|
|
Senarai Pelakon :
Mel Gibson, Julia Lawalha, Miranda Richardson, Lynn Ferguson,
Tony Haygarth, Timothy Spall
Sinopsis
:
Filem animasi menggunakan stop motion technique ini mengisahkan
mengenai sekumpulan ayam-ayam telur yang tinggal di sebuah ladang
di England. Ginger, salah seekor ayam betina di situ bercadang
untuk lari setelah merasa bosan dengan kehidupannya di situ.
Mrs. Tweedy, pemilik ladang tersebut akan menyembelih mana-mana
ayam yang gagal untuk menghasilkan telur. Ginger telah cuba
berkali-berkali untuk keluar dari situ bersama-sama ayam yang
lain namun gagal kerana reban mereka dikawal ketat oleh dua
ekor anjing dan Mr. Tweedy, suami Mrs. Tweedy yang bodoh-bodoh
alang itu. Namun, semuanya berubah suatu hari apabila Rocky,
seekor ayam sarkis dan berasal dari Amerika telah 'terbang'
masuk ke dalam reban ayam-ayam telur itu. Terus Ginger meminta
Rocky mengajarkan cara-cara untuk terbang kepada ayam-ayam di
situ. Rocky pun bersetuju setelah Ginger mengugut akan menyerahkannya
kembali kepada pihak sarkis yang telah mencari Rocky sampai
ke ladang itu. Rocky pun mula mengajarkan cara-cara untuk 'terbang'
namun semuanya gagal kerana seperti yang telah anda ketahui,
mana ada ayam yang boleh terbang. Rocky terpaksa lari dari situ
setelah rahsianya yang sebenar telah diketahui. Ginger terus
berusaha mencari jalan lain untuk terbang keluar dari situ setelah
Mrs. Tweedy bercadang untuk menyembelih mereka semua untuk dibuat
pai ayam. Berjayakah mereka melepaskan diri dari situ? Saksikan
sendiri filem yang penuh dengan lawak yang boleh memecahkan
perut anda ini.
|