|
|
Senarai Pelakon :
Bruce Campbell, Marcus Gilbert, Richard Grover, Ian Abercrombie,
Embeth Davitz
Sinopsis
:
Ash telah kembali ke zaman Sumeria, iaitu tahun 1300. Ash telah
ditangkap oleh askar-askar kerajaan yang berkuasa ni negeri
tu kerana menyangka Ash adalah musuh. Semua musuh yang berjaya
ditangkap dibawa ke suatu tempat. Seterusnya mereka akan dicampak
di situ dan dibiarkan mati dibunuh oleh hantu yg menghuni di
bawah tu. Ash juga turut dilemparkan ke situ. Beliau sedaya
upaya melawan hantu di situ. Salah seorang daripada mereka mencampakkan
gergaji mesin kepunyaan Ash. Maka tewaslah hantu tu di tangan
Ash. Ash pun disanjung sebagai wira, kerana misi utama mereka
ialah mencari orang yang mampu menewaskan hantu-hantu itu. Ash
menyuarakan hasratnya kepada mereka untuk kembali ke zamannya.
Mereka boleh membantu, dengan syarat Ash mesti membawa balik
buku Book Of The Dead yg terdapat di sebuah kawasan perkuburan.
Ini kerana dalam buku itu terdapat mantera yg boleh membawa
Ash pulang ke zamannya. Ash pun memulakan pengembaraannya yang
penuh dengan rintangan. Ntah macamana, badan Ash terbahagi dua,
satu Ash yang baik, satu Ash yang jahat. Ash yang baik berjaya
membunuh Ash yang jahat. Ash pun meneruskan perjalanannya untuk
mengambil buku Book Of The Dead tu. Tapi disebabkan kesilapan
Ash yg tidak membaca mantera yg betul semasa mengambil buku
tu, hantu-hantu di situ telah bangun dari kubur masing-masing.
Ash memecut kudanya balik ke kawasan kota. Ash tetap dengan
keputusan untuk balik ke zamannya walaupun hantu-hantu itu akan
menyerang kota itu tidak lama lagi. Ash mengubah keputusan apabila
aweknya diculik oleh hantu. Maka seluruh penduduk kota pun membuat
persiapan untuk menetang hantu-hantu itu. Mereka diketuai oleh
Ash jahat yang hidup semula. Tujuan mereka menyerang kota itu
adalah untuk mendapatkan kembali buku Book of The Dead. Setelah
berhempas pulas, maka tentera hantu itupun berjaya ditewaskan.
Berjayakah Ash kembali ke zamannya? Saksikan siri penghabisan
Evil Dead yang tidak lagi seram, malah lawak bagai nak mampus
ni.
|