|
|
Senarai Pelakon :
Bruce Campbell, Hal Delrich, Betsy Baker, Sarah York, Ellen
Sandweiss
Sinopsis :
Ash bersama 4 orang rakannya dalam percutian ke luar bandar.
Rombongan itu terdiri daripada Ash, Scott, Linda, Cheryl dan
Shelly. Scott Ash mempunyai sebuah kabin lama di dalam hutan.
Ibu bapanya memberi kebenaran untuk mereka bermalam di kabin
itu kerana kabin itu sudah lama tidak digunakan. Kabin itu masih
elok walaupun sudah lama ditinggalkan. Dalam kabin tu, terdapat
pelbagai keperluan untuk memburu, makanan, elektrik dan sebagainya.
Malam tu, Ash bersama-sama Scott turun ke bahagian bawah tanah
kabin itu. Mereka menjumpai sebilah pisau yang cukup aneh, senapang
patah dengan perakam pita magnetik yang lama. Apabila mereka
naik ke atas kembali, mereka memasang perakam itu. Terdapat
suara seseorang membacakan sejarah kaum Sumeria dan kisah mengenai
Book Of The Dead, iaitu buku mengenai bagaimana hendak mengatasi
kuasa jahat pada zaman itu. Kemudian, suara itupun membaca suatu
jenis mantera. Tiba-tiba, keadaan yang tenang menjadi kelam
kabut apabila ribut berlaku di luar kabin tu. Bermula dari situlah,
seorang demi seorang rakan Ash dirasuk roh jahat kaum Sumeria
itu. Ash terpaksa membunuh rakan-rakannya yang telah dirasuk
tu kerana mereka akan mencederakan sesiapa saja. Linda, awek
Ash juga terpaksa dibunuh oleh Ash sendiri untuk menyelamatkan
nyawanya. Tiada jalan lain untuk keluar ke situ kerana jambatan
yang digunakan mereka untuk masuk ke situ telah dirobohkan oleh
sesuatu. Nyawa Ash terancam kerana Shelly dan Scott yg telah
dirasuk merayau-rayau mencari Ash untuk membunuhnya. Berjayakah
Ash menghapuskan kedua-dua hantu ini? Adakah Ash akan mati di
tangan hantu-hantu ni? Saksikan sendiri filem terbitan Robert
Tapert, penerbit rancangan Xena The Warrior Princess ini.
|