laman utama
lawak hostel
hantu hostel
permainan
prebiu filem
dengarlagu
tips komputer
profail
guestbook

 

ILMU KEBAL PERINGKAT 8

Di sekolah saya dulu, ada assembly tiap-tiap hari. Hui, bosan sungguh bila ada assembly ni. Tambah-tambah lagi time hari Isnin, yang rasmi punya. Dulu masa time form 2, kena bersila atas lantai dewan. Pastu, bila tukaq pengetua, dia buat stail berdiri plak, konon nak elakkan student daripada mengantuk. Eleh, ada jugak yang tidoq sambil berdiri, kemahiran yang begitu ajaib sekali. Dah lama sikit, barulah pengetua bagi duduk atas kerusi. Lega sikit, dapatlah nak tidoq dengan selesa.

Macam biasa, mana-mana student yang lambat mai perhimpunan akan didenda. Alah, mangkit pagi pun pukul 7, perhimpunan tu kira selalu terlepaslah. Nak bangun awai, azan Subuh tak dapat didengari. Pekena selimut kulit babi, mana kita nak sedaq. Selalunya wardenlah yang mai dok peghambat kat asrama. Senjata utama, rotan panjangla. Tak kena tibai, nama masuk kad merahla jawabnya.

Hari tu hari assembly biasa. Selepas melakukan beberapa senaman bangang, kami semua pun beratuqlah ikut form. Laki dengan laki, pompuan dengan pompuan. Tapi ari tu ramai yang takdak. Sahih, depa ni memang ramai dok kat asrama lagi. Pengetua nampak dah bengang semacam saja. Banyak benda yang dia nak cakap hari tu. Tiba-tiba kelihatan segerombolan student mai dari asrama ke tapak assembly. Di belakang tu kelihatanlah warden-warden yang tersenyum riang dengan hasil tangkapan mereka untuk ari tuh. Pengetua tengah tunggu saja dengan rotan kat tangan.

Masing-masing buat muka cencurut saja. Hukuman pasti diterima. Kali ni pengetua malas dah nak pakai kad merah. Warden pun tolak sorang demi sorang untuk menerima hukuman. Piap, piap, rotan berbunyi. Punggunglah sasarannya. Mana ada tempat lain yang lebih strategik. Kesian jugak kat depa ni. Ada yang sampai berdarah tangan-tangan terkena rotan. Bukannya apa, pengetua suruh rapatkan tangan ke paha masa dia nak tibai tu. Rotan tu panjang sangat, apalagi, terbidas ke tangan la. Muka pengetua pun berubah satu macam saja.

Sampailah giliran mamat ni. Hui, memang respek abis la mamat nih. Muka dia selamber je, macam takdak apa-apa yang berlaku. Ada ilmu agaknya mamat nih. Pap, pap, pengetua tibai dia dua kali. Tapi kali ni bunyi dia lain macam sikit. Muka dia langsung tak sakit. Sahih, mamat ni memang ada pakai ilmu. Pengetua pun bagi lepas mamat ni masuk dalam barisan. Mamat tu jalan kontrol semacam saja. Nilah benda paling ajaib di dunia. Manusia berpunggung kotak. Pengetua tengok semacam je. Tapi mamat ni dah lepas jauh dah. Malasla dia nak panggil balik.

Lepas-lepas tu, kami pun jumpak dia, tanya tip macamna nak mengelakkan sakit apabila ditibai di punggung. Dia pun bawak keluaq buku dia dan berkata, "Inilah rahsianya!". Sempat jugak dia buat lawak bangang. Time bila dia letak buku tu dalam seluaq pun tak diketahui. Kepada sesiapa yang nak tiru idea bangang ni, tak payahla. Kita kira macam hina ilmu la kalau kita buat macam tu.

 

 

Hosted by www.Geocities.ws