laman utama
lawak hostel
hantu hostel
permainan
prebiu filem
dengarlagu
tips komputer
profail
guestbook

 

Senarai Pelakon :
Bruce Campbell, Sarah Berry, Dan Hicks, Kessie Wesly, Lou Hancock, Richard Domeier

Sinopsis :
Cerita ni merupakan kesinambungan daripada cerita Evil Dead yang pertama. Tetapi apa yang menghairankan, permulaan filem ini tiada kaitan langsung dengan cerita Evil Dead yang first tu. Starting filem ni, Ash dengan Linda ke kabin tu untuk percutian. Malam tu, Limda ni bertukar menjadi hantu. Terus Ash menyembelih habis-habisan Linda dengan menggunakan gergaji mesin. Yang tambah parah lagi, Ash juga turut dirasuk sehingga dia turut bertukar menjadi hantu ni. Tapi tempoh pertukaran dia tak lama. Sekejap saja dia dah jadi orang biasa balik. Dia cuba cari jalan nak keluar dari situ tapi jambatan masuk ke situ dah dirobohkan oleh roh jahat tu. Seorang ahli kaji sejarah wanita bernama Annie bersama teman lelakinya, Jake telah kembali ke kabin kepunyaan ayahnya, Profesor Knowby itu. Mereka turut membawa bersama beberapa helaian kertas, dipercayai bahagian-bahagian daripada buku Book Of The Dead. Mereka mengupah seorang lelaki dari kampung itu, Ed bersama teman wanitanya, Bobby Joe untuk membawa mereka ke kabin itu melalui jalan lain. Ahli kaji sejarah itu mengesyaki Ash telah membunuh ibu dan bapanya kerana mereka tiada di kabin itu. Tetapi rahsia yang sebenar terbongkar apabila sebenarnya roh bapanya telah ditawan oleh roh jahat yang berasal dari tamadun Sumeria dan ibunya, Henrietta telah bertukar menjadi hantu di dalam bilik bawah tanah kabin itu. Seorang demi seorang terbunuh, meninggalkan Ash dan Annie sahaja. Roh Profesor Knowby telah memberi beberapa panduan untuk dia menghalau kembali roh-roh jahat tu kembali ke zaman tamadun Sumeria. Rupa-rupanya panduan itu terkandung dalam bahagian-bahagian buku Book Of The Dead yang ada Annie.Tidak sempat dia membaca ayat-ayat mantera itu, Annie telah terbunuh. Namun, satu lubang seperti lubang hitam telah terbentuk dan menghisap segala roh-roh jahat itu. Ash tidak sempat menyelamatkan diri. Maka ikutlah sekali Ash bersama roh-roh jahat itu ke dalam lubang tersebut. Ke manakah lubang puaka tersebut akan membawa Ash? Anda akan ketakutan sehingga bergetar gigi dengan filem ini kerana begitu banyak aksi-aksi ngeri dalam filem ini.

Evil Dead 2

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws