|
|
Senarai Pelakon
:
Akshay Kumar, Sunil Shetty, Shilpa Shetty, Mahima Chaudry, Sharmila
Tagore
Sinopsis
:
Mengisahkan cinta seorang pemuda miskin dan yatim bernama Dev
lakonan Sunil Shetty dengan seorang gadis kaya bernama Angelie
lakonan Shilpa Shetty. Bapa Angelie melarang anaknya daripada
bercinta dengan Dev. Bapa Angelie seterusnya memaksa anaknya
berkahwin dengan seorang pemuda kaya bernama Ram lakonan Akshay
Kumar. Angelie terpaksa mengikut kehendak ayahnya kerana dia
tidak sanggup melukakan hati ayah dan ibunya. Angelie sangat
membenci Ram pada mulanya kerana dia tidak cintakan Ram. Lagipun,
keluarga Ram mempunyai niat jahat terhadap Angelie dan Ram kerana
Ram hanya merupakan anak angkat kepda keluarga itu. Akhirnya,
Angelie jatuh cinta dengan Ram setelah terpikat dengan sifat
Ram yang baik hati dan penyabar dengan kerenah keluarganya.
Namun, pada suatu hari, Dev muncul kembali setelah lama menghilang
dalam hidup Angelie. Berjayakah Dev memenangi kembali hati Angelie?
Apakah pula respon Ram apabila mengetahui isterinya pernah mempunyai
hubungan dengan orang lain. Saksikan sendiri cerita ini. Anda
mungkin sudah dapat mengagak apa yang akan terjadi kepada mereka
bertiga. Filem ini mempunyai banyak jugak lagu-lagu best nyanyian
Abhijeet, Udit Narayan dan Alka Yagnik. So, kepada peminat-peminat
lagu Hindustan, bolehlah dapatkan sekali soundtracknya.
|