|



|
| Selamat datang ke bahagian tips
komputer nih. Saya bagitau apa yang saya tau saja. Ala, bukannya
tips susah-susah pun. yang simple-simple saja. Untuk bahagian
pertama ni, saya nak bagitau serba sedikit macam mana nak buat
homepage nih. Sebab ramai member yang tanya macam mana nak buat
homepage. Berikut ialah soalan yg sering depa tanyakan. |
| Ok,
saya dah buat homepage saya abih dah. Abis tu macamana plak saya
nak letakkan homepage saya ni kat internet? |
| Lepas
anda dah siap semua abih dah, anda perlu pilih server untuk anda
simpan fail-fail grafik dengan HTML tuh. Kalau anda banyak duit,
anda bolehlah sewa server sapa-sapa dengan saiz yang tertentu.
Dekat Malaysia ada banyak server yang boleh anda sewa. Jaring
ada, Webserver ada, Webhost ada, pendek kata banyak lagila. Kalau
anda ada duit lebih sikit, anda boleh guna alamat macam www.namaanda.com,
namaanda.net. Bayaran dia ada yang 360 setahun, 500 setahun, bergantung
kepada kredibiliti syarikat yg menguruskan server tulah. Kalau
anda sewa server, masa untuk pengguna download page anda akan
menjadi singkat. |
| Eh,
mahal tu, yang free punya ada? |
| Ada
banyak syarikat skarang yg menawarkan ruang sever depa untuk kita
gunakan dengan percuma. Kat internet ni, yang famous ialah Geocities,
Lycos, Angelfire, Tripod, Hypermart, banyak lagilah, tak larat
saya nak cerita. Depa bagi mengikut saiz-saiz tertentu macam 10
MB, 30 MB, malah ada yang bagi sampai 100 MB. Apa yang perlu kita
buat hanya pi masuk dalam homepage utama depa, pastuh carilah
bahagian FREE HOMEPAGE. Kemudian daftarkanlah nama anda kat situ.
Depa ni membuat duit tau walaupun kita pikiaq pasai apala depa
bagi free ni. Depa ni buat duit daripada iklan yang keluaq setiap
kali pengunjung masuk ke dalam homepage kita. |
| Ok,
skarang ni saya dah ada server dah, macamana saya nak pindahkan
fail saya ni ke server saya tu? |
| Ha,
kalau anda nak tau, kat sever kita tu depa dah sediakan ruang
khas untuk kita. Kat situ kira anda bolehlah rename file, buat
folder,delete file, sebijik macam dalam hard disk anda. Nak pindahkan
fail-fail ni, anda bolehlah menggunakan program-program FTP macam
WS_FTP, Cute FTP, Bullet FTP dan sebagainya. FTP tu ialah singkatan
utk File Transfer Protocol. Dalam program tu, anda diminta utk
mengisikan alamat FTP server yg anda nak buat homepage tu, nama
yg anda daftarkan kat situ dan password. Selalunya alamat FTP
ialah ftp.namaserver.com. Pastu anda bolehlah uploadkan ke server
anda tu. Kalau anda takdak program-program ni, sila lah ke Laman
Utama sever anda tu dan cari bahagian File Manager ke, Homepage
Builder ke, bergantunglah kepada server mana yang anda pilih. |
| Saya
dah ada program-program tu, jadi saya boleh startlah buat homepage
tu? |
| Memang
anda dah boleh start buat homepage tu. Tapi lagi elok tu anda
rancang dululah apa yang anda nak masukkan dalam homepage tu.
Kalau boleh, anda sketchkan dulu atas kertas rupa bentuk homepage
anda tu. Ke mana link dia nak pi, kat mana nak letak grafik. Sebab
nanti bila anda nak buat homepage anda nanti ada panduanlah rupa
bentuk homepage anda tuh. Pastuh, anda kena ada plak grafik-grafik
yang nak dimasukkan ke homepage tuh. Grafik-grafik tuh bolehlah
anda copy dari homepage orang lain atau buat sendiri. Saya syorkan
lebih baik anda buat sendiri grafik anda kerana ianya akan lebih
memuaskan hati anda. Program yang boleh digunakan utk buat grafik
ni banyak. Tapi yang paling famous ialah Adobe Photoshop. Tapi
program ni ambik masa sikit nak memahaminya. So, anda bolehlah
dapatkan program yg lagi senang nak faham macam Macromedia Fireworks
atau Paint Shop Pro. |
| Haa,
homepage saya dah siap dah. Tapi macam mana orang nak tau pasai
homepage saya nih? |
| Jangan
takut. Ada caranya nak tarik ramai orang masuk ke homepage anda
tuh. Salah satu cara yang paling tradisional, anda hebahkanlah
secara manual pasai homepage anda tuh. Apa alamatnya, apa kandungan
dia. Kalau anda ada sign guestbook sesapa, masukkan sekali alamat
homepage anda tu. Kalau masa kat chatting, bagitau kat member
anda bahawa skarang ni anda ada homepage. Kalau anda nak lagi
canggih, anda joinlah group banner exchange. Anda iklankan banner
depa kat homepage anda, dan depa akan buat benda yang sama kat
banner anda. Contoh perkhidmatan ni ialah Link Exchange. Cara
yang paling famous, anda masukkanlah alamat atau dalam bahasa
omputihnya, URL tu kat mana-mana Search Engine macam Yahoo!, Altavista,
Lycos, Google. Cari. Ada yang kena bayaq, ada yang free. Nak daftar
URL anda pun senang saja. Carila bahagian yg bertulis 'Add URL'
ka, 'Add Site' ka, bergantunglah kepada Search Engine tu. Lepas
seminggu, aa, adala homepage anda dalam senarai depa. Selamat
mencuba! |
|