[ Muka Depan ][ Pencemaran Air ][ Pencemaran Udara ][Peta Minda Pencemaran Udara][ Pencemaran Daratan ]
[ Pencemaran Bunyi ] [Pencemaran Bau] [ Kesan Rumah Hijau ][ Latihan ][ Pautan ] [Citra Bahasa Siber] [Panduan] [webmaster]
 
 (Definisi / Faktor-Faktor / Implikasi / Cara Mengatasi)
asap dari kilang
lagi asap kilang
asap dari pembakaran tayar kenderaan
debu ketika pembinaan jalan raya



OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

Semasa pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar dapat:
i.    menyenaraikan faktor-faktor pencemaran udara dengan menggunakan perisisan 'Microsoft Office Word atau Power Point' dan  membentangkan  secara lisan kepada rakan-rakan dan guru. 
ii.   menyatakan secara lisan atau bertulis dengan menggunakan perisian 'Microsoft Office Word atau Power Point' cara-cara mengatasi masalah pencemaran udara dan membentangkan kepada   rakan-rakan dan guru.
iii.  meramalkan keadaan udara pada masa hadapan secara lisan. 
iv.  dapat menyatakan secara lisan atau bertulis mengenai implikasi pencemaran udara.


Definisi:
Terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan
menjejaskan kehidupan atau  bahan-bahan lain.

Faktor-faktor Pencemaran udara: 
 (a)  Pencemaran udara berlaku apabila bahan pencemar seperti gas-gas beracun, asap, habuk dan debu terbebas ke dalam udara. 

 (b)  Bahan pencemar udara berpunca daripada pembakaran sampah dan hutan. 

 (c) Pembakaran bahan api di kilang-kilang dan asap daripada kenderaan akan membebaskan debu, gas karbon monoksida dan nitrogen dioksida

 (d)  Penyemburan racun serangga dan baja ke ladang-ladang membebaskan gas dan bahan kimia beracun ke udara.

  e) Aktiviti Manusia seperti membakar sampah, memasak menggunakan arang/kayu dan merokok

Faktor-faktor tersebut boleh dibahagikan kepada 2 iaitu pencemaran udara dalaman dan luaran 

Sumber pencemaran udara dalaman
1. Asap rokok
    Membawa kesan ketara kepada mereka yang merokok termasuklah ketidakselesaaan pada bahagian hidung, mata, bronchitis, asma dan merosakkan    paru-paru

2. Barangan harian (colok, lingkaran ubat nyamuk, dapur jenis arang kayu dan pemanas air)
    Asap barangan harian ini mengandungi unsur logak berat yang bolehg termendap dalam sistem respirasi manusia
 

 Implikasi:

 1. Pencemaran udara membebaskan asap yang berisi jelaga , habuk dan gas karbon dioksida. 

 2. Kesihatan manusia akan terjejas 

 3. Kemusnahan habitat spesies 

 4. Kehilangan sumber ekonomi 

 5. Keindahan alam terjejas 

 6. Perubahan iklim 

 7. Pertanian yang tidak produktif

 8. Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur

 9. Mengotorkan persekitaran seperti habuk

Cara Mengatasi :

1. Pendidikan alam sekitar
    -   pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum di institusi pendidikan.
    -   pendidikan alam sekitar untuk orang awam di media elektronik dan cetak.

2.  Undang-undang
     - pengubalan dan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar  pihak berkuasa.

3.  Amalan Di rumah
     - Tidak melakukan pembakaran untuk membakar sampah.

4.   Pertanian persekitaran terkawal dan pengawalan biologi.
      -  Pertanian persekitaran terkawal elak guna insektiside seperti penanaman dalam kelambu.
      -  Kawalan biologi seperti penggunaan burung hantu kawal tikus dan bakteria kawal serangga. 

5.   Penggunaan bioteknologi
      - Pengubahsuaian tanaman untuk tahan penyakit, kurang guna racun.

6.   Kenderaan mesra alam yang tidak menggunakan minyak berplumbum atau menggunakan tenaga solar.

7.  Sebelum dimajukan sesuatu kawasan perlu dilakukan kajian kesan terhadap alam sekitar (EIA)

8.  Memperbanyakan  pembinaan tempat membakar sampah secara tertutup di mana sisa terus menjadi abu tanpa meninggalkan kesan yang tinggi terhadap alam sekitar seperti pembinaan incinerator di Selangor 
 

[Muka Depan ][ Pencemaran Air ][ Pencemaran Udara ][Peta Minda Pencemaran Udara][ Pencemaran Daratan ]
[ Pencemaran Bunyi ] [Pencemaran Bau] [ Kesan Rumah Hijau ][ Latihan ][ Pautan ] [Citra Bahasa Siber] [Panduan] [webmaster]
[ Kesan Rumah Hijau ]

 
 
 
Hosted by www.Geocities.ws

1