[ Muka Depan ][ Pencemaran Air ][ Pencemaran Udara ][Peta Minda Pencemaran Udara][ Pencemaran Daratan ]
[ Pencemaran Bunyi ] [ Kesan Rumah Hijau ][ Latihan ][ Pautan ] [Citra Bahasa Siber] [Panduan]
Faktor-Faktor:
1. Ladang ternakan seperti ternakan lembu, babi dan sebagainya
2. Kilang memproses seperti kilang sawit dan kilang getah
3. Kawasan pembuangan sampah 
4. Tapak pelupusan sampah  (keterangan lanjut sila klik : http://www.bernama.com/selangor_maju/news.php?id=243420%E2%8C%A9=my)
 
 

NAJIS babi dialirkan keluar melalui longkang di belakang kandang
menyebabkan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan  mencemari
air sungai berhampiran.
(berita lanjut: http://www.jphpk.gov.my/Malay/Feb03%2025a.htm)

Implikasi:
1. Bau busuk dari ladang ternakan babi terutama pada waktu malam. Bila perkara ini terjadi, menyebabkan kehidupan mereka tidak selesa
2. Kolam takungan najis yang dibina pengusaha ternakan itu boleh mencemarkan Sungai Air Kuning yang terletak bersebelahan ladang berkenaan
3. Kolam takungan najis dikhuatiri boleh menyebabkan pencemaran terutama ketika hujan lebat yang mengakibatkan limpahan air dari kolam berkenaan masuk ke dalam  sungai itu seterusnya mengalir terus ke sungai yang menjadi sumber bekalan air penduduk
4. Penyakit. Contoh penyakit Japanese Encephalitis (JE) yang melanda Bukit Pelanduk pada 1999 hingga mengorbankan lebih 100 orang termasuk 30 kanak-kanak.

Cara Mengatasi
1. Pengaduan kepada pihak berkuasa seperti Ketua Kampung, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), dan pihak berkuasa yang lain.
2. Penggunaan teknik moden penternakan babi yang berjaya mengurangkan bau apabila najis haiwan itu iaitu dengan cara setiap hari najis haiwan berkenaan dikumpul sebelum dicampurkan dengan habuk papan dan dikeringkan bagi dijadikan baja organik.
3. Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) sentiasa melakukan pemeriksaan di ladang ternakan bagi memastikan dia mengikuti peraturan.
4. Menggunakan biotek Power GAP  (Power Gaseous Ammonia Prevention) ihasilkan melalui pemindahan teknologi biotek dari India itu mampu mengawal dan menghapuskan bau najis serta gas ammonia daripada najis ternakan. Sila klik http://www.jphpk.gov.my/Malay/Jul06%205.htm
5. Membuat Mikroorganisma Efektif (EM) untuk mengurangkan pencemaran melalui kitar semula sisa-sisa dapur.
6. Mencari tapak pelupusan sampah yang sesuai (jauh dari sungai dan kawan petempatan)
 

FAKTA.

Ladang babi Air Kuning

·  Satu-satunya ladang ternakan di Negeri Sembilan selepas kawasan ternakan di Bukit Pelanduk, Port Dickson diarahkan tutup akibat penyakit JE dan virus Nipah pada 1999

·  Mempunyai jumlah ternakan 1,300 ekor

·  Mempunyai lima kolam takungan najis bersaiz 4 1/2 ekar 

·  Luas kawasan ternakan lebih kurang 1 ekar

·  Terletak kira-kira 15 Meter dari jalan utama Batang Melaka-Air Kuning 

·  Terletak Berhampiran Lima Kawasan Penempatan Yang Dihuni Kira-kira 3,000 Penduduk - Kampung Baru Air Kuning, Taman Semarak, Pekan Air Kuning, Kampung Parit Buloh, Kampung Paya Lebar 
 

Rujukan:
1. http://www.jphpk.gov.my/Malay/Feb06%2013a.htm
2 .http://www.jphpk.gov.my/Malay/Jul06%205.htm

[ Muka Depan ][ Pencemaran Air ][ Pencemaran Udara ][Peta Minda Pencemaran Udara][ Pencemaran Daratan ]
[ Pencemaran Bunyi ] [ Kesan Rumah Hijau ][ Latihan ][ Pautan ] [Citra Bahasa Siber] [Panduan]
Hosted by www.Geocities.ws

1