| Cara-Cara Mengatasi Kemarahan | ||||
|
LELAKI
(7) Apa Yang Isteri Harapkan Dari Suami. Tanggungjawab Seorang Suami Adil.
WANITA
(5)
UMUM (20) Cara-Cara Mengatasi Kemarahan. Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah. Jangan,
Jangan, Jangan. Bagaimana Mayat YAHUDI Dikebumikan. Tragedi Pemikiran Orang Melayu. Agar Persahabatan Terjalin Selamanya.
KEJAM (1)
LAWAK (4) Hands
Free.
HOROSCOPE (8) Maksud
Tarikh Lahir Anda. Suami-Isteri Jika Isteri Kita
Sakit.
|
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair: e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang
marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang
marah. |
f) Apabila datang
marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada
syaitan. g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara. h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal. Marah ertinya gerakan nafsu diri,seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar,tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak,sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir.Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang,ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak,angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-kanlah..beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.
|
||