[ Muka Depan ][ Pencemaran Air ][ Pencemaran Udara ][ Pencemaran Daratan ][Peta Minda Pencemaran Daratan] [ Pencemaran Bunyi ]
[Pencemaran Bau] [ Kesan Rumah Hijau ][ Latihan ][ Pautan ] [Citra Bahasa Siber]
OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

Semasa pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar dapat:
i.    menyenaraikan faktor-faktor pencemaran daratan dengan menggunakan perisisan 'Microsoft Office Word atau Power Point' dan  membentangkan  secara lisan kepada 
rakan-rakan dan guru. 
ii.   menyatakan secara lisan atau bertulis dengan menggunakan perisian 'Microsoft Office Word atau Power Point' cara-cara mengatasi masalah pencemaran daratan dan 
membentangkan kepada rakan-rakan dan guru.
iii.  meramalkan keadaan daratan pada masa hadapan secara lisan. 
iv.  dapat menyatakan secara lisan atau bertulis cara-cara menjaga kepentingan daratan.
v.  dapat menyatakan secara lisan atau bertulis mengenai implikasi pencemaran daratan.
Definisi Pencemaran
Daratan

Pencemaran daratan atau tanah bermaksud perbuatan yang  berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan yang disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal.  Pencemaran tahap serius berlaku apabila kesuburan tanah hilang. Tanah yang tercemar akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tiada tumbuhan yang boleh hidup dan jika telah ada tumbuhan hidup, tumbuhan di kawasan itu akan menjadi layu.


Penemuan 170 tong sisa toksik di Seremban pada 3 Oktober 2007, pembuangan 
oleh kilang haram (http://group6pollution.blogspot.com/)
Faktor-faktor:

Bahan buangan kilang - 
i.   minyak, 
ii.  sisa toksik dan 
iii. sisa-sia kilang (yang dibuang atas tanah atau ditanam dalam tanah)

Masyarakat -
pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang tidak sistematik


Cara
Mengatasi:

1. Orang awam
    a. Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK), 
    b. pasukan RELA dan badan-badan bukan kerajaan haruslah peka dengan alam sekitar mereka  dan menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa. Suatu bentuk imbuhan atau insentif mungkin wajar dipertimbangkan sebagai galakan  melaporkan sebarang kejadian pelupusan haram.

2.Industri perlulah mempunyai kemudahan dan sistem pengurusan pelupusan sisa yang selamat. Industri yang tidak mampu mengadakan sistem kemudahan pelupusan mestilah diwajibkan mendapatkan khidmat daripada syarikat yang menjalankan kerja-kerja pelupusan contohnya Kualiti Alam Sdn Bhd. Tempoh  dan jumlah simpanan dalam premis industri mestilah dihadkan bagi memudahkan kerja-kerja pelupusan di samping mengelak kemungkinan berlaku kebocoran, kemalangan atau malapetaka alam sekitar. 

3. Tapak pelupusan atau rawatan sisa toksik haruslah ditambah bilangannya dan diurus oleh syarikat yang berdaya saing bagi mewujudkan persaingan yang lebih sihat. Dengan ini diharapkan kos pelupusan yang tinggi kini dapat dikurangkan. Pada masa kini hampir semua sisa toksik yang tidak boleh dirawat atau diolah di seluruh negara terpaksa dihantar ke Bukit Nenas. Perjalanan jauh dari utara dan timur Malaysia meningkatkan risiko pencemaran yang lebih luas sekiranya berlaku kemalangan semasa  dalam perjalanan.

4.  Pihak berkuasa alam sekitar mestilah membuat pemantauan yang lebih berkesan  ke atas sistem pengurusan sisa toksik industri di Malaysia. Pemeriksaan mengejut di semua premis industri mestilah dijalankan dari masa ke semasa. Pengeluaran lesen ke atas syarikat atau kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pembuangan sisa pula mestilah diperketatkan. Penguatkuasaan undang-undang mestilah dimantapkan agar tidak kelihatan seperti melepas batuk di tangga. 

5. Perundangan yang ada kini wajar dikaji semula kerana ia didapati tidak begitu menakutkan pihak industri. Bayaran kompaun kesalahan pembuangan haram sisa yang dikenakan adalah lebih rendah dari bayaran melupuskan sisa toksik. Ini menyebabkan terdapatnya pihak tertentu yang mengambil jalan mudah melupuskannya di kawasan-kawasan terpencil

.
Lombong Arang Batu di Kapit Sarawak
(Gambar insan: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia)

Kerja peletupan di Lombong emas Penjom
(Gambar insan: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia)


Lombong pasir silika di Bakong, Sarawak
(Gambar insan: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia)

.
Implikasi:

1. Kesuburan tanah terjejas di mana tanah tercemar dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian.

2. Kesihatan

a.  Alergi
Terutamanya kanak-kanak yang sangat sensitif terhadap debu, bulu- bulu halus, bahan kimia 
tertentu terutamanya jenis sintetik lalu menyebabkan kesan alergi seperti  bersin, mata gatal dan hidung berair.

b Beguk
Kekurangan iodin dalam makanan boleh menyebabkan pembesaran  kelenjar tiroid di leher.

c.Cacat
Racun makhluk perosak, pengganggu endokrin, logam berat,  pencemar organik, dan lain-lain 
boleh menyebabkan kerosakan pada  sistem pembiakan manusia  lalu menyebabkan  kecacatan fizikal dan  neurologi pada kanak-kanak baru lahir atau setelah meningkat  dewasa.

d. Dermatitis
Keradangan kulit atau dermatitis boleh disebabkan oleh bahan kimia  seperti pelarut, detergen, logam, tumbuhan dan lain-lain.

e. Emfisema
Paru-paru tidak dapat mengepam masuk dan keluar udara dengan sempurna. Pencemaran udara oleh asap rokok dan lain-lain boleh  merangsang emfisema

f. Fluorosis
Kelebihan mineral fluorida  dalam ubat gigi atau makanan boleh  menyebabkan pereputan tulang terutama gigi. Di sesetengah negara, fluorida didapati di dalam tanah dan seterusnya mencemar air minuman.

g. Kerosakan Ginjal
Logam seperti kromium, plumbum, raksa, kadmium, kuprum, racun makhluk perosak, pelarut organik boleh menyebabkan kerosakan ginjal. 

h. Gangguan Hormon
Boleh terjadi jika terdedah kepada pencemar organik kekal seperti  dioksin, PCB, pengganggu endokrin seperti racun makhluk perosak, phthalate dan lain- lain.

i. Kelemahan sistem Imunisasi
Kelemahan sistem  ini menyebabkan badan mudah mendapat penyakit. Biasanya disebabkan oleh pencemar organik kekal, pengganggu endokrin dan lain-lain.

j. Penyakit jantung
Gaya hidup tidak sihat seperti menghisap rokok, meminum alkohol boleh menyebabkan penyakit jantung.

k. Kanser
Pelbagai jenis kanser telah dikaitkan dengan pendedahan terhadap asbestos, asap rokok, pelarut organik, logam berat dan racun serangga. Kanser tersebut adalah seperti kanser paru-paru, payudara, hati, sistem pembiakan, leukemia dan lain-lain.

l. Penyakit ‘Legionnaire’
Sejenis penyakit paru-paru yang disebabkan oleh mikroorganisma, Legionella yang terdapat di dalam air. Ia membiak pantas dalam keadaan  yang panas.

m. ‘Mesothelioma’
Sejenis kanser paru-paru yang biasanya disebabkan oleh pendedahan jangka panjang terhadap asbestos. Asbestos biasanya digunakan dalam bahan pembinaan seperti siling, paip dan 
sebagainya.

n. Keracunan Nikotin
Nikotin di dalam asap rokok telah menyebabkan pelbagai jenis penyakit diantaranya ialah kanser paru-paru.

o.Osteoporosis
Kekurangan mineral kalsium  dalam makanan boleh menyebabkan pereputan tulang atau osteoporosis.

p. Keracunan Plumbum
Keracunan ini ditunjukkan oleh tanda dan simptom seperti sakit kepala, kekejangan otot, sawan, kesukaran belajar dan juga  boleh menyebabkan kematian. Biasanya terdapat  dalam cat, 
alat tulis, air yang tercemar oleh sisa industri.

q. Demam ‘Queensland’
Disebabkan oleh organisma kecil pada haiwan ternakan. Simptom adalah seperti demam, kesejukan, sakit pada otot.

r. Keracunan Raksa 
Boleh menyebabkan kerosakan ginjal, hati dan saraf. Tanda dan simptom keracunan seperti 
kebas, lemah otot, kekaburan mata, lumpuh dan juga boleh membawa kepada kematian. 
Biasanya didapati dalam ikan yang tercemar.

s.Kerosakan Sistem saraf
Boleh berlaku akibat dedahan kepada kimia seperti racun makhluk perosak, logam berat, pelarut organik.

t. Tumbuhan beracun
Terdapat pelbagai tumbuhan beracun di Malaysia yang mampu memberi kesan pada kesihatan manusia. Ada di antara tumbuhan ini dijadikan hiasan laman dan di dalam rumah.Lihat www.prn2.usm.my/mainsite/plant/plant.html

u. Gigitan ular
Boleh menyebabkan lemah-lemah badan, pengeluaran air liur yang berlebihan, mengantuk, loya, muntah, lumpuh pada otot-otot muka, bibir, lidah dan saluran pernafasan. Tekanan darah 
menurun, mata kuyu (ptosis), sawan (konvulsi), berpeluh-peluh, kelemayuh di tempat gigitan dan juga kematian.

v. Jangkitan Virus
Terdapat pelbagai virus sama ada bawaan udara, makanaan, air dan tanah. Virus-virus ini telah menyebabkan kematian yang banyak di Malaysia. Contoh, virus nipah penyebab meningitis.

w. Wangian beracun
Biasanya didapati di dalam barangan kosmetik, detergen, syampu, potpuri. Ia boleh 
menyebabkan keradangan pada mata, kulit, gangguan pernafasan dan kanser. Lihat http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/2003/kosmik7.html

x Pigmentasi Xeroderma 
Penyakit yang diwarisi di mana kulit berbintik hitam seperti jeragat akibat terdedah kepada
sinaran langsung matahari.

y. Keracunan ‘Yusho’ 
Pada 1968, lebih 1000 penduduk barat Jepun mengalami keracunan akibat memakan makanan
yang disediakan dari minyak yang tercemar dengan poliklorinated bifenil. Yusho bermaksud penyakit minyak dengan tanda dan simptom seperti keletihan, sakit kepala,kebas, batuk dan
radang kulit.

z. Kekurangan Zink 
Kekurangan mineral ini boleh menyebabkan kerencatan pertumbuhan, radang kulit, kebotakan, kurang daya tahan melawan penyakit dan ketidaksuburan. Kepekatan normal dalam serum ialah 70-150 ug/dL.

............................................................................................................................................................ .................................................................................................................................................

 [Muka Depan ][ Pencemaran Air ][ Pencemaran Udara ][ Pencemaran Daratan ][Peta Minda Pencemaran Daratan] [ Pencemaran Bunyi ]
[Pencemaran Bau] [ Kesan Rumah Hijau ][ Latihan ][ Pautan ] [Citra Bahasa Siber]
Hosted by www.Geocities.ws

1