[ Muka Depan ][ Pencemaran Air ][ Pencemaran Udara ][ Pencemaran Daratan ][ Pencemaran Bunyi ][ Kesan Rumah Hijau ]
[Pencemaran Bau] [ Latihan ][ Pautan ] [Citra Bahasa Siber][Hubungi Cikgu Din]
PANDUAN PENGGUNAAN LAMAN WEB PENCEMARAN INI
(Untuk Guru, Pelajar dan Pengguna-pengguna Lain)

Tajuk laman web ini ialah PENCEMARAN. Tajuk-tajuk kecil yang terdapat di dalam laman web ini ialah jenis-jenis pencemaran seperti:
i.    Pencemaran Air
ii.   Pencemaran Udara
iii.  Pencemaran Daratan
iv.  Pencemaran Bunyi
v.   Pencemaran Bau
vi.  Definisi Pencemaran.

Setiap tajuk disertakan juga Peta Minda supaya mudah para guru dan pelajar untuk mengingati fakta-fakta dan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, dimuatkan juga tentang Kesan Rumah Hijau, Pautan kepada laman web Citra Bahasa Siber.
'Pautan' mengandungi link yang pelbagai yang boleh digunakan oleh guru, pelajar dan pengguna yang lain untuk mendapatkan pelbagai maklumat.

Di dalam laman web ini disertakan soalan-soalan latihan esei yang boleh dijawab oleh para pelajar. Tugasan pelajar boleh dibuat di dalam buku latihan, atau di dalam emel.  Web master laman web ini juga menyediakan kepada para pelajar ruangan untuk menjawab soalan esei ini secara online. Insyaallah, webmaster akan memberi penilaian dan komen terhadap esei pelajar yang ditulis secara online tanpa mengira lokasi dan sekolah pelajar tersebut.  Pelajar dari lokasi dan sekolah di Malaysia juga boleh mengirimkan emel kepada webmaster untuk penilaian dan komen. Emel yang diterima akan dibalas dan diberi komen. Blog juga disediakan untuk penulisan esei secara online dan diharapkan anda akan berlaku jujur dalam menggunakan blog ini - http://isupencemaran.blogspot.com/

Walaupun laman web ini dibina untuk kegunaan pelajar peringkat sekolah menengah rendah (tingkatan 1,2 dan 3) tetapi laman web ini juga boleh digunakan oleh pelajar peringkat menengah atas (SPM dan STPM - Tingkatan 4,5 dan 6) Berguna juga untuk guru-guru dan pelajar-pelajar peringkat UPSR. Diharapkan juga laman web ini berguna dan dapat membantu pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi untuk menambahkan rujukan mereka ketika menyiapkan tugasan.

Dari masa ke semasa, laman web akan ditambahkan lagi dengan bahan-bahan dan tajuk-tajuk yang lain pula.

Diharapkan agar laman web ini berguna  dan memberi manfaat kepada semua.


[ Muka Depan ][ Pencemaran Air ][ Pencemaran Udara ][ Pencemaran Daratan ][ Pencemaran Bunyi ]
 [Pencemaran Bau][ Kesan Rumah Hijau ][ Latihan][ Pautan ][Citra Bahasa Siber]

© ZAINUDDINYAZID  All Rights Reserved.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hosted by www.Geocities.ws

1