[ Muka Depan ][ Pencemaran Air ] [Peta Minda Pencemaran Air] [ Pencemaran Udara ][ Pencemaran Daratan ][ Pencemaran Bunyi ]
[Pencemaran Bau] [ Kesan Rumah Hijau ][ Latihan ][ Pautan ][Panduan] [Definisi Pencemaran Secara Umum] [Citra Bahasa Siber] [webmaster]
.
Definisi / Kepentingan Menjaga Air / Faktor-Faktor Pencemaran / Cara Mengatasi / Implikasi

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

Semasa pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar dapat:
i.    menyenaraikan faktor-faktor pencemaran sungai dengan menggunakan perisisan 'Microsoft Office Word atau Power Point' dan  membentangkan  secara lisan kepada
      rakan-rakan dan guru. 
ii.   menyatakan secara lisan atau bertulis dengan menggunakan perisian 'Microsoft Office Word atau Power Point' cara-cara mengatasi masalah pencemaran sungai dan 
      membentangkan kepada rakan-rakan dan guru.
iii.  meramalkan keadaan sungai pada masa hadapan secara lisan. 
iv.  dapat menyatakan secara lisan atau bertulis cara-cara menjaga kepentingan air.
v.  dapat menyatakan secara lisan atau bertulis mengenai implikasi pencemaran air

 


Definisi
Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan.  Pencemaran berlaku sama ada 
secara biologi, kimia dan fizik.  Tempat berlakunya pencemaran ialah di laut, sungai, dan tasik.
 
Kepentingan 
Menjaga Air

Kegunaan Pertanian
       Air juga digunakan untuk kegiatan pertanian. Tumbuh - tumbuhan 
       memerlukan air untuk terus hidup dan menjalankan proses fotosintesis .
       Selain digunakan sendiri oleh tumbuhan, air digunakan untuk pengairan.
       Tanaman seperti padi sawah memerlukan air yang banyak.  Ketika 
       kemarau juga tanaman perlukan air untuk terus hidup.

Kegunaan Perindustrian
       Dalam bidang perindustrian air digunakan untuk penyejukan mesin-mesin, 
       proses membasuh bahan-bahan mentah, penyulingan, dibekukan untuk 
       dijadikan air batu dan sebagai meneutralkan bahan-bahan kimia.

Kegunaan Awam (minuman, mandi, membasuh)
       Penggunaan air amat penting dalam kehidupan seharian. 
       Manusia memerluakan air untuk memasak,  membersihkan diri, 
       membasuh dan sebagainya. Tubuh manusia pula memerlukan 90% air 

Pelancongan
       Kebanyakan kawasan pelancongan di Malaysia berasaskan sumber air
       seperti air terjun, sungai, tasik, perigi dan laut. Jikalau air tercemar sudah 
       tentu tempat-tempat yang disebutkan tadi tidak lagi menarik perhatian
       pelancong dari dalam atau luar negara.
 

.ikan o ikan, mengapa engkau lompat....macamana aku tak lompat air sikit sangat.....
Faktor-faktor

.

air buangan dari kandangan binatang ternakan
air dari kilang
air takungan dari ladang ternakan
pencemaran air
Aktiviti pembalakan (sabah)
       - Penebangan pokok-pokok mendedahkan permukaan tanah kepada 
          hakisan
       - Larian Permukaan oleh air hujan menghakis tanah lalu tanah dibawah ke 
          sungai membentuk kelodak
       - Air sungai menjadi keruh 
       - Sungai menjadi cetek dan banjir berlaku jika hujan turun dengan lebat

Kumuhan kilang
       Sisa toksid di buang ke sungai atau laut

Sikap individu
       Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis ke 
       dalam sungai, tasik dan laut

Aktiviti pertanian 
       -  Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian.  Aktiiviti pertanian 
       menyebabkan hakisan yang mengakibatkan air keruh.
       -  Pengunaan bahan kimia seperti racun dan baja kimia menyebabkan 
       bahan-bahan itu dibawa ke dalam sungai apabila hujan.

Cara Mengatasi

Loji Rawatan Air Kumbahan Berpusat dan Enapcemar
      (contoh pembinaan loji di Pulau Pinang di mana sisa najis kumbahan yang
      mengalir dari Tanjung Tokong, Tanjung Bunga, Paya Terubong dan Bukit 
      Gelugor dialirkan ke situ)

Denda dan Saman

Meningkatkan tahap kecekapan, penguatkuasaan dan pendidikan.
       Contoh: Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengatakan  pada 
       sidang media selepas majlis Perhimpunan Anggota Awam Bersama Ketua 
       Menteri dan Penyampaian Sijil Bersih serta Anugerah Khidmat Cemerlang 
       2003 di Geodesic Dome, Komtarmenerusi strategi meningkatkan 
       kecekapan, tumpuan kepada agensi kerajaan termasuk Majlis Perbandaran 
       Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), 
       Jabatan  Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Indah 
      Water Konsortium (IWK) dan Jabatan   Alam Sekitar (JAS).
 

.Implikasi

1. Kesihatan manusia: 
    bakteria, virus, parasit dan bahan kimia yang lain. Terjangkitnya penyakit 
    yang  menular seperti
    a.  Penyakit ginjal, artiritis, sakit kepala, tekanan darah tinggi
    b.  Penyakit kulit, kanser, gangguan sistem saraf
    c.  Penyakit hati, jangkitan sistem penghadaman
    d.  Penyakit batu karang, batu dalam hempedu

2.  Haiwan:
     hidupan air seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati dengan tumpahan 
     minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid

3.  Bau:
     bau busuk dari aliran sungai yang kotor.
     Contohnya: Di Sungai Satu, Batu Ferringhi Pulau Pinang apabila air sungai 
     melimpah. 
     Hal ini menyebabkan keindahan dan keselesaan di pusat peranginan milik 
     Bank Negara Malaysia hilang daripada pandangan tetamu yang bukan saja 
     terpaksa menghidu bau busuk dari sungai malah dari kilang belacan 
     berhampiran. 
    ( Sumber: http//www.bharian.com.my/Misc/SayangiPP/Hari/Berita/
    20041220130929/  Article/)

CONTOH SUNGAI TERCEMAR
.1. Sungai Moyog (Sabah)
2. Sungai Kinabatangan (Sabah)
3, Sungai Kalabakan (Sabah)
4. Sungai Inanam (Sabah)
5. Sungai Nipah, dekat Batu Maung (Pulau Pinang)

Sungai Nipah Pulau Pinang

 

Artikel Lain:
1. Empat Sungai Paling Tercemar di Malaysia (BERNAMA) 
2. Perdana Menteri Arahkan Hentikan Pembangunan Sekitar Taman Temple Park (MALAYSIA DAILY)
3. Sungai Yang Tercemar Di Malaysia

Masih Ada Yang Menarik
1. Pulau Pangkor 
2. Air Terjun Sungai Lepoh, Ulu Langat, Selangor

Rujukan Lain 
1. http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/alam_pencemaran.asp
2. http://www.waterwatchpenang.org/hutan-dan-air.html
3. http://www.bharian.com.my/Misc/SayangiPP/Hari/Berita/20041221115113/Article/
[Muka Depan ][ Pencemaran Air ] [Peta Minda Pencemaran Air] [ Pencemaran Udara ][ Pencemaran Daratan ][ Pencemaran Bunyi ]
[Pencemaran Bau] [ Kesan Rumah Hijau ][ Latihan ][ Pautan ][Panduan] [Definisi Pencemaran Secara Umum] [Citra Bahasa Siber] [webmaster]
Sambutan Hari Air Sedunia  22hb. MAC : [ 1998 - 2003] [ 2005 ]    [ 2006 ]   [ 2007 ]

Hosted by www.Geocities.ws

1