LAMAN WEB PERIBADI .............LAMAN IXORA...........SEJAK 7 NOVEMBER 2003
Taman Ilmu

  • NAMA: RAJIAH
  • SUAMI: KHAIRUSY
  • ANAK: AQILAH DAN HADI
  • LOKASI: EDINBURGH, UK

CATATAN SEORANG PENGEMBARA - SEDETIK DALAM PENGEMBARAAN HIDUP DI SCOTLAND

BUKUONLINE.COM

 

 

 

Visit my Guestbook

 

Resepi Baru dari Internet

 

Resepi Baru dari Dapur

 

Strawberry & Cream Smoothie

  • 200g strawberries
  • 2 scoops ais krim vanilla
  • 250 susu segar
  • air batu hancur

Kisar ais krim dan strawberi bersama. Tambah susu, kisar lagi. Hidang dengan ais hancur, topped with strawberri

The Red and White Strip

  • 2 biji pisang
  • 150g natural yogurt
  • 150 susu segar
  • 150 g strawberries
  • 150 g strawberry yogurt
  • 100 ml susu segar

Untuk buat White Strip, kisar bersama pisang, natural yogurt dan susu segar. Tuang ke dalam gelas panjang. Kisar pula strawberry, strawberry yogurt dan susu segar (boleh tabah pewarna merah utk warna lebih terang). Tuang perlahan-lahan ke atas lapisan putih tadi.

Basic White Bread (menggunakan Bread Machine)-Roti seberat 500 g

180 ml air

5 g Butter

1 sudu teh garam

1 sudu besar gula

330 g Tepung Gandum

1 sudu besar susu tepung

1 sudu teh yis

CARA: masukkan saja semua ke dalam Bread Maker Machine!

Cheese and Onion Bread (500g)

1 sudu teh yis

340 tepung gandum

1 sudu teh garam

1 susu teh gula

5 g butter

50 g keju Cheddar yang diparut

60 g bawang

200 ml air

CARA: masukkan semua bahan ke dalam Bread Maker Machine, kecuali bawang. Hanya masukkan bawang setelah mesin buat ulian kali kedua.

*****************************

"Spinach & Ricotta Pancakes"

(Untuk dimakan oleh 4 org)

100 g tepung gandum

2 biji telur

200 ml susu segar

180 gram sayur bayam

250 g ricotta cheese

50 g cheddar cheese

300 g cheese sauce

Grounded nutmeg

Cara Buat:

Buat pancake dulu secara mencampurkan tepung, telur dan susu dalam bekas, gaulkan hingga jadi adunan yang halus dan cair

Masukkan selapisan nipis adunan itu ke dalam kuali nipis dengan telah dipanaskan dgn sedikit minyak (seperti buat lempeng)

Rebus sayur bayam hingga layu. Kemudian turaskan airnya, campurkan sayur bayam dengan Ricotta cheese, serbuk nutmeg dan lada hitam.

Gulungkan sayur tersebut di dalam pancake (buatlah beberapa gulung pancake), susun dalam tray oven, tuang cheese sauce dan cheddar cheese yang diparut serta sedikit serbuk nutmeg.

Bakar dengan suhu 200oC selama 15 - 20 minit.

***********************

Dari Kak Emma:

resepi cheese cake

2 cups cream cheese
2 cups of whipping cream
1/2 cup granulated sugar
1 teaspoon lemon rind, grated (optional)
1 1/2 cup digestive biscuits (chocolate flavour)

Digestive biscuit - hancurkan, letak dalam periuk kecil dan letak susu
segar 2 atau 3 sudu untuk mencairkannya. once melt, pour into the dishware.

The rest of the ingredients,you can either use the mixer (but in my
case, tangan jugak) untuk pukul sampai kembang dan likat. lepas tu, tuang
dalam mangkuk dan sejukkan.

*********************

Kerabu Pucuk Paku

200 g pucuk paku, dipotong dan dicelur

10 biji bawang kecil, dihiris nipis

1 kuntum bunga kantan, dihiris halus

3 helai daun limau purut, dihiris halus

4 biji limau kesturi, diperah airnya

1/2 biji kelapa, diperah santan

1 1/2 cawan air

110 g kelapa parut putih, digoreng tanpa minyak

85 g kacang tanah goreng, ditumbuk kasar

1 camca besar gula melaka parut atau gula perang

Garam secukupnya

Bahan ditumbuk kasar:


5 tangkai cili merah

30 g udang kering, direndam dengan air dan ditoskan

2 camca teh belacan

Cara membuatnya:

Campur rata semua bahan salad dengan bahan tumbuk. Hidang segera.

* Resipi oleh Bintang Shack, Kuala Lumpur

 

 

18.11.03

Sayur Spring Onions

Bahan-bahan

Spring Onion, Bawang Besar

Bawang putih, Cili Padi, Sos Tiram

Cendawan butang

Prosedur

1. Potong bawang besar dan bawang putih

2. Dedaun Spring Onion dipotong pedek-pendek ( 3 cm)

3. Tumiskan bawang-bawng, masukkan cili padi dan sos tiram. Tunggu hingga naik bau

4. Masukkan cendawan butang, dedaun Spring Onion. Masak hingga ia layur.

 

SELAMAT MENCUBA

16.11.03

Ikan Cabai

Bahan-bahan

Ikan (seekor kembung @cencaru @keli @ sebarang ikan yang besar)

Cili kecil 20 batang

Bawang merah 5 ulas

Bawang putih 5 ulas

Garam secukup rasa, sos tiram

Prosedur

1. TUMBUK cili kecil, usah terlalu lumat

2. TUMBUK bawang merah dan bawang putih, juga usah terlalu lumat

3. Marinate kan ikan dengan kunyit dan garam sebelum GORENG dlm minyak panas.

4. Pada kuali lain, letak sedikit minyak dan tumiskan (1) + (2) dengan api kecil hingga naik bau dan naik minyak (lebih kurang 15-20 minit)

5. Masukkan sos tiram dan garam secukup rasa

6. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaulkan dengan sempurna

7. Hidang, dihiasi dengan taburan bawang goreng dan daun sup

PERINGATAN: Hidangan ini amat pedas dan menikam saraf deria rasa di lidah anda! Maka.. berhati-hatilah..

SELAMAT MENCUBA SERTA MENJAMU SELERA!

 

 

 

 

 

 

(c) rekacipta oleh Khairusy & Rajiah

Diri
Sekolah
Keluarga

16 September 2004 / 1 Sya'ban 1425 (Khamis)

SELAMAT TINGGAL EDINBURGH

Hari ini hari terakhir kami di alamat ini : 11/3 Downfield Place, EH 11 2 EJ, Edinburgh.Rumah akan dikosongkan, serahan kunci pada Agen Charles White dilakukan esok. Semua talian talifon (no. talifon kami : 0131-4777594), internet akan diputuskan. Perkhidmatan elektrik dan gas diatas nama kami juga ditamatkan hari ini. Kami sekeluarga ke rumah Lan di Hermiston Village, menumpang 2 malam sebelum "terbang" pulang ke tanahair pada 18 September 2004.

Sehari dua ini sibuk mengemas barang sambil melawat-lawat rumah sahabat handai di sini buat kali terakhir. Walau hati melonjak-lonjak mahu jejakkan kaki di tanahair, jumpa saudara mara, namun ada secalit rasa sedih. Rasa tak puas "penginapan" selama setahun di Edinburgh. Entah bila lagi akan ke sini semula. Rindu pada suhunya yang nyaman (ketika musim bunga dan panas), rindu pada kesejukan dan salji. Rindu pada Car Boot Sale.. :) Anak-anak pula pastinya akan rindu pada Channel CBeeBies, sebuah rangkaian yang menjadi "teman" dan "guru" mereka sepanjang waktu siang.

Banyak juga beg yang akan dibawa menaiki kapal terbang. Sangkanya dah banyak yang telah di "shipping", rupanya tidak. Kami ada 2 beg yang amat besar, 2 beg bimbit dan 1 kotak untuk dimasukkan ke dalam luggage, Insya-Allah.

Mungkin saya akan "bercuti" dari dunia blog sehingga satu masa nanti. Kepada sahabat-sahabat blog, selamat terus menulis. Insya-Allah jika ada kelapangan akan saya teruskan laman ixora , mungkin juga dengan nama lain, sebagai catatan seorang pengembara - sedetik dalam kehidupanku. Salam Penulisan...

wassalam

*****************************************************************

10 September 2004 / 25 Rajab 1425 (Jumaat)

SHIPPING BARANG

Awal pagi Jumaat, seawal jam 8.00 pagi Adib tiba di rumah kami (memang janjinya juga demikian). Dia membawa sebuah van besar. Adib adalah agen proses penghantaran barang kami ke Malaysia. Sejak seminggu yang lepas kami sibuk berkemas, rumah dipenuhi kotak-kotak. Alhamdulillah semuanya selesai hari ini.

Kami mengambil perkhidmatan Syarikat Kumpulan Niaga yang berpengkalan di Manchaster. Selain kami, keluarag Kak Eda dan Raha turut kongsi sama. Kami menyewa separuh kontena 20 kaki, bererti ruang untuk kami adalah 10 kaki. Bayarannya 500 pound. Perkhidmatan pintu ke pintu. bererti di Malaysia nanti pun kami sekadar menanti di pintu rumah. Bayaran ke pintu di Malaysia tak termasuk dalam 500 pound diatas.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Insya-Allah awal Ramadhan nanti barang akan tiba di Malaysia, kata Adib. Sekarang agak kosong juga rumah kami. Tinggal baju dan perabot asal tuan rumah. Rasa lapang dada setelah proses Shipping tamat.

p/s: Sekadar mahu berkongsi laman web ini khas buat teman-teman (di UK) berkenaan hukum meminta Chid Benefit (seperti yang pernah saya ketengakan dalam catatan terdahulu). Insya-Allah semoga usaha Ustaz Nik dapat membuka mata masyarakat kita berkenaan yang haq dan yang bathil, Insya-Allah..

wassalam

*****************************************************************

9 September 2004 / 24 Rajab 1425 (Khamis)

SELAMAT TNGGAL SHEILA

Sheila Douglas. Berambut coklat gelap, bermata coklat jernih dan berbadan besar, obes. Orangnya sabar. Telah hampir 26 tahun berkerjaya yang melibatkan kanak-kanak. 2 tahun pertama di sebuah nursery, 2 tahun kemudian menjadi "nanny" kepada sebuah keluarga dan 22 tahun kemudian (hingga kini), menjadi Social Worker di bawah Edinburgh Council hinggalah kami berkenalan dengannya di Viewforth Child and Family Centre, tempat kami selalu menghadiri TAPS (Toddler and Parents) Group bersama Aqilah dan Hadi.

Mengamati sejarah kerjayanya dan cara dia melayan kanak-kanak juga, dapat kita lihat betapa Sheila amat menyintai kanak-kanak. Tiap kali habis TAPS Group beliau akan mencium Aqilah dan Hadi. Beliau masih berhubungan dengan kanak-kanak yang pernah diasuhnya hingga kini. Seorang daripadanya telah pun dewasa, berkahwin dan mempunyai anak kembar. Sheila cukup bangga.

Semalam hari terakhir kami menghadiri TAPS Group. Hajat dihati mahu buatkan karipap untuk makan bersama-sama, malangnya tak sempat untuk membeli rempah kari di Kedai Cina di Leith Walk. Sheila beriya-iya meminta alamat kami di Malaysia. Terharu sungguh sewaktu saya mahukan alamatnya, beliau menghulurkan sebuah kad dan hadiah. Alamatnya ada dalam kad, katanya dan hadiah sebagai tanda kenang-kenangan dari beliau. Malahan ada juga hadiah kecil untuk Aqilah dan Hadi. Sebagai "bekalan" untuk memujuk mereka di kapal terbang nanti, ujarnya (kami pernah berbincang berkenaan "methods" memujuk anak sewaktu perjalanan jauh). Makanya saya masih simpan hadiah berbungkus buat Aqilah dan Hadi, hanya akan membukanya ketika mereka meragam dalam perjalanan pulang nanti.

Hadiah kecilnya darinya, sebuah buku berjudul "A Little Book of Scottish Baking" hmm.. bolehlah saya buat roti ringkas gaya Scottish di Malaysia nanti...

wassalam

*****************************************************************

7 September 2004 / 22 Rajab 1425 (Selasa)

BESLAN YANG SEDIH

Peristiwa rampasan kuasa di sebuah sekolah yang menjadikan 1200 orang sebagai tebusan di Beslan Russia, mendapat liputan besar-besaran media sini. Peristiwa tersebut berlaku pada hari Rabu lepas, telah pun tamat dan hingga semalam, dianggarkan jumlah kematian sebanyak 338, 260 masih hilang dan 428 masih di hospital. Separuh daripadanya adalah kanak-kanak (serangan dibuat pada hari pertama persekolahan pada musim ini)

Label "Terrorist" nya adalah orang Chechnya, beragama Islam. Moscow mendakwa ada orang berbansga Arab terlibat dan turut melibatkan Al-Qaeda (walau tiada bukti). Banyak gambar-gambar kanak-kanak yang cedera, barisan mayat terpampang di muka media sini. Ramai orang sini yang merasa sedih, kecewa diatas serangan tersebut. Mengapa kanak-kanak yang dijadikan mangsa. Secara peribadi, betul juga apa yang mereka sedihkan, kecewakan. Mereka bertambah 'fobia' pada Islam.Mereka kata Islam ganas. Islam terrorist. Mereka tak tahu dalam Islam juga tak dibenarkan mencederakan kanak-kanak, perempuan mengandung dan orang tua. Mereka juga kurang mengenali Islam, kerana media kurang mendedahkan. Mereka tahu kedai runcit Pakistan Islam juga ada arak, ada judi. Orang Islam juga masuk pub, mahupun kedai tarian erotik. Mereka hanya tahu Islam boleh berpoligami, isteri hingga 4 orang.

Mereka di sini juga tak berapa tahu betapa tersiksanya jiwa, dendam para Chechnya, dendam orang Iraq, dendam orang Palastin, dendam Afghanistan (dan orang Ambon) melihatkan saudara maranya dibunuh dengan kejam oleh kafir musyrikin. Dendam yang boleh menghilangkan segala kerasionalan seorang manusia. Sedihnya bila suaranya tidak didengari dunia. Adakah cara lain mereka membuka mata dunia?

Semoga masih ramai muslimin di bumi 4 musim ini menunjukkan ciri-ciri Islam yang sebenar....

wassalam

******************************************************************

5 September 2004 / 20 Rajab 1425 (Ahad)

TUNGGU KAK SHAKIRAH

Tak sabar rasanya nak menanti kedatangan Kak Shakirah sekeluarga ke Edinburgh. Mereka bertolak dari KLIA ke London hari ini, bererti tiba Edinburgh esok, lebih kurang jam 12.00 tengahari.

Kak Shakirah (ustazah Shakirah) adalah isteri Luqman, teman sekerja suami. Bilik pejabat suami di Malaysia pun bersebelahan dengan bilik Luqman. Kami sewa rumah di Taman Jasa Utama, Selayang. Rumah kami bernombor 49, rumah Kak Shakirah bernombor 50. Kami jiran bersebelahan rumah.

Ditakdirkan, setelah saya tamat KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah), saya ditugaskan di Sekolah Menengah Sungai Pusu, sekolah Kak Shakirah mengajar! Suami dan Luqman selalu berbincang nak bersarapan di mana (ketika berselisih kereta sewaktu pagi, menghantar isteri masing-masing ke sekolah yang sama). Waktu balik pula saya dan Kak Shakirah hampir tiap hari naik teksi sama-sama. Anak-anaknya, Arwa (5 tahun) dan Humaira (4 tahun) juga serasi bermain dengan Aqilah.

Seharusnya kami ke Edinburgh sama dengan mereka tahun lepas. Malangnya, ada masalah sedikit. Mereka sekeluarga turut menghantar kami ke KLIA. Alhamdulillah, dapat juga Luqman menyambung pelajarannya ke peringkat PhD selama 3 tahun di sini. Kami pula nak balik tak lama lagi. Sempat juga jumpa walau sekejap cuma. Tak sabarnya nak jumpa...!!

wassalam

*****************************************************************

3 September 2004 / 18 Rajab 1425 (Jumaat)

RUMAH INI NAK DIJUAL

Alhamdulillah sekarang ni semua dah tamat. Suami dah hantar disertasinya. Peperiksaan juga dah habis. Merdeka! Katanya. Rasa macam baru habis SPM. Saya pun terasa bahangnya. Belajar by-talk course - kena hadiri kelas, dengar kuliah semula, baca buku akademik, hafal dan faham serta ambil peperiksaan. Rasanya diumur sekarang 'pedih' juga kepala. Lain halnya dengan kusrus by-research atau penyelidikan. Kuranglah sikit tekanan peperiksaan. Namun harus pandai mengurus masa. Betul tak kakngah, Pak Wattan, Inaz?

Petang tadi rumah kami didatangi agen hartanah. Rupa-rupanya sebaik saja kami keluar dari rumah ini, Tuan rumah ingin menjualnya. Maka agen hartanah tersebut datang untuk melihat-lihat kondisi rumah dan keluasannya. Baru kami tahu yang flat kami diami ini telah wujud seawal tahun 1900 dan refurbishment besar-besaran telah dibuat pada tahun 1987. Patutlah tua semacam flat ini.

Tahniah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim di atas pembesasannya. Keluar diberita TV UK mahupun CNN. Dalam surat khabar The Times hari ini juga ada menyiarkan berita. Allah jua yang Maha Mengetahui segalanya...

wassalam

*****************************************************************

31 Ogos 2004 / 15 Rajab 1425 (Selasa)

SALAM KEMERDEKAAN

Salam kemerdekaan buat pembaca laman ixora. saya dan keluarga berada di tanah penjajah kita sekarang ini. Percaya atau tidak, betapa banyaknya harta dan kekayaan kita dahulu berada di sini.

British menjajah dan meratah kekayaan Tanah Melayu. Mereka bukan menjajah buta. Mereka bijak pandai dan pintar memanipulasi. Mereka juga mengkaji, mendokumentasi setiap inci tanah, laut dan udara kita. Buktinya banyak di simpan di London. Di Royal Museum of Scotland juga banyak spesis binatang dari Asia, pastinya ada dari Malaya (yang saya ingat - Malayan Tapir). Spesis tersebut telah beratus tahun tersimpan di Muzium itu. Malah, masih terawet rapi surat dari saintis sensasi, Charles Darwin kepada seorang pegawai British yang berada di Malaya. Surat berekenaan spesimen biologi dari Malaya.

Sewaktu berjalan di atas jalan berturap di UK ini, ingatlah, kesempurnaan jalan raya, kayu gagah yang membina jambatan, adalah hasil dari kekayaan bumi Tanah Melayu, sewaktu waktu dahulu...

Selamat Menyambut Hari Merdeka

wassalam

*****************************************************************

26 Ogos 2004 / 10 Rajab 1425 (Khamis)

'BUGS'

Sedikit maklumat berkenaan Simptom demam akibat serangan "bugs" (virus/bakteria dalam panggilan masyarakat tempatan) yang telah secara bergilir-gilir menjadikan setiap individu dalam keluarga kami sebagai host merangkap vektornya:

(susunan ini mengikut kronologi masa - sejak saat pertama serangan)

  • rasa badan "semacam" - seram sejuk
  • sejuk kaki dan tangan, menggigil dengan kuat
  • tamat fasa gigilan, badan mulai panas sepenuhnya (bagi Hadi suhu amat tinggi)
  • tidak berpeluh walau sudah makan paracetamol dan berselubung (bagi yang dewasa)
  • terasa sakit-sakit dan lenguh di sendi, tengkuk, bahu, pinggang
  • lemah untuk buat sebarang aktiviti
  • sakit, perit tekak dan terasa air liur amat kelat sekali
  • pening kepala

Ia berlangsung selama lebih kurang 5-6 hari bagi setiap individu. Ini bererti sudah hampir 3 minggu ia "tinggal" bersama keluarga kami. Setakat ini cuma Aqilah yang tidak menunjukkan simptom seperti di atas walaupun dia demam sedikit dan ulser di mulutnya sewaktu Hadi dijangkiti.

Namun semalam petang, tiba-tiba Aqilah mengadu, "ibu.. kakak rasa sejuk, macam megigil (dalam pelatnya) ni..!" Saya lihat bibirnya pucat, tangan dan kakinya sejuk. Oppss... saya ingatkan sayalah mangsa terakhirnya... secepat mampu (dalam keadaan saya yg masih belum pulih 100%) saya sarungkan baju sejuk dan selubungkan dia di dalam duvet (selimut tebal)... Hadi pula merengek dan menangis kerana cemburu.. sabarlah anak...

wassalam

*****************************************************************

20 Ogos 2004 / 4 Rajab 1425 (Jumaat)

BALIK MALAYSIA

Alhamdulillah anak-anak beransur kebah. Hadi dah mula ceria semula. Cuma kadang-kadang merengek ketika dahinya masih agak "suam". Kami sekeluarga masih berbincang bila nak tempah tiket balik ke Malaysia.

Asalnya 25 September. Lepas itu ubah kepada 30 September. Atas sebab tertentu, kami rancang 20 September, hinggalah hari ini kami terasa nak cepatkan lagi kepada 18 September! Sekarang ni, rasa tak sabar pula nak jumpa keluarga di Malaysia tercinta.

Ramai juga orang kata, apa nak balik cepat-cepat. Terlanjur ada peluang di sini mengembaralah habis-habis, explore seluruh UK dan Eropah. Memang besar sangat hajat di hati untuk mengembara. Maklumlah, siapa tak suka berjalan. Memang betul, bukan senang dapat peluang ke mari lagi (kalau tidak atas biasiswa JPA - terima kasih Malaysia :) Namun ada banyak kekangan lain. Memang rindu sangat nak balik ini. Di samping itu, taraf hidup di Edinburgh yang tinggi (sewa rumah) hampir merencatkan banyak perkara.

Shipping barang Insya-Allah dibuat 11 September ini. Kami ambil perkhidmatan Syarikat Kumpulan Niaga yang berpengkalan di Manchaster. Dari pintu ke pintu. Insya-Allah semoga semuanya berjalan lancar...

wassalam

****************************************************************

18 Ogos 2004 / 2 Rajab 1425 (Rabu)

ANAK-ANAKKU DEMAM

Minggu lepas ayahnya dah demam. Minggu ini dua-dua anak saya, Aqilah dan Hadi pula menyusul. Serentak. Panas sungguh badannya (terutama Hadi). Bermula dari hari Ahad. Manifestasi demam Aqilah lebih kepada pembentukan ulser di mulutnya. Badan hanya terasa panas-panas sedikit. Makan ubat Calpol beberapa kali, nampaknya Alhamdulillah OK. Namun ulser itu jugalah menyebabkan dia asyik merengek, merebak sakitnya ke pipi dan telinga. Saya selalu suruhnya kumur air garam hangat dan sapu ubat Bonjela saja.

Hadi pula menunjukkan simptom panas badan yang ketara. 2 malam berturut-turut badannya terlalu panas. Tidur gelisah, menangis sentiasa. maklumlah lama juga dia tak demam. Saya lap-lap badan dengan kain lembap dan jelum kepalanya dengan air campur bawang merah yang diramas-ramaskan. Makan Calpol juga nampaknya belum memadai. makanya kami ke GP (General Practitioner) jam dua tadi, atas nama kes kecemasan (tak payah tunggu temujanji 2, 3 hari). Alhamdulillah demam panas biasa saja akibat tonsilitis (jangkitan di tonsilnya). Diberi ubat demam dan antibiotik penisilin.

Rindu pada dunia blog, apakan daya sibuk pula akhir-akhir ini. Tak sempat nak melawat "rumah" kawan-kawan.

wassalam

******************************************************************

11 Ogos 2004 / 24 Jamadilakhir 1425 (Rabu)

KEKASIHKU DEMAM

Kasihan suami, demam buat pertama kalinya sejak tiba UK. Bila sesekali demam ni, terasa impaknya berat juga. Panas seluruh badan, rasa seram sejuk. Dah lah dalam kesibukan menyiapkan disertasi, terpaksalah "mencutikan" diri dari ke library. Berselimut tebal atas katil. Dugaan... teringat ucapan seorang rakan semasa saya kena demam denggi sewaktu di kampus dulu, "Semoga sakit yang dialami boleh menjadi kafarah terhadap dosa-dosa kecil masa silam.." Sebab itulah walau apa jua keadaan, kita disuruh sentiasa bersyukur dan mengingati Allah..

Beberapa hari ini hujan mencurah-curah di bumi Edinburgh. Jalan lembap sentiasa. Seharusnya hari ini ada jemputan hari keluarga di Viewforth Child and Family Centre (tempat kami menghadiri TAPS -Toddlers and Parents Group setiap minggu). Namun kami tak dapat menyertainya. Boleh saja saya seorang diri menyorong kedua-dua anak ke Viewforth Terrace, namun bimbang pula hujan lebat di pertengahan jalan. Stroller berkembar kami boleh tahan juga beratnya!

wassalam

*****************************************************************

8 Ogos 2004 / 21 Jamadilakhir 1425 (Ahad)

FRINGE

Petang tadi jam 1.00 petang kami berjalan kaki ke Princess Street. Cuaca hari ini pula elok sunggguh. Matahari memancar amat terang. Suhu dalam 23 darjah. Hari ini ada perarakan sempena Ediburgh Festival (FRINGE).

Orang ramai disepanjang Princess Street, menanti perarakan bermula. Teringinlah juga nak tengok macamana gayanya perarakan orang putih ni. Mula-mula tu kami sekeluarga pun cuba berasak-asak dicelah orang, namun tak sanggup rasanya nak menunggu dalam kesempitan macam tu, kami pun berundur. Cume mendengar sorak orang ramai bila ada objek yang lalu. Bising dan meriah sekali.

Edinburgh Festival diadakan setiap tahun pada bulan Ogos macam ni. Macam-macam aktiviti yang dibuat. Terlalu ramai pelancong membanjiri Edinburgh ketika ini. Tu yang agak tak selesa untuk menyusur bandar sekarang.

wassalam

*****************************************************************

6 Ogos 2004 / 19 Jamadilakhir 1425 (Jumaat)

GAMBAR

Lagi gambar pengembaraan ke Pulau Ireland..jemputlah klik.. :)

wassalam

****************************************************************

4 Ogos 2004/ 17 Jamadilakhir 1425 (Rabu)

PENGEMBARAAN KE PULAU IRELAND

Maaf, lama tak bercatatan sekembalinya dari Ireland tempohari. Komputer nan satu menjadi rebutan. Suami terlalu sibuk menyiapkan disertasi pengajiannya, maka komputer ini sentiasa ada bersama beliau di Universiti. Apabil berada di rumah, internet yang ternyata 'lembap' merencatkan banyak perkara.

Berbalik pada pengembaraan kami, Alhamdulillah seronok dan puas hati. 5 hari di pulau Ireland, kami berkesempatan melawat Republik of Ireland (di kawasan Dublin dan sekitarnya) dan Northern Ireland, UK.

Perjalanan yang dirancang juga berjalan lancar dan kemas. Penerbangan dari Edinburgh ke Belfast kemudian mengambil kereta yang disewa (telah ditempah awal) di lapangan terbang antarabangsa Belfast. Kami menyewa kereta selama 5 hari. Hari itu juga kami ke Dublin, Republik of Ireland. Kelakar juga bila tiada sebarang tanda sempadan antara Northen Ireland dan Republik berkenaan! Kami bayangkan ada sempadan imigresen seperti di bukit kayu hitam. Tidur semalaman di Dublin.

Esoknya petamg kami bertolak ke Northern Ireland semula, iaitu Coleraine, bermalam di rumah Yumi. 2 hari berjalan-jalan sekitar Coleraine yang berada di utara pulau Ireland, menikmati angin di pantai laut Antartika, sungai, bukit dan ladang utara Ireland sebelum turun semula ke Belfast pada hari kelima pengembaraan. Berjalan-jalan sekitar bandar Belfast, dan menaiki semula penerbangan ke Edinburgh jam 9.00 malamnya.

Insya-Allah akan saya uploadkan gambar di Fotopages nanti..

wassalam

*****************************************************************

 

 

 

 

 

 

Taman Diri

 

 

lagi GAMBAR KELUARGA .....di sini.....

 

Scottish news direct from Scotland:

UNIVERSITI DI EDINBURGH

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1