laman utama
lawak hostel
hantu hostel
permainan
prebiu filem
dengarlagu
tips komputer
profail
guestbook

 

 
Selamat datang ke bahagian tips komputer nih. Saya bagitau apa yang saya tau saja. Ala, bukannya tips susah-susah pun. yang simple-simple saja. Untuk bahagian pertama ni, saya nak bagitau serba sedikit macam mana nak buat homepage nih. Sebab ramai member yang tanya macam mana nak buat homepage. Berikut ialah soalan yg sering depa tanyakan.
Apa tu homepage aahh?
Sebenaqnya, homepage ni terdiri daripada kod-kod HTML, singkatan utk Hyper Text Markup Languange. Browser kita macam Internet Explorer atau Netscapelah yang menterjemahkan kod-kod tu jadi macam apa yang anda lihat skarang ni. Nak tau macamana rupa bentuk HTML tu, sila klik View>Source untuk IE dan View>Page Source untuk Netscape. Apa-apa di antara <HTML> sehinggalah </HTML> tulah kod-kod HTML.
Ooo, jadi kalau nak buat homepage kena guna kod-kod tulah?
Memangla kena guna kod tu. Tapi skarang ni anda tak payah dah menulis kod-kod tu. Dulu, orang guna Notepad untuk buat homepage ni. Skarang ni orang tak guna Notepad dah. Orang pakai program WYSIWYG(What You See Is What You Get) skarang ni. Anda hanya perlu letak grafik, taipkan teks macam biasa, macam guna Microsoft Word. Nanti program tu akan menukarkan apa yang anda tuliskan kepada kod-kod HTML. Namun begitu, anda kena jugak tau serba sedikit pasal HTML nih. Ini akan menyenankan anda di kemudian hari.
Program apa yang nak digunakan tu?
Ada banyak program yang boleh anda gunakan. Ada yang shareware, iaitu anda boleh gunakan program tu ikut tempoh masa tertentu. Lepas tu anda kena bayaq untuk sambung gunakan program tu. Anda juga boleh gunakan software macam Microsoft Frontpage, Macromedia Dreamweaver atau Adobe Golive. Program-program ni lagi senang digunakan dan lagi advance daripada program yg shareware tuh. Untuk yg baru nak belajaq buat homepage, saya syorkan guna Frontpage sebab konsep program ni lebih kurang macam Word. Bila dah cekap esok, anda bolehlah tukaq guna program Dreamweaver atau Golive.
Saya dah ada program-program tu, jadi saya boleh startlah buat homepage tu?
Memang anda dah boleh start buat homepage tu. Tapi lagi elok tu anda rancang dululah apa yang anda nak masukkan dalam homepage tu. Kalau boleh, anda sketchkan dulu atas kertas rupa bentuk homepage anda tu. Ke mana link dia nak pi, kat mana nak letak grafik. Sebab nanti bila anda nak buat homepage anda nanti ada panduanlah rupa bentuk homepage anda tuh. Pastuh, anda kena ada plak grafik-grafik yang nak dimasukkan ke homepage tuh. Grafik-grafik tuh bolehlah anda copy dari homepage orang lain atau buat sendiri. Saya syorkan lebih baik anda buat sendiri grafik anda kerana ianya akan lebih memuaskan hati anda. Program yang boleh digunakan utk buat grafik ni banyak. Tapi yang paling famous ialah Adobe Photoshop. Tapi program ni ambik masa sikit nak memahaminya. So, anda bolehlah dapatkan program yg lagi senang nak faham macam Macromedia Fireworks atau Paint Shop Pro.
Ooo, camtu caranya nak buat grafik. Tapi macamana depa buat grafik yang bergerak-gerak tu? Pastu apa format yg nak digunakan?
Haa, yang anda tengok grafik bergerak tu depa guna animasi GIF. Ala, macam orang buat kartun la. Guna frame banyak-banyak, pastuh guna program grafik gabungkan jadi satu fail. Tapi kalau anda ada masuk homepage yg animasi dia ada bunyi, lepas tu animasi dia lagi kompleks, yang tu dia guna Macromedia Flash. Kalau anda dah ekspert nanti, bolehlah guna program ni. Tapi buat masa skarang kalau baru belajaq, baik tak payah pakai. Buat memeningkan otak saja. Untuk format grafik yang kita nak letak dalam homepage kita tu, kita boleh pilih samaada nak guna format JPEG atau GIF. Kedua-dua format grafik ni tak sama. GIF guna maksimum 256 kaler saja, so kalau grafik anda saiz dia kecik, pastuh warna tak banyak bolehla anda guna format GIF ni. Lagi satu kelebihan GIF ini ialah kita boleh animasikan dia, macam yg saya terangkan sebelum ni. Kalau anda nak masukkan gambar sendiri, gambar masjid ke apa-apa ke, gunakanlah format JPEG. JPEG in maksimum kaler dia ialah 16 juta kaler. Kalau anda savekan gambaq ni dalam format GIF, kualiti gambaq tu akan hilang dan gambaq anda nampak huduh sama sekali.

 

Hosted by www.Geocities.ws