|
Anda masa mula-mula masuk asrama,
mesti ada rasa cuak sikit dengan abang-abang senior ni. Depa
ni dahla badan besaq-besaq. Kalau kena penampaq tu, boleh tahanla
dia punya bedengung. Tapi masa jadi form 1 la best. Senior lain
tak berani kacau ooo. Masing-masing ada abang angkat dengan
akak angkat, untuk budak pompuan la. Masa orientasi, fuish,
memang depa ni paling baik di dunia. Mana boleh tunjuk belang,
nanti terlepasla peluang nak jadikan bapak junior yang ada kakak
lawa-lawa sebagai bapak mertua.
Malam tu form 5 memang baik
gila babeng punya. Depa sanggup naik atas dorm form 1, tolong
pasang kelambu, tanya khabar. Memang bahagia habihla. Tapi ada
jugak insan-insan malang yg mempunyai abang angkat yg memang
malas nak ambik tau pasai depa nih. Ala, adik aku sendirik pun
aku buat dono, nikan plak adik angkat, pikiaq senior-senior
pemalas tu. Saya pun dapatla sorang abang angkat yang hensem
dan kacak. Dia ni kira memang baikla, tak kira sebelum orientasi
ke, selepas orientasi ke. Nasib baikla saya dapat abang angkat
tahap alim, kalau dapat tahap jin, entah macam manala jadinya.
Ada satu skuad senior ni nak
bekenalanlah dengan budak-budak junior ni. Depa ni kira budak-budak
dorm lainla. Maka mereka pun menjemput budak-budak junior ni
turun ke dorm depa di tingkat bawah. Berkumpullah senior-senior
nih. Semua dok pikiaq idea nak mengenakan junior-junior nih.
Ada yang surh nyanyilah, ada yang suruh tiru gaya artisla, pakat
kata memang riuh abis la dorm tu. Malam semakin larut. Nampaknya,
aktiviti peloncolan depa ni takkan habih sampai esok pagi agaknya.
Tiba-tiba adala sorang senior
ni mengeluarkan cadangan yang sungguh bernas sekali. Memang
berat abihla cadangan ni. Depa tak dibenarkan balik ke dorm
selagi depa tak kentut kat situ. Junior memang kaku abisla.
Mana ada stok angin dah dalam perut ni. Semua dah abis dikeluaqkan
sebelum ni. Suasana dalam bilik tu senyap sunyi sebab senior
lain semua dah tidoq dah. Tiba-tiba salah seorang junior ni
pun meneran bersungguh-sungguh. Mana tahan lo, orang dah mengantuk
tahap maksimum nih. Bruttttttt, bunyi kentut memecahkan kesunyian
malam. Senior yang dah tidoq bangun balik, semua pakat gelak
ramai-ramai. Cekap jugak junior ni, boleh kentut apabila terdesak.
Pagi esok tu memang kecohla.
Semua pakat tergelak bila teringat balik kesungguhan budak tu
untuk balik dorm tidoq. Kepada yang dah jadi senior tu, janganla
buli adik-adik junior. Cuba anda fikirikan kalau ada orang buat
macam tu kat adik kita, anda marah tak? Sendiri mau pikiaqlah
ok.
|