk
mempelajari dan mengejar ilmu ada golongan yang mengundur ke belakang tidak mahu
malah membenci kepada orang-orang yang mahu mencari ilmu. Firman Allah dalam
surah Al-A`raf:179 yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami masukkan ke dalam
neraka jahannam itu terdiri dari kalangan jin dan menusia kerana mereka
mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata
tetapi tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan mereka mempunyai
telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat. Mereka itu
seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi. Mereka inilah orang-orang
yang lalai"
MEMAHAMI TUJUAN HIDUP
Jika diteliti dari gaya hidup manusia masa kini jelas menunjukkan kekeliruan
dan ketidakfahaman manusia tentang matlamat hidup sebenar kewujudan mereka
mereka di bumi Allah ini. Dunia dan kehidupan kita hanyalah alat untuk sampai ke
alam yang kekal iaitu akhirat. Dunia ini tidak lebih dari ladang tempat kita
beribadat dan hasilnya akan dituai dan dinikmati di akhirat kelak. Manusia
mempunyai jasad dan roh: mempunyai panca indera yang wajib untuk berhubung
dengan alam sekelilingnya, mempunyai nafsu sebagai pendorong untuk
memperlengkapkan keperluan hidup dan memelihara keturunannya, mempunyai akal
untuk berfikir dan mempunyai hati untuk merasa.`
Namun begitu manusia juga mempunyai kecenderungan untuk turun martabat sampai ke
taraf haiwan bahkan lebih rendah dari itu. Firman Allah dalam surah At-Tin :5,
yang bermaksud: "Kemudian Kami turunkan darjat mereka kepada darjat yang paling
rendah."
KONSEP BAHAGIA DALAM ISLAM
Aristotles seorang pujangga Yunani pernah mengatakan kebahagian ialah sihat
tubuh badan, selesa tempat tinggal dan sejahtera jiwa. Inilah amalan orang-orang
yang berpegang kepada falsafah kebahagian hidup. Malah ada yang beranggapan
mempunyai banyak harta dan mempunyai anak yang ramai menjadi puncak kebahagian .
Adakah dengan mempunyai harta yang banyak, anak yang ramai, sihat tubuh badan
dan beberapa perkara lain itu sudah bahagia? Berkaitan hal ini Rasulullah SAW
menjelaskan dalam hadisnya yang bernaksud: " Empat perkara yang membahagiakan
seseorang iaitu isteri yang soleh (baik), anak-anak yang baik (berbakti),
sahabat yang baik dan rezeki terdapat dalam negeri sendiri."

| |
|
| | | |
|
|
|
| Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang
meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding
dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an,
membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di
dalam Kaa'bah. | |
| | | | |
|
|
| There isn't a Biggest Story for
Today,
yet. | |
| | | | |
|