laman utama
lawak hostel
hantu hostel
permainan
prebiu filem
dengarlagu
tips komputer
profail
guestbook

 

STOKING PALSU

Masa assembly, benda apa yang paling anda benci? Ucapan pengetua, ketua warden atau prefect bertugas? Pada saya, benda yang paling boring time assembly ni ialah aktiviti warden mencari kesalahan kecik student. Macam tak pakai nametag ke, takdak tie ke, rambut panjang ke. Ala, benda remeh temeh ni yang slalunya menjadi kesukaan warden. Nanti, dia kaitla dengan benda-benda lain. Kamu ni pemalasla, suka isap rokok la.

Adala sorang member tu, dia punya stoking hilang. Tikus mondok mana la yang curik stoking dia ni. Kita kena beli topeng gas dulu kalau nak tengok stoking dia ni. Busuknya memang humanghai habihla. Kira dia sedih jugakla stoking kesayangan dia hilang. Mahai ooo kalau nak beli stoking baru. Mak pak dia bukannya kaya sangat. Yang lebih menyedihkan lagi, ari tu warden nak buat sport check masa time lepas assembly. Maka kalutlah member kita nie mencari alternatif kepada stokingnya yang hilang. Cari punya cari, semua stoking dah bertuan.

Masa semakin pantas berlalu. Assembly semakin dekat. Maka member kita ni telah kesuntukan idea. Tiba-tiba, keyakinannya kembali pulih. Dia cari pulak kertas putih, yang takdak garis macam biasak tu. Nasib baikla dia terjumpak. Maka dia pun membalut sebelah kakinya dengan kertas tuh. Kira nampak macam stokinglah. Memang real habihla, nampak macam betui-betui dia pakai stoking. Maka dengan langkah yang macho pun dia menuju ke assembly.

Seperti yang dijangka, memang ada sport check sungguh. Semua prefect ngan warden beratur menunggu mangsa. Sorang demi sorang mangsa berjaya ditangkap. Ada yang takdak nametaglah, ada yang tak pakai tielah, yang rambut panjanglah, kira macam-macam lagilah. Tibalah masa budak berstoking palsu nih. Dia pun melalui barisan warden tu dengan penuh selamba. "Nametag ada, tie ada, rambut pendek, ah, tengok stoking tu". Maka dia pun selamba menyelak kaki seluaqnya, sebelah yang pakai stoking palsu. Para warden memang nak percaya abih dah. Tup tap tup tap, depa suruh selak lagi sebelah. Alamak, kantoi. Selak lagi sebelah memang takdak apalah. Warden tu pun menghukumnya dgn hukuman yg setimpal. Tapi depa nak tergelak pun ada. Aiseh, tua sangat ka sampai tak boleh nak bezakan kertas dgn stoking?

 

 

Hosted by www.Geocities.ws