Wanita, Kereta Dan Hiasannya

LELAKI (7)
Sayangilah Isteri.
Hargai Air Mata Wanita.
Bicara Buat Lelaki Bergelar Suami.
4 Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka.

Hal-Hal Rumahtangga.

Apa Yang Isteri Harapkan Dari Suami.

Tanggungjawab Seorang Suami Adil.

 

 

WANITA (5)
4 Watak Lelaki.
9 Sikap Wanita Disukai Lelaki.
Wanita Wanita Wanita.
Surat Memujuk Kekasih.

Wanita, Kereta Dan Hiasannya.

 

 

UMUM (20)

Cara-Cara Mengatasi Kemarahan.

Tampar.

Lantaran Satu Alif Sahaja.

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah.

9 Jenis Syaitan.

Jenis-Jenis Hantu.

Tujuh Keajaiban Dunia.

Keunikan Jari Jemari.

Memancing.

April Fool.

Lucu Ya.

Jangan, Jangan, Jangan.
Heroin Filem HARRY PORTER Memeluk Islam.

Tujuh Kalimat.

Bagaimana Mayat YAHUDI Dikebumikan.

Tragedi Pemikiran Orang Melayu.

Beratnya Lelaki Dan Wanita.

Ada Apa Dengan Cinta.

Cinta Sebelum Kahwin.

Agar Persahabatan Terjalin Selamanya.

 

 

KEJAM (1)

Israelis Brutality.

 

LAWAK (4)

Hands Free.
Cara Membankrapkan TMTouch, Digi, Celcom Dan Maxis.
Nama-Nama Pilihan.
Buat Yang Boring Saja.

 

HOROSCOPE (8)

Maksud Tarikh Lahir Anda.
Sifat-Sifat Mengikut Bulan.

Warna Mewakili Hari Lahir.

Suami-Isteri Jika Isteri Kita Sakit.
Kekuatan Lelaki Dan Kegagahan Wanita.
Bila Didatangi Cinta.
Istilah Cinta Berbeza.

Cinta Dan Suka.

 

MENU UTAMA
Home
Profile
Journal
Gallery
Others

     Seperti yang diemailkan oleh seorang kawan, 
Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Sambil mencuci mata, melihat panorama pagi... sigadis, siteruna, silelaki dan siwanita, dengan berbagai gaya ketempat kerja.

     Tiba-tiba, terkejut gilerrrrr saya apabila ternampak kereta ronda polis, berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya, seorang anggota polis datang ke arah saya.

"Selamat Pagi, Cik Kak.."

     "Errr selamat pagi"..jawab saya, dengan nada yang terkejut.

     Tahu yang saya nampak panik, anggota polis tu terus tersenyum..sambil berkata:

     " Selalu keofis, memandu sorang diri ke..?"

     "Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?"

     Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma...macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas.

 
    Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar "mereka" susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih.


     Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik.

     "Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah pucat.

     Errrrrrrr.... betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma. Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm... nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.

Moral of the story:

Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik penjenayah!! Keepada semua pemandu wanita, JAGA DIRI!!
Hosted by www.Geocities.ws

1