[ Muka Depan ][ Pencemaran Air ][ Pencemaran Udara ][ Pencemaran Daratan ][ Pencemaran Bunyi ][Pencemaran Bau]
[ Kesan Rumah Hijau ] [Peta Minda Kesan Rumah Hijau][ Latihan ][ Pautan ] [Citra Bahasa Siber]
KESAN RUMAH HIJAU

Gambarajah ini menunjukkan bagaimana Kesan Rumah Hijau berlaku

       Kesan rumah hijau merupakan suatu fenomena pemanasan bumi. Sinar ultraungu yang dipancarkan oleh matahari ke bumi, sebahagiannya akan dipantul semula ke angkasa lepas oleh atmosfera, sebahagian lagi pula akan sampai ke bumi untuk memanaskan bumi. Haba yang sampai ke bumi akan dipantul semula oleh permukaan bumi ke angkasa lepas sebagai sinar inframerah.  Tidak semua tenaga haba ini akan menembusi atmosfera. Kebanyakan tenaga haba ini akan diserap oleh gas-gas di atmosfera contohnya gas karbon dioksida, karbon monoksida, klorofluorokarbon dan metana. Haba yang terperangkap ini akan meningkatkan suhu bumi dan memastikan bahawa bumi sentiasa panas. Pertambahan gas-gas yang mencemar seperti oksida nitrogen dan sulfur dioksida juga telah memerangkap haba dan menaikkan suhu. Pertambahan karbon dioksida disebabkan oleh pembakaran bahan-bahan api fosil seperti arang batu, petrol dan gas asli. 

      Pertambahan yang berterusan ini, jikalau tidak dikawal dijangka akan meningkat 15 bahagian per juta setiap 10 tahun. Graf Kesan Rumah Hijau ini akan mendatangkan pelbagai masalah kepada manusia. Air di lautan dan sungai akan menjadi panas dan lebih mudah tersejat.  Tanah-tanah terutamanya di hemisfera utara dan latitud tengah akan menjadi lebih kering. Atmosfera akan menjadi lebih panas. Arah angin pula akan berubah dan menyebabkan kejadian ribut kerap berlaku. Taburan hujan yang tidak seragam juga akan berlaku sehingga mengakibatkan kemarau, akibat pemanasan bumi yang tidak sekata. Aras laut akan naik dan banjir sedunia akan berlaku kerana bongkah-bongkah ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan akan cair. Kejadian-kejadian yang akan berlaku mengancam kehidupan manusia serta hidupan-hidupan lain. Kejadian-kejadian itu akan mengganggu aktiviti-aktiviti seperti pertanian, perikanan dan bekalan air. Pertambahan penduduk dunia juga akan meningkatkan penggunaan tenaga. Permintaan terhadap bahan api fosil dan bekalan tenaga elektrik akan bertambah, lebih banyak akan ditebang dan dibuka dan kawasan perindustrian semakin banyak. Kesemua aktiviti ini akan mengakibatkan penambahan kuantiti gas Rumah Hijau di atmosfera dan seterusnya meningkatkan suhu bumi. 

       Penipisan lapisan ozon Atmosfera boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ozon ialah sejenis gas  yang terdiri daripada tiga atom oksigen yang terletak di lapisan Stratosfera bumi. Lapisan ozon merupkan  satu perisai semula jadi bumi dengan menyerap sinar ultraungu yang berbahaya. Lapisan ozon adalah sangat penting untuk  keseimbangan cuaca dunia. Ozon dibentuk apabila molekul oksigen terurai kepada atom oksigen dengan kehadiran sinar ultraungu, atom oksigen bebas ini akan bertindak balas dengan molekul oksigen dan membentuk molekul ozon dengan kehadiran gas nitrogen. Formula Walaupun begitu, ozon boleh terurai kepada molekul oksigen oleh oksida nitrogen yang dibebaskan oleh kapal terbang supersonik atau atom klorin dari sebatian CFC (kluorofluorokarbon). Kluorofluorokarbon atau juga dikenali sebagai freon ini merupakan satu sebatian yang digunakan oleh pendingin hawa dan peti sejuk. Tindak balas antara atom klorin dengan ozon akan mengembalikan  oksida nitrogen dan atom klorin ke atmosfera setelah memusnahkan molekul ozon. Jadi, lapisan ozon semakin nipis. 

      Kebocoran pada lapisan ozon telah dikesan di kawasan Antartika pada tahun 1985, di Artik pada tahun 1987 dan sekarang di Australia pula. CFC bukan sahaja memusnahkan lapisan ozon, molekul CFC berupaya menyerap haba 20000 kali ganda lebih baik daripada satu molekul  karbon dioksida. Urbanisasi merupakan proses pembandaran sesebuah kawasan dengan menjadikan kawasan itu kawasan perbandaran. Urbanisasi akan membawa kepada pertambahan penduduk akibat imigrasi penduduk luar bandar ke bandar. Apabila terdapat banyak penduduk, kegiatan-kegiatan ekonomi berkembang, banyak tanah baru  akan dibuka untuk menempatkan rumah, bangunan dan kilang. Pembinaan-pembinaan yang berleluasa akan menyebabkan pencemaran air, udara dan bunyi. Penduduk lebihan yang kian bertambah pula akan mewujudkan kesesakan dan kawasan setinggan. Keseimbangan ekologi semula jadi akan terganggu 
apabila jalanraya dan bangunan dibina di kawasan hutan yang dibuka. 

 

[ Muka Depan ] [ Pencemaran Air ]  [ Pencemaran Udara ]  [ Pencemaran Daratan]  [  Pencemaran Bunyi ]  [ Kesan Rumah Hijau ] [ Latihan ]  [ Pautan ]
Hosted by www.Geocities.ws

1