|
LAMAN WEB PERIBADI .............LAMAN IXORA...........SEJAK 7 NOVEMBER 2003 |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
(c) rekacipta oleh Khairusy & Rajiah |
30 November 2003 (Ahad) Lama sungguh saya tidak bercatatan. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI atau EID MUBARAK. Sibuk sungguh menjelang Aidilfitri. Bukan sibuk buat kuih atau persiapan raya, tetapi sibuk sendiri melayan kerenah pengarang jantung berdua tu. Buat kali pertama berhari raya di luar negara, rasanya okey juga. Ukhuwah di sini cukup erat. Tidaklah terasa sunyi walau berjauhan dengan saudara mara. Ramai sahabat buat rumah terbuka. Kami sekeluarga berhari raya dari rumah kami di kawasan Dalry, hingga ke Gorgie, Westerhailes, Curry dan Balerno. Pulang ke rumah sudah maghrib (melebihi jam 5.00 petang). Penat tidak terkata. Di Malaysia pula, dengarnya ada perjumpaan kaum kerabat Arwah Hj Arshad dan Arwah Hjh Rukayah, iaitu keturunan sebelah ayah saya. Hj Arshad ialah datuk kepada ayah, merangkap moyang saya. Ramai saudara mara datang dengan anak menantu cucu cicit piut, kasihan ayah dan emak, 'the only' kedua-dua cucunya tiada di sisi. Terdetik seronoknya jika di Malaysia, julung-julung kalinya berjumpa keseluruhan warga keluarga kami. wassalam 18 November 2003 (Selasa) Hari ini angin bertiup kencang sekali. Kami ke klinik, berjalan kaki sambil menyorong stroller panjang (lihat dalam yahoo photos) yg memuatkan kedua-dua anak. Kasihan melihat Aqilah menahan tiupan angin yang menyapa mukanya. Pengalaman.. detik hatiku. Kedua-dua anak saya tidak melalui fasa merangkak. Menjelang 5 bulan, Aqilah mahupun Hadi mula pandai membalikkan badan. Saya menunggu dan menunggu saat-saat MERANGKAK, namun, Aqilah cuma 'menjelar'- seperti ular bergerak, hinggala ke saat dia mula pandai memaut utk berdiri seterusnya berjalan. Nampaknya begitu juga Hadi. Dalam usia menjelang 9 bulan (28 November nanti), dia hanya bergolek-golek untuk bergerak. Badannya tegap jika duduk mahupun didirikan. Mungkin faktor berat badannya yg agk "sedap" membuatkannnya sukar melakukan aktiviti merangkak. Namun, saya fikir mungkin telah berlaku perubahan variasi genetik dalam keturunan kami, menyebabkan generasi terkini tidak melalui fasa merangkak! Ini disokong oleh keadaan anak kakak (bergolek-golek) dan anak adik (menjelar seperti komando) yang lahir tahun 2000 ke atas. Pastinya saya akan terus meneliti keadaan sepupu sepapat Aqilah dan Hadi seterusnya, jika signifikan keputusan hipotesis saya, akan saya khabarkan disini. Wassalam 15 November 2003 (Sabtu) Baca catatan saya 12 November lepas? Saya ada memperkatakan perihal emulsifers.Yang menjadi masalahnya ialah E470- E479. Namun, Alhamdulillah ada sahabat di sini yang telah memberi pendapat, menyokong pendapat Yusuf Qardhawi, iaitu emulsifiers tersebut sudah berubah keadaannya, bukannya haiwan itu lagi secara kasar. Maka yang demikian, fatwanya, Insya-Allah Halal. Bagamana pendapat pembaca? Bolehlah tulis di guestbook saya selepas ini. Hari ini juga kami sekeluarga ke kedai Cina membeli 'bekalan bahan mentah'. Selepas itu keluar lagi le pasaraya Lidl di Westerhailes, membeli bekalan diapers utk Hadi. Beli sekali banyak, £ 6.49 (sebungkus besar) untuk 70 keping. kami beli 3 bungkus! Lidl (Syarikat Jerman)tidak menyediakan beg plastik, maka terpaksalah saya memegangnya sepanjang menunggu bas! Namu jauh di sudut hati menyokong tindakan Lidl tu.., environmental friendly, kerana beg plastik adalah penyumbang pencemaran alam! Mungkin kita boleh berbicara perihal pencemaran di tulisan yang lain kelak. Wassalam * * * 12 November 2003 2 hari tidak bercatatan. Terlalu sibuk dengan tugasan sebagai suri. Tambahan pula Hadi terlalu lasak, walaupun dia belum boleh merangkak mahupun memapah, Hadi akan memaksa saya memegangnya untuk duduk, berdiri, melompat, duduk lagi, berdiri lagi, melompat lagi dan begitulah berulangkali. Tambah akal... orang tua kata. 2 hari ini juga saya banyak surf internet untuk mencari maklumat berkenaan emulsifiers. Dengarnya banyak yang tidak halal - samaada disintesis dari khinzir atau haiwan yang tidak disembelih (saya dinegara bukan islam). Lantaran itulah saya menjumpai laman web berkenaannya - Alangkah terkejutnya saya, selama saya di sini, telah banyak saya makan benda mengandungi Emusifiers yang dikatakan Haram! Contohnya E 471 yang banyak digunakan dalam butter, marjerin, cokelat, aiskerim , peanut butter adalah tidak halal. Jika anda ingin melayarinya, pergilah ke alamat http://www.geocities.com/abunet/haraam.html http://www.soundvision.com/halalhealthy/ dan lain-lain. sekian, wassalam * * * 9 November 2003 - Ahad Lama saya tak makan kek. Hari ini terasa teringin benar untuk berbuka dengan kek sebagai pencuci mulut. Maka tadi siang kami sekeluarga keluarga ke bandar Edinburgh. Dalam perjalanan pulang, singgah di pasaraya Safeway. Melihatkan roti-roti dan kek-kek, terbuka sekali selera ini (ditambah dengan cuaca yang amat sejuk - jam 12.00 tengahari, namun jemari saya terasa kebas disapa kesejukan musim luruh). Maka, Cheese cake, Bilberry Swiss Roll dn Roti berinti fresh cream menjadi habuan. Selalunya kami akan membeli barangan makanan yang bertanda 'V' atau "suitable for vegetarians" - langkah keselamatan memastikan kehalalannya. Bilberry Swiss Roll tiada tanda V! Saya membaca ingredients, ada tertera 'gelling agent - E440' - sudah! Gelatin haiwan ke ni? Lantaran keraguan itu, serta merta saya cari maklumat. E 440 sememangnya gelling agent, atau dikenali sebagai pectin- sejenis enzim yang diisolasikan daripada buah-buahan yang masak ranum sayuran tertentu E 440 Pectin.
E 440 Amidated Pectin. Alhamdulillah, dapatlah saya nikmati Bilberry Swiss Roll yang enak itu.. selamat menjamu selera! wassalam * * * 8 November 2003 - Sabtu Rumah lengkap hari ini. Setiap individu ada di sini - saya (ibu), Suami (ayah), Aqilah dan Hadi. Di Edinburgh, hari Sabtu dan Ahad merupakan hari cuti. Oleh itu, Suami saya tiada kelas. Selalunya cuti begini kami akan keluar ke mana-mana, namun hari ini terlalu sejuk, nampaknya angin bertiup kencang. Hadi pula selsema. Berkurunglah kami di rumah. Bimbang Aqilah bising menjelang petang nanti. Bosan duduk kat rumah, maklumlah dah seminggu terperap begini. Kesian dia, ingin benar rasa hati ini untuk menghantarnya ke nursery atau playschool ( beberapa blok dari sini ada Dalry Primary School), paling tidak, ada pengisian dan pendedahan yang bersifat internasionl untuknya d usia semuda 3 tahun. Namun, siapa pula yang akan menghantar dan mengambilnya? Suami selalunya di U hingga ke petang, saya pula ada Hadi, si bayi 8 bulan. Di UK, kanak-kanak diusia bayi hingga 3 tahun ada nursery, usia 4 tahun akan ke playschool dan usia 5 tahun bermulalah persekolahan yang sebenar lagi formal (Primary). Pembelajaran mereka menarik, menyeronokkan dan interaktif lagi tidak membosankan. Hinggakan ada yang menangis sebab kebosanan di rumah apabila cuti persekolahan! Mereka mengenal huruf secara tidak langsung, melalui perkataan-perkataan yang biasa didengar seperti senarai nama watak-watak kartoon kegemaran. Rasanya boleh diaplikasikan untuk mengajar Aqilah di rumah. Wassalam. 7 November 2003 - Jumaat Laman Ixora..Assalamualaikum dan salam perkenalan untuk pembaca sekelian. Saya memulakan catatan ini dengan suntikan semangat dan dorongan dari suami tercinta, untuk mengongsi sesuatu dengan sahabat-sahabt sekelian. Hari ini, hari ke-12 kita berpuasa dan juga merupakan hari ke-38 kami sekeluarga berada di Edinburgh, UK. Hari raya tahun ini nampaknya merupakan raya pertama berjauhan dengan Malaysia, tanah air tercinta. Barulah terasa indahnya, damainya, permainya Malaysia. Betapa hangatnya kasih sayang keluarga. Mengapa saya memilih Ixora? Ixora bunga istmewa. Nanti akan saya cuba kupaskan secara terperinci mengapa saya memilih Ixora di lain lembaran. sekian untuk hari ini. wassalam
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||