![]() |
laman ixora(kembali ke laman utama) arkib Disember 2003 |
|
1 Disember 2003 (Rabu) Hari terakhir bagi tahun 2004. Ada sedikit kejutan sekejap tadi, tanpa disedari suami menjadi pengunjung ke 1000 bagi laman web flooble chatterbox dan memenangi hadiah mengunjung USA (beberapa tempat termasuk penginapan di Disneyland, dan menaiki cruise selama 5 hari) selama 16 hari bernilai £1011! Cepat-cepat kami mendail nombor telefon yg tertera untuk menuntut hadiah itu... cakap punya cakap dengan penganjur, memang hadiah itu seharusnya milik kami, Tahniah. Katanya, kami hanya perlu menambah £598 untuk tujuan itu. Yang lain ditanggung beres. Namun kami mesti ada kad kredit atau visa Itu masalahnya. Kami tiada kad-kad tersebut! Namun penganjur mengambil juga alamat kami, nombor telefon dan alamat email suami. Entahlah, kalau ada rezeki dapatlah kami ke sana. Kalau tak, tak apalah.. besar juga nilai £598 yang harus kami tampung tu! Rasa macam kurang mampu aje... Dari tadi saya terfikir-fikir apalah yang telah berlaku sepanjang tahun-tahun sebelum ini. Apa pencapaian saya setakat ini. Dalam Malaysia sendiri terlalu banyak perubahan, jika sebelum ini, Dr Mahathir berada di tampuk pemerintahan sejak saya belum bersekolah lagi, sekarang Dato' Abdullah Ahmad Badawi pula memegang jawatan Perdana Menteri. Diri saya? Alhamdulillah, tahun Febuari 2003 saya melahirkan anak kedua (lelaki - cucu yang dinanti-nanti), memiliki kereta sendiri (walau second hand), Oktober 2003 menjejaki United Kingdom (mengikut suami) - walau dalam diri tertanya, bila agaknya saya pula yang menyambung pelajaran peringkat Master. Terdahulu, banyak peluang menyambung Master telah saya lepaskan.. dan harapnya tidak mengulangi kasilapan yang sama. Hari ini saya banyak terfikir akan kerinduan. Rindu pada keluarga di Malaysia, rindu pada kawan-kawan disekolah menengah dulu, rindu pada UKM, rindu pada rakan sekerja CEPP (tempat kerja pertama-tempat jatuh lagi dikenang), rindu pada eksperimen-eksperimen yang pernah saya kendalikan (mencari bahan aktif dalam ekstraks berlainan pelarut tumbuh-tumbuhan hutan Malaysia - yang ada potensi dari segi perubatan), rindu pada murid-murid SMKSP, Gombak (Kelas 4 Server, 4EK1,4EK2, 2 Sejahtera, 2 Gigih). Hmmm... 2004 datang bersama kematangan dan ketenangan akal dan fikiran , Insya-Allah... Wassalam ****************************************************** 30 Disember 2003 (Selasa) Melihat berita-berita kejayaan PMR beberapa sekolah cemerlang menyebabkan saya berfikir semula betapa besarnya pengorbanan seorang guru. Tidak dinafikan, guru memainkan peranan penting dalam mencorakkan sekolahnya. Motivasi guru, kelas tambahan, cara mengajar yang menarik, kebolehan mengambil hati pelajar, menangani buruk laku anak didik, Menangani kegiatan kokurikulum bukannya semudah ABC. Hingga datang kerja pada waktu malam (menyelia prep), menanda kertas peperiksaan di rumah (dalam kesibukan menguruskan rumahtangga - bagi guru perempuan), malah, bukan sedikit guru yang bekerja melebihi waktu office hours. Tidak hairanlah sebenarnya kerjaya guru ini agak menensionkan bagi yang tidak berminat (kerana berusan dengan 1001 'benda hidup' pelbagai kerenah yang perlu dididik). Pengalaman saya yang pernah bekerja sebagai penyelidik di UTM, rasanya lebih penat namun seronok berkerja sebagai guru. Dalam sektor lain, ke mana saja kita diarahkan untuk menghadiri seminar ke, mesyuarat ke, claim dan boleh terus claim. Hingga kadang-kadang duit claim lebih banyak dari duit yang sebenarnya kita guna. Terbang ke sana ke mari dengan mudah. Memang mewah dan gah. Guru? Disekolahlah lokasi kita. Arahan untuk menghadiri kursus, pergi sendiri - naik bas atau kereta, boleh claim tapi tidaklah semewah dulu..risaukan silibus tak habis lagi, banyak kerja tertangguh, dll. (Alhamdulillah guru kini dapat tinggal di hotel ketika berkursus). Namun ada kepuasan dan disiplin diri (pada pendapat saya). Kepuasan dapat berkongsi secara "live" ilmu-ilmu dengan pelajar yang dahagakannya. Benarlah kata-kata "Guru umpama lilin yang membakar diri". wassalam ******************************************************* 27 Disember 2003 (Sabtu) Hari ini kami hari sosial kami sekeluarga (seperti yg telah diwartakan dalam laman suami ). Kami ke rumah Abg Azlaini dan Kak Sabariah di Dalry Road (Antara rumah org melayu yang paling dekat dengan rumah kami). Sebelum itu Julie dan Khairul, baru singgah di rumah kami untuk menunaikan sembahyang Zuhur. Mereka ke bandar, bimbang terlepas waktu Zuhur, on the way balik ke Balerno, singgah di sini dulu. Waktu Sembahyang di musim sejuk ini amat pendek, terutama Zuhur dan Asar: Subuh: 6.27 pagi - 8.21 pagi Zuhur: 12.16 tgh - 1.50 tgh Asar: 1.50 ptg - 3.50 ptg Maghrib: 3.50 ptg - 6.05 ptg Isya' : 6.05 ptg Kami berjalan kaki ke rumah Abg Azlaini selepas Asar ( around 2.30 ptg) dan balik dah gelap. Kasihan Aqilah, sejuk walau ketika itu baru pukul 5.00 ptg. Abg Azlaini memberi kami kad kecil yg mengandungi senarai bahan makanan yang TIDAK BOLEH DIMAKAN. Ia diambil dari homepage Hizbi. Mudah.., boleh kami bawa ke mana-mana saja. Apa yang penting lihat tanda "Vegetarian" Antara yang paling ketara di sini ialah kepekaan kita menjaga waktu sembahyang, terleka sebentar, dah terlepas waktu. Wallahualam.. wassalam... ****************************************************** 25 Disember 2003 (Khamis) Hari ini krismas. Kami tidak ke mana-mana. Dengarnya semua kedai mahupun pasaraya tutup hari ini dan juga esok. Oleh sebab itu kami telah membeli banyak stok (mungkin bekalan seminggu). Mungkin tiada bas di jalanraya. Anak saya Hadi semakin lasak dan aktif. Cukup cepat dia merangkak. Sedar-sedar dah berubah lokasinya... di mana-mana saja--bilik tidur, depan bilik air, dapur (nasib baik rumah kami kecil, satu bilik sahaja!) wassalam ******************************************************* 24 Disember 2003 (Rabu) Selamat Hari Lahir yang ke-3 Nur Aqilah Has-Yun. Kami mengadakan
majlis sambutan kecil-kecilan baginya. Inilah kali Malam, menonton rancangan Braniac Science Abuses. Ada satu eksperimen yg amat menarik perhatian saya: Selama ini kita melihat papan tanda "Jangan Guna Talifon Bimbit di Stesyen Minyak". Benarkah penggunaan telefon bimbit boleh menyebabkan letupan? Maka, ahli-ahli Braniac meletakkan beberapa jenis telefon - yang berdering mahupun yang vibrate di dalam sebuah caravan yang dipenuhi dgn petrol yag telah meruap. Mereka menelefon setiap telefon bimbit , namun tiada pun letupan yg berlaku! Jelas deringan handphone tidak menyebabkan letupan. Braniac mencuba pula teori Elektrik Statik. Geselan antara plastik dgn pakaian Nylon digunakan untuk menjana elektrik statik, kemudian sipemakai pakaian Nylon menyentuh hujung wayar yang disambungkan dengan caravan yg dipenuhi dgn wap petrol tersebut.. apa yg berlaku? Caravan tersebut meletup! Maka mungkin akan datang bakal ada signboard " Jangan Pakai Pakaian Nylon di Stesen Minyak". wassalam ******************************************************* 21 Disember 2003 (Ahad) Cuaca amat elok hari ini. Kami keluar rumah jam 9.00 pagi untuk ke St Andrews dan Dundee pula. Bandar St Andrews, kecil, bersih dan senyap! Kadang-kadang terasa macam masuk ke pekan yang telah dikosongkan pula, maklumlah baru jam 11.00 pagi dengan suhu yang sejuk dan berangin, mungkin penduduk di sini lebih gemar berpanas badan di rumah. Kami ke tepian pantai St Andrews. Angin amat kencang sekali, boleh melayang badan dek tiupannya. Sejuk tak terkata. Perjalanan ke Dundee pula melalui jalan desa yang indah pemandangannya. Jika sebelum ini hanya menikmati pemandangan desa Inggeris melalui kaca TV, Alhamdulilah kini ia di depan mata! Ladang jerami dan bebiri luas mata memandang. Kami menikmati makan tengahari di Dundee (makan bekalan - nasi goreng, ikan goreng dan telur goreng -- namun amat menyelerakan!). Pulang ke rumah malam hari. Salji di Edinburgh sudah mula mencair. Bila lagi agaknya dapat kami bermain salji di Edinburgh... wassalam ******************************************************* 20 Disember 2003 (Sabtu) Jam 9.30 pagi kami sekeluarga keluar dgn KIA KARNIVAL ke rumah Lan dan Liza. Glasgow dan Loch Lomond di utara Scotland lokasi tujuan kami. Jika ingin tahu lebih lanjut kedudukan geografi dan sejarah tempat tersebut, sila ke laman suami. Nampaknya Hadi juga sudah sihat, apalagi, rancangan untuk mengembara diteruskan. Aqilah paling seronok. Lama tidak berjalan jauh. Pertama kali keluar dari Edinburgh. Perjalanan kami ditemani oleh deraian hujan dan kabut yang agak menutup pandangan. Memujuk Aqilah untuk duduk di car seat tidak susah. Katakan saja Polis di UK garang-garang, dia percaya. Alhamdulillah Aqilah mudah mendengar kata. Hadi juga mudah tidur sepanjang perjalanan. Tiada kompromi seandainya ditahan polis. Dendanya £1000 sekali tangkapan kanak-kanak tidak duduk di car seat! Tak berbaloi.. sewa kia karnival pun baru £160 untuk 3 hari. Kami pulang ke Edinburgh hari sudah malam. Perjalanan pulang pula ditemani oleh hujan salji! Besar kuasa Allah, Alhamdulillah saya dapat menikmati hujan salji. Deraian butiran salji menjunam menerjah cermin kereta. Kami berhenti sebentar di tepian highway, menikmati hujan salji. Sejuk sekali. Aqilah seronok mengaut salji yg menyerupai ais sagat di tanah, mengepal dan membaling bebola salji. Namun menangis akhirnya kerana tangannya sakit (frost bite) akibat tak pakai sarung tangan! Bising mulutnya merungut "salji gigit tangan Aqilah.." Sesamapai di rumah, fenomena alam "arora" menyambut ketibaan kami. Walau malam, langit cerah kemerahan, seperti waktu senja. Fenomena ini berlaku akibat biasan dari salji dibumi. Wassalam ****************************************************** 19 Disember 2003 (Jumaat) Siang tadi suami telah membawa KIA KARNIVAL sewaannya pulang ke rumah. Malam ini juga kami sekeluarga bersama Lan dan Liza bershopping di ASDA baru di Chesser yang dibuka 24 jam! Seronok tak terkata. ASDA terbesar di Scotland, dengan barangan harga patut (dengarnya di UK, ASDA jatuh ditempat kedua selepas LIDL untuk harga barang paling murah). Di UK, kanak-kanak wajib duduk di car seat kanak-kanak demi keselamatannya. Terpaksalah kami meminjam baby car seat dari Kak Ijan di Westerhailes. Maka, diikatlah Aqilah dan Hadi di kerusi masing-masing. Kalau kita di Malaysia, baby dipangku di riba saja dalam kereta. Anak-anak kecil juga tidur bersama ibu bapa, tapi di sini, saya dapati mereka lebih gemar membiasakan kanak-kanak lebih "berdikari" - car seat sendiri dalam kereta (selain faktor keselamatan), katil baby sendiri dan tidur dibilik sendiri, kalau berjalan-jalan jarang kanak-kanak didukung - mesti di stroller masing-masing. Ibu Bapa ada privacy sendiri. Mungkin sebab itulah anak-anak mereka lebih "tough" - jarang lihat menangis walau terjatuh kuat dan lebih berani. Dari segi lain -- mungkin sebab itu juga ada yang tergamak menyaman ibu bapa! wassalam ****************************************************** 18 Disember 2003 (Khamis) Antara pita selofan, pita musking dn pita pelekat surat, yang mana satu paling kuat daya lekatannya? Jawapannya saya dapati dari rancangan Braniac (disaluran Trouble TV Sky). Braniac lebih kepada eksperimen 'gila-gila' yang mencabar penemuan saintifik. Namun menarik dan kreatif. Untuk eksperimen tersebut, seorang manusia dilekatkan pada sekeping papan menggunakan ketiga-tiga pita pd masa berlainan dan diterbalikkan, kemudian dikira berapa lama ia bertahan (sebelum jatuh) - pita selofan 3 minit, pita musking - 1 minit dan pita pelekat surat - 10 minit! wassalam ******************************************************* 17 Disember 2003 (Rabu) Seawal jam 9.00 pagi suami telah keluar menemani abang Zamri ke Glasgow untuk membeli bahan mentah bagi meraikan kehadiran Dato' Nazri. Hadi kurang sihat. Seharian saya meladeni kerenah bayi selsema, batuk dan tak sedap badan itu. Memang waktu pertukaran musim sebegini ramai kanak-kanak yang kurang sihat. wassalam ******************************************************* 13 Disember 2003 (Sabtu) Pagi tadi kami dapat 2 kepala ikan salmon secara percuma! Pemberian Kak Eda yang baru pulang dari Glasgow ( dari Edinburgh ke Glasgow semata-mata mencari ikan!).. Terima kasih Kak Eda. Mahu lihat gambar lauk Kari Kepala Ikan Salmon, kliklah ke homepage suami saya. Cuaca agak elok, kami sekeluarga ke Kedai Cina di Leith Walk, membeli kicap, meggi, rempah kari dll bahan masakan Asia. Saya rasa seronok sungguh dengan kecekapan perkhidmatan bas di sini (15 minit sekali). Manakan tidak, tiba saya di bus stop (yang terletak dekat dengan pintu rumah), bas no.25 pun tiba. Saya mengambil one day saver ticket yang berharga £1.80 utk perjalanan unlimited satu hari suntuk! Bas tersebut lalu betul-betul dihadapan kedai Cina. Tamat bershopping, terus ke bas stop berdekatan, dan bas no.25 pun tiba! Wassalam ****************************************************** 12 Disember (Jumaat) Alhamdulillah hari ini Hadi mula tidur pada jam 10.50 malam setelah 3 hari berturut-turut tidur pukul 1.00 pagi! Harapnya tidurnya hingga pagi. Musim sejuk sebegini jangkawaktu malamnya amat panjang. Jam 3.00 petang sudah redup. 3.44 ptg masuk waktu maghrib. selepas itu, bermulalah waktu malam.. hinggalah matahari timbul pada jam 8.33 pagi. Mungkin anak-anak rasa janggal (masih belum dapat suaikan diri) dengan malam yg amat panjang. Kalau tak silap saya, bedtime hour bagi anak-anak mat salleh di sini ialah jam 7.00 - 8.00 malam. Agaknya terus tidur, hingga jam 7.00 pagi keesokan harinya. Dan jam 7.00 pagi itu, ibu bapa mesti kejutkan anak-anak (terutama yang baby).. agar rutin tidur anak tidak terganggu... wassalam ********************************************************* 10 Disember 2003 (Rabu) 27 Ramadhan 1421, Aqilah dilahirkan dengan berat badan yang amat ringan - 2.1 kg. Kurang glukosa dalam darah, dia dimasukkan ke Neonatal Intensive Care Unit. Peningkatan berat badannya juga tidak terlalu memberangsangkan, lebih-lebih lagi menjelang usia 5 bulan, dia telah dijangkiti demam campak. Sejak itu, aktiviti menangis sering menjadi kegemarannya, kurang nafsu makan, hingga saya, suami, datuk-datuk dan nenek-neneknya amat risau. Hingga doktor cadangkan makan soya, telur setiap hari. Bermacam cara kami lakukan, dia tetap kurang berselera. Dia seperti tidak mengenal erti LAPAR. Lantaran itu, berat badannya kurang, walaupun dia aktif. Di UK, Alhamdulillah Aqilah semakin berselera. Malah, kami terkejut- sebab dia makan banyak! Rasa macam tak logik dengan saiz perutnya. Pipi juga semakin tembam, nampaklah lebih sihat dan bertenaga. Kurang aktiviti menangisnya! Jatuh dah boleh bangun sendiri tanpa menangis. Alhamdulillah, sayalah orang yang paling seronok, apa-apa yang dia minta, pasti saya beri-- selagi tak sakit perut! Hinggakan waktu nak tidur pun minta nasi. Mungkin faktor suhu sejuk membuatkan perutnya sentiasa lapar. Insya-Allah 24 Disember ni genap usianya 3 tahun, dan harapan saya, dia akan terus berselera dan terus membesar! Hadi pula ada hobi yang agak pelik baru-baru ini. Bibliofagia -- Pemakan buku! Pantang jumpa kertas, akan digigitnya. Tisu, buku cerita saya telah menjadi mangsa. Pantang saya leka, akan dikunyah-kunyah cebisan kertas dan ditelan dengan segala kepayahan, kemudian tersenyum! Selera makannya, Alhamdulillah, sentiasa positif. Wassalam ******************************************************** 9 Disember 2003 (Selasa) Pagi tadi saya menelefon health visitor di Springwell Medical Centre, bertanyakan perihal imunisasi Hadi, bayi 9 bulan saya. Menurut jadual program immunisasi Malaysia, Hadi seharusnya mendapat imunisasi Measles/Mumps/MMR pada 16 Disember ini. Rupa-rupanya, di UK, imunisasi penyakit tersebut hanya akan diberi ketika bayi berusia 13 hingga 15 bulan, bererti Hadi harus menunggu hingga usia itu! Namun untuk membuat pemeriksaan biasa, kami boleh ke Baby Clinic, juga di Springwell Medical Centre, pada Isnin ( 2.00 - 3.30 petang) dan Khamis (11.00-12.00 tengahari). Tidak memerlukan appoinment. Suhu juga semakin sejuk. Seharian memasang heater masih terasa kesejukan diluar sana. Pagi semalam sudah ada frost. Hamparan rumput di taman belakang rumah kelihatan seperti ditaburi dengan 'gula castor'. Jelas dedaun rumput mengeras seperti beku. Namun salji masih belum ada. Dengarnya musim lepas salji turun tepat 1 Januari 2003. Kekerapan hujan salji juga sudah berkurangan, dan lapisan salji tidaklah setebal mana, hinggakan kawasan yang diwartakan sebagai tempat bermain ski juga tidak mendapat salji secukupnya. Mungkin inilah kesan "pemanasan global" akibat pencemaran! Teringat beberapa lagi fenomena kesan pencemaran - cuaca panas keterlaluan di beberapa negara, hujan ribut taufan, banjir besar, ombak gergasi, dll. Agaknya inilah antara titik-titik awal kemusnahan bumi ini - akhir zaman? Wassalam. ********************************************************* 8 Disember 2003 (Isnin) Hadi semakin kuat main sekarang. Dia sudah beberapa kali mencuba mengubah posisi dari duduk kepada berdiri. Lantaran itulah, sebarang tempat yang boleh dipaut akan dipautnya, dan saya terpaksa lebih berhati-hati! Malam semalam saya terjumpa sebuah webpage yang amat menarik. Ummiku Sayang, Kedai buku online yang berpusat di Malaysia. Saya tertarik pada sebuah artikel di situ bertajuk "Teaching your Child about Islam", yang berkisar tentang "Peneguhan Positif" (suatu istiah dalam pendidikan), yang mana, suatu pujian harus diberikan setiap kali anak melakukan kebaikan (walaupun anak hanya membuat timbalbalas baik setelah kenakalan dilakukan). Setiap pujian seharusnya dikaitkan dengan Allah swt, Allah gemar anak yg baik, dll. Maka yang demikian, anak akan boleh mengaitkan kelakuan baiknya akan mendapat perhatian ibu bapa dan Allah! Sebab selalunya anak-anak membuat pelakuan nakal untuk menarik perhatian ibu bapa. Hari ini juga banyak kali buzzer di rumah ditekan, minta dibukakan pintu utama. Stair Cleaner, Pengedar Yellow pages, Postman -- mungkin setelah mereka sedar, penghuni rumah nombor 3 selalu ada dirumah! Masalahnya, bunyi buzzer mengganggu anak-anak yang kebetulan sedang tidur pada ketika itu. Kadang-kadang malas untuk melayan, namun, selagi tak diangkat interkom, selagi itu buzzer ditekan! Wassalam ********************************************************* 6 Disember 2003 (Sabtu) Alhamdulillah, saya berpeluang untuk ke majlis jamuan hari raya! Segugus ucapan terima kasih untuk Lan dan isterinya, Liza. Cuaca malam tadi baik. Suhu tidak terlalu sejuk dan angin tidak kencang. Seawal jam 3.30 petang Lan dan Liza tiba dirumah kami. Jam 5.30 petang kami semua menaiki bas ke bandar. Rupanya tidak jauh jarak antara perhentian bas dengan dewan tempat jamuan. Dapatlah saya bertemu, beramah mesra, berkenal-kenal dengan sahabat-sahabat yg lain dari Malaysia. Majlis berjalan lancar dan meriah. Seronok sekali. Siang tadi saya masak ayam masak lemak (tidak pedas), ikan bakar(sedikit pedas) dan sayur campur dgn sos tiram (tidak pedas) untuk Tony, tetamu dari Nigeria. Seorang bujang, beliau seronok merasa masakan Malaysia dan ingin untuk belajar memasak (terutama masakan yg simple). Janjinya, jika ada kelapangan nanti, beliau akan ke rumah lagi dan mengajar pula masakan Nigeria! Okey juga. wassalam ********************************************************* 5 Disember 2003 (Jumaat) Pada hari Sabtu (esok), jam 6.00 malam ada jamuan hari raya untuk rakyat Malaysia di Edinburgh. Hati begitu meronta-ronta untuk turut serta, namun kemungkinan besar saya dan anak-anak tidak dapat menghadirkan diri. Jam 6.00 di sini sudah gelap gelita (maghrib masuk 3.45 petang) dengan suhu yang mencecah 4 darjah celcius, kesejukan tiupan angin malam yg menusuk tulang sum-sum, rasanya tidak sanggup melihat anak-anak yang sedang selsema meredah kedinginan malam sebegitu. Kami tiada kenderaan sendiri di sini. Bas adalah pengangkutan utama. Dengarnya kami perlu berjalan kaki sedikit untuk ke destinasi jamuan kerana bas tidak lalu tepat dihadapan dewan tersebut. Pada ketika beginilah teringat nikmatnya memiliki kereta, tahap mobiliti juga tinggi -- sebut ke mana jua, bila saja, Insya-Allah kami sekeluarga akan sampai. Benarlah, kita hanya akan menghargai sesuatu sekiranya ia tiada lagi di sisi. Teringat kisah seorang teman yang telah 'kehilangan' ibu tercinta sewaktu di zaman persekolahan lagi. Pesannya, usah lokek utk menunjukkan kasih sayang kita pada ibu. Diakui, kadang-kadang, kita sebaga anak berlainan generasi mempunyai pendapat dan citarasa yg berlainan dari ibu, tanpa disedari mungkin bisa mencalari hati tua seorang ibu. Namun, percayalah perasaan seperti itu jua akan kita rasai suatu hari nanti. Kerana hidup seperti roda. Oleh itu, hargailah kasih ibu, buatlah hatinya senang dan damai. Nampaknya saya terpaksa pendamkan hasrat untuk bertemu mesra dengan ramai penduduk Malaysia disini. Bukan kami sekeluarga tidak suka bersosial. Tunggulah kesejukan winter berakhir, baby juga telah berusia 1 tahun, Insya-Allah kami akan lebih mudah bergerak. wassalam ******************************************************** 3 Disember 2003 (Rabu) Saya terlalu kuat makan di sini. Mungkin faktor suhu sejuk disamping 24 jam berada di rumah (berhadapan dgn makanan) membuatkan saya asyik menyuap dan menyuap apa-apa saja yang boleh dimakan. Terasa badan semakin berat, sesak nafas lantaran itu minda agak lemah untuk berfikir. Mungkin sebab itulah Rasulullah berpesan "Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang". Petang tadi suami membeli "Smoke Mackeral with garlic and black pepper" @ ikan salai dengan bawang putih dan lada hitam. Boleh terus digoreng. Hmm.. sedap, lemak, manis, masin.. boleh tahan. Rasa pelik bila ada sesetengah kawan yang penah berada di luar negara mengatakan ikan di sini tidak sedap, tidak manis, katanya. Saya dan suami berpendapat, rasa ikan di sini juga tiada kurangnya. Kami selalu membeli ikan Mackeral, Rainbow trout dan Salmon. Kami kurang makan ikan goreng di sini, sebaliknya lebih gemar membakar dan memanggang. Mackerel is one of the best-known food fishes, and is caught in North Atlantic waters. Its skin is lustrous dark blue above, with wavy blackish lines, and silvery below. It sometimes attains a length of eighteen inches, but is usually less. Mackerel weigh from three-fourths of a pound to two pounds, and are sold by the piece. They are in season from May 1st to September 1st. Mackerel, when first in market, contain less fat than later in the season, therefore are easier of digestion. The supply of mackerel varies greatly from year to year, and some years is very small. Spanish mackerel are found in waters farther south than common mackerel, and in our markets command higher price. Trout are generally fresh-water fish, varying much in size and skin-coloring. Lake trout, which are the largest, reach their greatest perfection in Lakes Huron, Michigan, and Superior, but are found in many lakes. Salmon trout is the name applied to trout caught in New York lakes. Brook trout, caught in brooks and small lakes, are superior eating. Trout are in season from April to August, but a few are found later
Itu saja maklumat ikan yang kami sering makan. wassalam ********************************************************** 2 Disember 2003 (Selasa) Anak saya Hadi ( 9 bulan) kena selsema. Kasihan, malam tadi tidurnya banyak terganggu. Jam 11.30 malam baru tidur. Jam 2.30 pagi terjaga lagi akibat hidung tersumbat dek hingus tebal. Tidur semula jam 3.00 pagi dan tidur-tidur ayam hingga 6.30 pagi. Harapnya malam ini keadaannya bertambah baik. Telah kami rujukkan pada Doktor. Katanya, biasalah pada waktu autumn dan winter, selsema akan "on off" akibat sejuk yang melampau. Banyakkan minum air suam. Yang dibimbangi ialah FLU - demam yang amat panas akibat serangan virus influenza yang selalunya terjadi sewaktu winter. Antara tanda-tanda FLU ialah demam, rasa menggigil, sakit sendi dan otot dan lemah seluruh badan. FLU boleh membawa kepada penyakit yg lebih kronik spt bronkitis dan pneumonia (selalunya pada warga tua 65 tahun keatas). Namun, di UK telah diadakan kempen untuk vaksinasi bagi FLU. Apa yang penting, Prevention is better then cure! Ya Allah, harap-harapnya kami sekeluarga sentiasa sihat dalam mengharungi liku-liku kehidupan di sini, Insya-Allah. wassalam ******************************************************** 1 Disember 2003 (Isnin) Cepat masa berlalu. Kita hampir dihujung 2003. Seharian saya dirumah juga terasa masa terlalu singkat. Sepagian saya terpaksa menonton rancangan kanak-kanak Chanel CBeebies. Hinggakan saya hampir menghafal turutan rancangannya Antara rancangan kegemaran mereka ialah Tikkabilla, Balamory, Fimbles, Tweenies, Telletubbies dan Come Outside. Memang menarik utk perkembangan kanak-kanak. Walaupun Aqilah tidak ke nursery, paling tidak dia terdedah juga dgn P&P (Pengajaran dan Pembelajaran) kanak-kanak di UK. Malahan, CBeebies ada homepage yang memuatkan banyak education games. Alhamdulillah anak-anak juga sudah dapat suaikan diri dengan rutin. Hadi tidak 'sebising' seperti mula-mula dahulu. Nampaknya sudah mahu bermain-main sendiri sambil menonton rancangan kegemaran mereka. Dengan syarat, saya tidak boleh 'hilang' dari pandangannya. Nampak gaya angin semakin kencang di luar sana. Entah bila salji akan turun. Wassalam
|