laman utama
lawak hostel
hantu hostel
permainan
prebiu filem
dengarlagu
tips komputer
profail
guestbook

 

ACARA MELEPASKAN DIRI DARI WARDEN 1

Anda yang pernah duduk kat hostel, mesti ada prep petang, prep malam kan. Kadang-kadang, leceh jugak ada prep ni. Iyala, orang nak tidoq, nak basuh baju, nak lepak-lepak pun tak boleh. Tapi bila pikiaq-pikiaq balik, bagus sebenaqnya prep ni. Kita saja yang malas. Tu yang kita bagi macam-macam alasan tuh.

Tapi biasakla manusia. Mana ada kat dunia ni semua manusia baik. Mesti ada jugak yang nakal, kalaupun tak jahat. Maka, pada prep petang tu, terdapatlah beberapa insan nakal meluangkan masa prep petang tu untuk tidoq. Huiyo, best oo tidoq petang-petang ni. Tambah-tambah lagi time lepas Zohor, lepas pekena nasik dining. Ada yang tak tidoq. Dok lepak-lepak main gitar, main pakau. Tak takut sangat warden nak mai check ka, sebab warden time tu tak dok dalam hostel.

Tiba-tiba pasukan peninjau berjaya mengesan musuh yang tidak digemari, iaitu Ketua Warden bersama skuad-skuad wardennya. Masing-masing mencari perlindungan. Ada yang menyorok bawah katil, dalam locker. Yang heran tu, badan setengah tu sikit punya besaq boleh muat locker tu. Sebab tembok asrama kira tinggi jugak, masing-masing terpaksa menundukkan badan dan mencicit semuanya seperti tikus mondok. Semuanya lari naik ke atas, tempat yang dipercayai paling selamat iaitu line form 1 dengan line matriks.

Selain tu, salah satu tempat yg dituju ialah tandas. Tetapi, para warden sangat-sangatlah cekap. Mereka seperti ada radar untuk mengesan para pelajar nih. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Ada member ni, siap tak pakai kasut terus lari masuk dalam jamban. Warden sorang ni nampak budak tu, apalagi, kejarlah. Warden tu suruhla mamat ni keluaq, tapi dia bagitau dia tengah berak. Warden tu kata jangan nak tipu, budak tu kata "Betui cikgu, saya tengah berak nih. Sakit perut sesangat dah ni.". Warden tu tetap tak percaya. Dengan menggunakan ilmu warden dia, budak tu last last keluaq jugak. Apalagi, roti panjang pun dicicahnya ke tubuh badan budak tu. Budak tu buat derk saja. Ada ilmu kebal kot.

Hasil operasi warden ari tuh, ramai jugakla yang kena tangkap. Dan, dendanya, "Ok, pelajar-pelajar semua, mari ikut saya ke tapak perhimpunan. Kita akan adakan satu senaman ringan di situ", ujar ketua warden dengan suara lemak merdu. Maka petang yang indah tu, terdapatlah kelibat beberapa orang student yg terpaksa mengontrol macho, kena pumping. Hai, nasib baiklah saya terlepas. Kalau tidak, mampushh.

 

Hosted by www.Geocities.ws