laman utama
lawak hostel
hantu hostel
permainan
prebiu filem
dengarlagu
tips komputer
profail
guestbook

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Anda mesti nak tahu kisah-kisah di sebalik penghasilan laman web ini. Ok, saya menggunakan Adobe Photoshop 5.0 untuk menyunting grafik-grafik kat laman web ni. Manakala untuk penyusunan teks dan grafik pula, saya menggunakan Macromedia Dreamweaver 3.0. Untuk memasukkan laman web ini ke server Geocities, saya menggunakan program Cute FTP oleh GlobalScape. Yang control panel kat atas tu, anda mesti nampak macam litar kan. Saya menggunakan texture yang saya download dari internet untuk control panel tu. Yang anda nampak animasi kat menu sebelah kiri anda ni saya gunakan Animation Shop oleh JASC Corp, pengeluar siri Paint Shop Pro. Image GIF dgn JPEG kat sini saya adjust guna Ulead GIF dan Ulead JPEG Smart Saver. Program nie menyenangkan kita sebab kita boleh adjust saiz imej tanpa kehilangan kualiti imej tu sendiri.

Laman web ni saya buat setelah beberapa tahun saya tidak membuat apa-apa laman web. Saya mula membina laman web ni pada tahun 1997. Masa tu saya baru start guna komputer, so tak banyaklah yang saya tahu pasal komputer ni. Saya teringin nak buat homepage ni setelah melihat homepage member-member yang lain. First saya buat homepage saya guna rawcode HTML yang terpaksa diedit menggunakan Notepad. Saya banyak melihat source kod laman web orang lain untuk memahami konsep-konsep HTMLnih. Grafik masa tu saya ambik yang orang lain punya. So kira laman web saya time tu kira habih huduh la. Satu page saja time tuh, ntah apa-apa yang saya merepekkan kat situ pun saya dah lupa. Server saya time tuh saya guna Geocities.

Kemudian, saya terpikir nak guna program editing HTML. Lepas tu terus saya beli Microsoft Frontpage 97. Kira tu first time la saya guna HTML editor. Masa tu, Microsoft Image Composer depa pakejkan sekali dengan Frontpage. Kemudian terjadilah laman web saya yang kedua. serupa macam yang pertama, huduh jugak. Image Composer tak banyak function dia. Grafik yang dia buat amatlah huduh. Saya tanya member, depa syorkan guna Adobe Photoshop 4.0. HTML editor guna Macromedia Dreamweaver 1.0. Apalagi, terus saya beli tanpa pikir panjang lagi. Install kat rumah, sepatah abuk pun tak paham. Sebab baru guna. Maka belek-beleklah saya dengan HELP fail dia. Nasib baik HELP banyak menolong.

Tahun 1999, buat homepage utk sekolah saya iaitu SMSTSP. Ambik masa berbulan-bulan jugakla nak buat homepage tu, nak masukkan gambar, berita, laporan. Asyik nak buat homepage, saya lupa yang tahun tu saya nak SPM. Abih-abih result saya kira drop jugakla. Sobsobsob. La ni homepage tu dah tutup dah. Saya malas nak update. Lagipun saya bukannya dok kat sekolah tu dah. Biar orang lain plak yg uruskan. Skang nie dah ada ecircle. takyah nak pakai-pakai homepage dah.

Tahun 2001, nilah projek saya. Rancang dah lama dah, dekat 1 tahun. Tapi takdak peluang. Bila continue study lepas SPM, terus projek ni termati. Tapi takpalah, janji homepage ni siap. Oklah, setakat ini dulu rapikan saya. Kalau sapa-sapa nak belajar buat homepage, contact saya supaya saya boleh berkongsi pengalaman saya dengan anda.

 

Hosted by www.Geocities.ws