Bila Didatangi Cinta

LELAKI (7)
Sayangilah Isteri.
Hargai Air Mata Wanita.
Bicara Buat Lelaki Bergelar Suami.
4 Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka.

Hal-Hal Rumahtangga.

Apa Yang Isteri Harapkan Dari Suami.

Tanggungjawab Seorang Suami Adil.

 

 

WANITA (5)
4 Watak Lelaki.
9 Sikap Wanita Disukai Lelaki.
Wanita Wanita Wanita.
Surat Memujuk Kekasih.

Wanita, Kereta Dan Hiasannya.

 

 

UMUM (20)

Cara-Cara Mengatasi Kemarahan.

Tampar.

Lantaran Satu Alif Sahaja.

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah.

9 Jenis Syaitan.

Jenis-Jenis Hantu.

Tujuh Keajaiban Dunia.

Keunikan Jari Jemari.

Memancing.

April Fool.

Lucu Ya.

Jangan, Jangan, Jangan.
Heroin Filem HARRY PORTER Memeluk Islam.

Tujuh Kalimat.

Bagaimana Mayat YAHUDI Dikebumikan.

Tragedi Pemikiran Orang Melayu.

Beratnya Lelaki Dan Wanita.

Ada Apa Dengan Cinta.

Cinta Sebelum Kahwin.

Agar Persahabatan Terjalin Selamanya.

 

 

KEJAM (1)

Israelis Brutality.

 

LAWAK (4)

Hands Free.
Cara Membankrapkan TMTouch, Digi, Celcom Dan Maxis.
Nama-Nama Pilihan.
Buat Yang Boring Saja.

 

HOROSCOPE (8)

Maksud Tarikh Lahir Anda.
Sifat-Sifat Mengikut Bulan.

Warna Mewakili Hari Lahir.

Suami-Isteri Jika Isteri Kita Sakit.
Kekuatan Lelaki Dan Kegagahan Wanita.
Bila Didatangi Cinta.
Istilah Cinta Berbeza.

Cinta Dan Suka.

 

MENU UTAMA
Home
Profile
Journal
Gallery
Others

     Aku ada satu cerita yang
mengharukan dan melemahkan urat
saraf aku . Ia adalah kisah cinta
yang terjadi dalam hidup aku . Aku
adalah salah sorang cikgu yang akan
mengajar sains dalam bahasa inggeris (etems) tahun depan . untuk itu , aku dan 3 orang rakan guru dikehendaki mengikuti kursus 15 hari yang dilaksanakan berperingkat-peringkat dalam fasa 1 ni . kursus etems 5 hari di desaru merupakan kenangan yang tak dapat aku lupakan sampai bila2. Di sana , aku betul-betul glemer bila
pembentangan kumpulan aku mencuri
perhatian semua . semenjak hari tu
aku dan sorang kenalan baru
terkenal dengan nama galilieo dan
aristotle . dari mula kursus sampai ke
sesi micro-teaching aku dikenali
dengan nama itu . ia tak habis di situ
, dan sampai ke kursus 2 hari di
pusat sk taman daya 3 aku masih
dipanggil dengan gelaran itu . namun
apa yang aku nak ceritakan di sini
bukan bende tu semua , tapi sewaktu
kursus tu aku pulang dengan
kenangan manis yang tak terlupakan .
di sana , aku mengenali seorang
cikgu yang sehingga ke hari ni
membuatkan aku tak lena tidur
kerananya . mungkin korang faham
apa yang aku maksudkan . 2 hari aku
'ayat' dia guna telefon hotel dan
pada hari ke 3 aku berpeluang keluar
dengan dia . niat aku ikhlas . aku
memang nak berkawan dengan dia .
aku mula jatuh cinta dengan dia
sejak memandangnya kali pertama . 
malam ke 4 , aku berjumpa
dengannya di belakang hotel . aku
nak menyampaikan sesuatu padanya
... bila melihat cincin di jarinya , aku
jadi gelabah . aku inginkan kepastian
darinya adakah dia dah bertunang .
dia hanya menggelengkan kepala .
lega rasanya . aku dan dia
tercari-cari tempat selamat untuk
berjumpa . akhirnya di belakang
hotel - dalam gelap . katanya dia tak
suka orang tahu . aku tak kisah . tapi
aku kantoi dengan cikgu sekolah aku
sebab dia ternampak kami
berdua-duaan dalam gelap . habis
aku . aku nak membisikkan sesuatu
kepadanya . aku tak tahu kenapa aku
boleh jadi sebodoh itu . baru kenal
beberapa hari aku dah pergi sejauh
itu . aku memang tak sedar apa yang
aku dah lakukan . dia menunjukkan
respon yang baik . tapi malam tu
lidah aku betul-betul kelu . aku
mengeluh kerana aku tiba-tiba boleh
menjadi sebodoh itu kerana cinta .
aku gagal menyatakan hasratku . aku
menyatakan kepadanya yang aku tak
mahu keadaan ini berlaku dengan
begitu cepat . tetapi dia
mengharapkan aku melunaskan
segala-galanya dalam masa yang ada
. aku tak mampu lakukannya . aku tak
sanggup pergi sejauh itu walaupun
aku betul-betul ikhlas menyintainya .
aku balik ke bilik dan menelefonnya
semula . katanya , selepas tamat
kursus , tamatlah segala-galanya . dia
menyuruh aku menulis hasrat aku
pada sehelai kertas dan memberikan
kepadanya pada keesokan harinya .
katanya dia akan mempertimbangkannya . terasa
macam ada harapan . aku tak lena
tidur malam tu . lepas subuh , aku
keluarkan sehelai kertas dan
mencurahkan segala-galanya . tapi
aku tak serahkan surat itu kepadanya
. sebaliknya surat itu aku jadikan
bekas abu rokok lalu
melemparkannya ke tong sampah .
mungkin itu adalah tempat yang
paling layak untukknya . tapi aku tak
mampu menghindarinya walaupun aku
tak percaya cinta pandang pertama .
aku bukan tak berani untuk
meluahkan hasrat hati aku kepadanya
tetapi sebahagian dari diri aku masih
memikirkan perjalanan hidup aku
yang masih jauh ini . sebelum pulang
ke destinasi masing2 , aku sempat
meminta alamat dan no telefonnya . 

 
    Keesokkanya harinya , aku
menghubunginya , tapi dia takde .
pada minggu berikutnya , aku
menghantar 3 pucuk surat kepadanya . dalam surat tu aku mencurahkan
segalanya . aku terus menanti
kepastian darinya . tapi penantian
aku tidak bermakna . aku berdepan
dengan penantian yang penuh seksa .
     Beberapa hari kemudian aku
menghubunginya . mendengar
penjelasannya aku rasa dunia ni
gelap semua . dia memahami
kekecewaan aku . dia menghargai
cinta aku . penjelasannya
membuatkan tiada tempat untuk aku
menyimpan api kemarahan . malam tu ,
keluarganya mengadakan kenduri
doa selamat . aku tanya untuk apa ,
katanya tak lama lagi dia nak
bertunang . terdengar berita tu hati
aku pecah berderai . aku menangis
tak berair mata . dia terangkan
segala-galanya kepada aku . aku
tergamam . dalam hati , aku tertanya
kenapa dia tak beritahu aku sejak
awal lagi . kenapa setelah aku
mencurahkan segala-galanya baru
dia nak berterus-terang . kenapa bila
cinta aku semakin mendalam baru dia
nak jelaskan cerita sebenar . hatinya
dah lama dimiliki . katanya , dia
anggap aku macam kawan biasa . takde sebarang perasaan special yang dia rasa bila dia keluar dengan aku . dia tak pernah cuba memberi harapan 
kepada aku . aku terdiam . aku rasa
lemah . aku tak berdaya untuk
teruskan hidup bila mendengar
penjelasannya . aku rasa macam
dipermainkan . 

     Kalaulah betul dia ni jenis yang
setia , buat apa dia layan aku
lebih-lebih sampaikan aku jadi gila
dibuatnya . aku tak tahu sapa yang
salah dalam hal ni . adakah aku
bersalah kerana tidak bertanya atau
adakah dia yang bersalah kerana
mudah melayan . aku tak kisah kalau
dia sekadar melayan aku sebagai
seorang kawan .... tapi lebih dari itu
...

     Selepas menelefonnya , aku
hubungi kawan-kawan aku . dalam
ketawa aku menceritakan yang aku
telah kehilangan seseorang yang
baru aku temui . sungguh lucu . aku
ketawa dalam menangis . ada member
yang memahami , mereka menasihati
aku ... katanya aku ni masih terlalu 
awal untuk kecewa .... katanya aku
ada banyak masa lagi ... hidup aku
masih jauh lagi .... kumpul duit
banyak-banyak .... cari lain .... bunga
bukan sekuntum .... biar aku carikan
yang lain .... lama-lama kau lupa la kat
dia .... ingat tuhan .... berdoa ....
tawakal aje le .... aku dulu lagi
kecewa ... sabar ....... bangganya aku
kerana mempunyai kawan-kawan
yang mampu menenangkan aku ....

     Sebelum ni aku pernah jatuh cinta
kepada seorang gadis . hampir 2
tahun , baru la aku dapat
melupakannya . kali ni aku tak tahu
berapa lama . aku pun tak tahu ...
kenapa setiap kali aku suka kepada
mana-mana perempuan , mesti dah
berpunya ... aku kecewa betul ...
terasa macam dipermainkan oleh
takdir .... entahlah ... 

     Aku hubungi kawan yang satu
sekolah dengan bakal tunangnya
untuk mendapatkan no telefon bakal
tunangnya . aku terus call bakal 
tunangnya dan mengucapkan tahniah
kepadanya . keesokkan harinya
,bakal tunangnya menelefon aku . dia
menjelaskan semuanya . dia tak 
kisah kalau aku nak terus
berkawannya . tapi terserahlah
kepada tuan yang punya badan untuk
buat keputusan . aku dengar macam
dia nak tunjuk lagak . dia slow talk
ngan aku ... tapi ada beberapa ayat
yang aku dengar macam nak bagi
amaran . aku sikit pun tak gentar .
Tiba-tiba aku rasa yang aku ni
memang betul-betul dah kena main
dengan perempuan tu ... semuanya
bergantung pada niat ... kalau la
betul dia memang nak kenakan aku ,
aku hanya mampu berserah kepada
Tuhan . Aku hanya mampu berdoa ...
semoga Tuhan pulangkan balik apa
yang diberi pada aku kalau la betul
dia niat macam tu .... aku dah cukup
sengsara .... 

*cerita ini diambil dari sumber
tertentu.

P/S : Aku sebagai seorang lelaki
berharap agar jangan lah kita
sebagai lelaki mudah sangat memaksa
cinta daripada seorang wanita...
sebab cinta sejati itu perlu hadir
daripada kedua-dua belah pihak.
Hosted by www.Geocities.ws

1