laman utama
lawak hostel
hantu hostel
permainan
prebiu filem
dengarlagu
tips komputer
profail
guestbook

 

OUTING TERPANTAS DI DUNIA

Kisah yang saya nak ceritakan ni memang kelakar abis. Sampai sekarang ni pun, saya akan gelak sorang-sorang bila teringat balik cerita nih. Nasib baik benda bangang ni tak kena kat saya. Kalau tidak, iskh,iskh, malu satu dunia.

Kami kalau nak keluaq ke pekan Kangaq, tiap-tiap hari Sabtu, akan ada bas kecik kontot mai ambik. Tambang dia lama-lama dulu 3 kupang saja. La ni dah naik jadi 5 kupang plak. Besa la, harga minyak naik. Bas ni dipandu oleh seorang Cina yang kami panggil Ba. Jadi, sebagai merujuk kepada bas ni, kami panggil bas Ba. Bas ni memang lembab habih, kalau anda lari tutup mata pun agak-agaknya boleh kejar bas ni. Baguslah jugak. Sebab Ba ni mementingkan keselamatan penumpang. Iyalah kot.

Sabtu tuh, adalah sorang junior ni nak keluaq ke pekan. Huish, best ooo pekan Kangaq. Ada kedai game, cc dan berbagai-bagai lagi. Tak larat nak cerita. Maka dengan penuh kesopanan, kami pun naik bas Ba ni ramai-ramai pi pekan Kangaq tu. Biasakla. Naik bas Ba ni slalunya kami pau duit junior. Kalau yang dah takdak duit sangat tuh, terpaksalah menyelit kat celah member-member yang bayaq.

Nak dijadikan cerita, junior ni takdak duit. Agak-agaknya duit dia habih beli megi kat ko-op kot. Maka, dengan penuh keselambaan, dia membuka pintu bas Ba dengan kelam-kabut. Tanpa menoleh kiri dan kanan, dia terus terjun ke atas jalan. Apa punya spoillah ari tuh, Ba pi parking bas dia tepi longkang. Apa lagi, kecebush, junior ni pi terjun longkang tu. Masya Allah, sampai takat dada. Saya malasla nak cerita kat mana longkang tu. Bayangkanlah, longkang pekan Kangaq. Habih busuk berdengung junior tu.

Junior tu tak tau nak buat macam mana. Gila lu, dekat pekan siot. Mau tak malu. Tapi Ba ni baik hati jugak. Dia tau kata mamat ni tak bayaq duit tambang. Maka dengan rela hati Ba membawa mamat ni pulang. Kesian, habis busuk bas Ba tu. Yang uniknya, Ba tak kenakan tambang pun masa hantaq mamat ni balik. Mamat tu plak, balik-balik asrama, mandi, tukaq baju, dia pi keluaq outing balik. Agak-agaknya, dia bayaq kot tambang kali ni, sebab tak mau pisang berbuah dua kali. Hehehehehehhehehe.

 

Kisah-kisah yang terdapat di sini dilalui sendiri oleh saya atau diceritakan
oleh orang lain. Kisah-kisah ini disiarkan bukan dengan hasrat untuk memalukan
seseoang cuma saya ingin berkongsi pengalaman saya masa di hostel dulu
dgn pengunjung
semua. Saya tidak menggunakan nama sebenar kerana
ini mungkin akan memalukannya walaupun pada kita, itu ialah
sesuatu yang kelakar. Klik di sini jika anda juga mempunyai
cerita-cerita kelakar masa di hostel dulu untuk dikongsi
bersama pengunjung laman web ini.

 

Hosted by www.Geocities.ws