|
Ni ada satu lagi cerita nak
lepaskan diri dari warden nih. Huish, best oo. Macam main polis
sentri. Kalau terlepas, seronot le. Kalau kantoi, alamatnya
kena isi kad merahlah. Tapi, slalunya warden ni memang cekap.
Segala aktiviti jahat student, dia macam dah tahu lagi awal.
Ada penyampai maklumat agaknya. Entahla, tak berani nak tuduh.
Cerita ni saya cedok daripada
dua cerita member saya. So kalau depa ada terbaca halaman nih,
sila betulkan mana-mana yang silap. Begini, satu petang tu,
mereka cadang nak fly ke Kangaq. Maka, dengan penuh keriangan,
mereka mencelah pagaq sekolah dan berjalan kaki melalui jalan
kampung menuju ke jalan besaq. Alhamdulillah, ada plak teksi
lalu. Tak payah la nak jalan pi ke Kangaq. Pakcik teksi tu pun
membawa dua orang mamat ni ke tempat yg dituju, iaitu pekan
Kangaq.
Tiba-tiba depa rasa tak sedap
hati. Kalih-kalih belakang saja, terlihatlah kelibat sebuah
kereta. Kecik molek, itulah Kancil warna merah model 650 EX.
Aiseh, macam kenai saja. Tengok-tengok drebar, tu dia, ketua
warden punya baguih dok kejaq teksi tu. Alamak, kegiatan negatif
mereka telah dikesan. Apalagi, dua-dua tunduk kepala. Kira kura-kura
pun respekla kat depa dua orang ni disebabkan kebolehan depa
menyembunyikan kepala tu.
Pakcik teksi tu macam paham-paham
saja. Dia pun memperderaskan teksi dia. Kalau tengok, memang
kalah filem Hollywood. Memang dia kejaq habihla teksi pakcik
ni. Huish, boleh masuk berita ooo. Pekan Kangaq menjadi medan
perlumbaan teksi dengan ketua warden nih. Tapi pakcik teksi
memang cekap. Dia pusing kot mana ntah, last-last ketua warden
makan asapla. Kancil, dahla kecik, kalau laju sikit memang terbaliklah
jawabnya. Pakcik teksi bawak budak-budak tu lepak-lepak rumah
dia. Baik jugak pakcik nih. Kalau saya la, memang saya bagi
balik kat sekolah la budak-budak dua ekor nih. Mengabihkan bogheh
ajo. Malam tu, baru depa balik. Ikut jalan mana tu saya tak
tau.
Esoknya, ketua warden yang jarang-jarang
cakap time assembly pun membukak mulut pasai cerita kelmarin.
Yang mamat dua ekoq ni tahan-tahan aja senyum tu. Ketua warden
kita ni memang marah abihla, sebab kredibiliti dia terjejas.
Lagipun, mana pernah ada kes melarikan diri dari warden pakai
teksi. Tu yang dia tekejut sangat tu. Dia tak cam mamat dua
ekoq ni. Maklumla, mamat ni bukannya ada kes sangat. Warden
kenai yang banyak kes saja. Yang skema, dia tak ambik tau sangat.
Nasib baikla mamat-mamat ni terlepas, kalau tidak..................
|