laman utama
lawak hostel
hantu hostel
permainan
prebiu filem
dengarlagu
tips komputer
profail
guestbook

 

Senarai Pelakon :
Cameron Diaz, Matt Dillon, Ben Stiller, Lee Evans, Chris Elliott Lin Shaye, Jeffrey Tambor

Sinopsis :
Ted, seorang pelajar berusia 16 tahun dari Rhode Island jatuh cinta kepada Mary. Suatu hari Mary telah mengajak Ted ke rumahnya. Malangnya berlaku satu kejadian yang memalukan di rumah Mary, terus Mary tidak jadi keluar dating dengan Ted. Dan itulah kali terakhir Ted berjumpa dengan Mary kerana tak lama kemudiannya Mary berpindah ke negeri lain. 13 tahun kemudian, Ted bertekad untuk mencari semula Mary. Maka dia pun mengupah seorang penyiasat persendirian bernama Phillips untuk mencari Mary dengan saranan rakannya bernama Woogy. Phillips berjumpa dengan Mary di Miami. Tapi Phillips juga jatuh cinta dengan Mary. Jadi dia memberi bermacam-macam berita buruk mengenai Mary kepada Ted, dengan harapan Ted akan melupakan Mary. Phillips berjaya mengambil hati Mary dengan menyamar sebagai arkitek, idola Mary. Dalam pada masa yang sama, seorang lelaki tempang bernama Tucker juga cuba untuk menawan hati Mary. Macam-macam cara yang dicuba, namun Mary menganggap Tucker hanya sebagai kawan. Tucker pun mula membuat fitnah mengenai Phillips, agar Mary berubah hati kepadanya. Akhirnya, Ted dapat jugak berjumpa dengan Mary setelah dia mengekorinya. Namun, Mary tidak berasa apa-apa bila bertemu kembali dengan Ted. Akhirnya, Ted mengetahui juga bahawa Phillips telah menikamnya dari belakang. Tucker juga tidak tempang, tapi berpura-pura tempang untuk mendapat simpati Mary. Kesemuanya bersetuju untuk berjumpa dengan Mary, untuk menentukan siapa piliha hati Mary. Yang lebih memeranjatkan, Woogy yang telah berkeluarga juga ada mempunyai hati terhadap Mary. Ted akhirnya beralah, dan dia membawa Brat, bekas kekasih Mary kembali pada Mary. Adakah Mary akan menerima Brat kembali? Saksikan kesudahan cerita yang penuh dengan aksi kelakar ni. Tapi kelakar dia kira 18SX la. Tak SX sangat banding macam Scary Movie.

There's Something About Mary

 

 

Hosted by www.Geocities.ws