[ Muka Depan ][ Pencemaran Air ][ Pencemaran Udara ][ Pencemaran Daratan ][ Pencemaran Bunyi ][ Kesan Rumah Hijau ][ Latihan ]
 [Pencemaran Bau] [ Pautan [ [Peta Minda Definisi]  [Citra Bahasa Siber]
DEFINISI 
PENCEMARAN
......................................................................... ..........................
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) : pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. 
Pencemaran alam sekitar  bermaksud perubahan secara biologi, fizik dan kimia terhadap alam sekitar
 
 
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas [http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran] 

1.  Apa-apa perubahan langsung atau tidak lansung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana-mana bahagian alam sekeliling
dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yang
berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau kepada binatang, burung, hidup-hidupanan liar, hidupan akuatik atau tumbuh-tumbuhanan.
 

2. Pemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kean
yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar
 
 
 
Laman Web: http://www.karyanet.com.my/knet/ebook/preview/p_Pengenalan_Pencemaran_Udara.pdf

Kontaminasi biosfera dengan bahan-bahan yang berbahaya atau racun. Bahan-bahan tersebut selalunya terhasil daripada aktiviti atau proses domestik, 
industri atau kimia. Pencemaran terhadap biosfera akan mengakibatkan perubahan yang akan mengganggu atau merosakkan struktur sesuatu objek atau sistem dan segi kimia,
fizikal atau biologi. Kesannya prestasi objek atau sistem tersebut akan terjejas, pertumbuhan atau perkembangannya akan berkurangan, kemampuan penghasilan semula (reproduktif) 
dan kemuncaknya ialah kematian atau kegagalan total. 
 
 
 
Laman Web:
http://ehomemakers.net/my/print.php?id=1

 "Untuk merosakkan atau tidak bersih atau kotor." Pencemaran air berlaku apabila sumber air dicemari berikutan sejumlah besar bahan tertentu bercampur dalam air. Apabila air 
dirasakan tidak sesuai untuk digunakan manusia, maka ia akan didefinisikan sebagai pencemaran air
 
 
 
Laman Web:
http://kudeed.tblog.com/post/1969953506

Pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran 
yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung 
kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-
kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan 
dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam:

 

[ Muka Depan ][ Pencemaran Air ][ Pencemaran Udara ][ Pencemaran Daratan ][ Pencemaran Bunyi ][ Kesan Rumah Hijau ][ Latihan ]
 [Pencemaran Bau] [ Pautan [ [Peta Minda Definisi]  [Citra Bahasa Siber]

sila hubungi
.

Hosted by www.Geocities.ws

1