VCD Punya Hal
Errr... citer kat bawah nii kira kelakor gak lah! Nii kes tak perasanlah nii.
Citer nii ada sorang yang menggelar namanya Mr Resident Evil bagi. Korang baca
aaa...
Aku ada satu cerita...
Cerita punya lah lawak, aku pun tak tau lawak ke tidak. Kalau korang rasa lawak...
lawak lah..
Masa tu aku tengah jalan-jalan kat sekitar KL, pastu aku nampak ada le kedai
jual vcd..
Aku pung tanya le.. "ade tak vcd cerita entrapment...
Pastu amoi yang jaga kedai tu cakap.. "ini bukan kedai vcd laa dik.. ni jual
batik.."
Kakakakakak... Rupa2nya die punya signboard kat depan kedai tak tukar.. amoi tu
baru je jual batik.. Member2 aku gelak lee kat aku..
Aku rasa tak lawak pun cite nie..mampos korang ler!!!
Bersesak2 Naik Tangga
Haaaa... nii satu lagi kisah benar yang kelakor diceritakan oleh sorang teman
"tenet" yang berkehendakkan aku paparkan cerita pengalaman dia semasa menaiki
tangga dalam kesesakan orang di Pudu Raya.
You nak tau tak?! Dulu masa kat kolej, I selalu turun naik bas nak pergi
kolejlah! So, I selalunya akan naik bas kat Pudu Raya tuh!
And then kan, pada suatu hari Sabtu, biasalah Pudu Raya memang ramai orang kalau
hari Sabtu nih. Orang ramai berpusu-pusu turun naik tangga jejantas kat Pudu
Raya tuh. Di depan, di belakang, di kiri kanan memang sesaklah dengan orang.
Sampai berlaga2 bahu dibuatnya.
Jadi nak dijadikan cerita, kat depan I you know what ada sorang lelaki yang
berumur sikitlah. Masa menaiki tangga tu, biasalah kan siapa yang di depan sure
kedudukannya lebih tinggi dari kita kan?! So you nak tau apa tau? That guy yang
kat depan I tuu terkentut "bbbrrrrrooottt"!! Aduiiihhhh!! Pulak elok masa tu
muka I yang lawa nii hampir2 kat tempat pengeluaran angin tuh! Issshhh!!!
Bayangkanlah!!!
Pak Guard!
Ini satu lagi koleksi kisah seram yang dikirimkan oleh Azam.
Ini ada sebuah lagi kisah seram untuk tatapan pembaca budiman sekalian. Kisah
ini berlaku di salah sebuah pusat matrikulasi tempatan. Semoga kisah ini dapat
menjadi iktibar kepada kita semua,terutama kepada pelajar-pelajar yang gemar
mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam.
Memang menjadi kebiasaan kepada pelajar-pelajar yang tinggal di hostel untuk
mengulangkaji pelajaran mereka pada larut malam.Ini kerana,ia dapat memberikan
kosentrasi yang penuh ketika mengulangkaji, kononnya. Ditakdirkan Tuhan, kisah
ini terjadi kepada salah seorang pelajar di pusat matrikulasi berkenaan.
Kebetulan, memang 'hobinya' untuk mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam.
Pada malam kejadian,pelajar lelaki ini seperti biasa membuat ulangkaji di
biliknya. Sementara 3 kawannnya yang lain sedang nyenyak tidur. Bagi mengelakkan
rasa panas dan mengantuk,si pelajar ini membuka tingkap biliknya seluas-luasnya.
Ini supaya,angin malam yang sejuk dapat membantunya untuk terus berjaga.
Tiba-tiba si pejar ini terdengar bunyi deruan motor menuju ke arahnya. Lalu dia
memasang telinga. Tidak lama kemudian,muncul 'pak guard' di hadapannya.Dia
tersenyum memandang pak guard tersebut. Dalam hatinya terdetik betapa rajinnya 'pak
guard' ini membuat rondaan. Kebiasaannya, begitulah tugas pengawal keselamatan.
"Tak tidur lagi...?" 'pak guard' itu bersura tiba-tiba.
"Tak pakcik,nak ulangkaji sikit ni ha!" jawab pelajar itu.
"Emmm...baguslah" kata 'pak guard' itu dan terus berlalu.
Si pelajar ini meneruskan ulangkajinya tanpa memikirkan keadaan sekeliling.
Tiba-tiba dia tersentak!
"Aik?! Macam mana pak guard tu boleh lalu sini?"
Rupa-rupanya, dia baru tersedar yang 'pak guard' tadi lalu di hadapan tingkap
biliknya. SEDANGKAN DIA TINGGAL DI TINGKAT 4!
Cepat-cepat si pelajar ini menerpa ke katilnya dan terus tidur hingga ke pagi!
Tali Jemuran
Cerita di bawah nii dikirimkan oleh seseorang yang memperkenalkan dirinya
sebagai Mel. Kalau ikut pembacaan aku, aku rasa Mel nii kalau tak dari Sabah,
Sarawak lah. Sebab bahasa yang digunakannya tuu... Anyway, you all bacalah!
Hai...cerita ni agak sedih jugaklah dan benar2 berlaku. Ceritanya begini...
alkisahnya adala seorang budak umur 18 tahun ni... macam sia jugakla.. dengar
cerita, budak ni kena marah teruk oleh bapak dia. Napa bapak dia marah pun sia
enda pastila... yang pastinya, budak tu dah buek sesuatu yang menbuatkan bapak
dia marahla...
Pada suatu pagi, budak ni suruhla adiknya bukakkan 'tali jemuran' ala... tali
yang di ampaian tu lah.. tapi adiknya tak nak.Lalu, dibuka oleh budak itu
sendirila.. Lepas tu ,dia pun keluar entah ke mana... tapi dia dijumpai di dalam
sebuah rumah usang, jadi dia pigi sana lah tu... o.k lepas tu apa jadi??
Mungkin sewaktu dia dimarah bapaknya telah mengeluarkan kata2 yang kesat. Kalau
tak masakan perkara ini boleh berlaku. Budak ni, sampai waktu petang belum
balik2 lagi.
Kehilangannya menyebabkan kakaknya risau lalu disuruhlah si adik pergi mencari
abangnya... tak di sangka2, adiknya itu pun terjumpalah abangnya tapi bukan lagi
seperti yang seadanya. sudah kiokla... rupa2nya tali yang abangnya nakkan sangat
tadi tu digunakan untuk memgantung diri.. sedih jugakkan? Yang spoil sikit ni,
budak tu ialah seorang lelaki... dia pun dibawa ke hospital dan disahkan sudah
mati selama tiga jam......
Cerita ini berlaku berdekatan dengan tempat tinggal kawan aku dan dialah yang
menceritakan aku..seramm....