laman utama
lawak hostel
hantu hostel
permainan
prebiu filem
dengarlagu
tips komputer
profail
guestbook

 

JOM, KITA PI MANCING!

Sekolah anda ada kolam ikan dak? Alah, sekolah buat konon-kononnya nak cantikkan sekolah. Ha, kat sekolah saya lain fungsinya kolam ikan tu. Kolam ikan kat sekolah saya merupakan salah satu sumber rezeki kami. Almaklumlah, student kan selalu berlapar. Nak fly malas, so tempat yang paling strategik nak mengenyangkan perut ialah kolam ikan sekolah. Huish, ikan macam-macam jenis ooo dalam kolam ikan sekolah kami. Cakap je nak ikan apa. Tolak ikan laut saja. Ikan patin, lampam, talapia, kecur air liur ooo.

Maka, arakian tersebutlah kisah, malam tu ada beberapa orang yang kaki memancing duduk berbincang. Ada aktiviti yang akan dilakukan malam tu. Kunyit, arang, tempat bakaq arang semua dah ready. Hari Sabtu tu, semua dah beli alatan macam kail, tali. Tapi batang kail kami tak guna. Mana ada kelas guna batang kail. Maka, katil-katil menjadi sasaran. Kejam sungguh mereka ini. Besi-besi katil dirobek, dipatahkan, hanya kerana depa ni tak mampu beli batang kail.

Maka, group kaki mancing ni pun bergerak secara senyap-senyap ke kawasan kolam ikan sekolah. Jauhnya dari asrama adalah lebih kurang 200 m. Aktiviti ni depa buat kira lewatlah jugak. Mampus nak pi mancing awai-awai, pak guard rajin meronda. Malam tu ko-op bukak, so banyak student dok berkeliaran di kawasan luaq asrama. Team memancing ni memang cekap, sebab orang tak perasan depa dok kat kolam tuh. Maka, banyaklah tangkapan untuk malam tu. Hui, raya sakan depa. Umpan simple saja, roti dining yang tak habih dimakan.

Tiba-tiba yang dok di ko-op dikejutkan dengan satu bunyi aneh. Kecebush! Plop! Hui, kuat sungguh bunyinya. Sampai cikgu ko-op pun terperasan. Disebabkan kecekapan beberapa orang member, orang tak peduli sangat dengan bunyi tuh. Lepas ko-op tutup malam tu, lantai koridor menuju asrama dicemari kesan tapak-tapak kaki yang basah. Hantu ayaq dah balik asrama dah agaknya. Setelah disiasat, rupa-rupanya salah seorang team memancing ni mengalami sedikit accident. Tah cam mana, boleh terterjun dalam kolam tu. Boleh tahan jugakla tahap kebusukan mamat tu. Ayaq kolam tu memang busuk, dah bau pun busuk apatah lagi kalau berendam dalam ayaq tu. Tapi member ni tetap selamba. Pi sambung balik tangkap ikan lepas salin baju. Dan malam tu kami pun menikmati hidangan ikan bakaq yang sungguh enak. Ermm.......

 

 

Hosted by www.Geocities.ws