|
LELAKI
(7)
Sayangilah Isteri.
Hargai Air Mata Wanita.
Bicara Buat Lelaki Bergelar
Suami.
4 Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke
Neraka.
Hal-Hal
Rumahtangga.
Apa
Yang Isteri Harapkan Dari Suami.
Tanggungjawab
Seorang Suami Adil.
WANITA
(5)
4 Watak Lelaki.
9 Sikap Wanita Disukai
Lelaki.
Wanita Wanita Wanita.
Surat Memujuk Kekasih.
Wanita,
Kereta Dan Hiasannya.
UMUM
(20)
Cara-Cara
Mengatasi Kemarahan.
Tampar.
Lantaran
Satu Alif Sahaja.
Nama
Syaitan Dalam Al-Fatihah.
9
Jenis Syaitan.
Jenis-Jenis
Hantu.
Tujuh
Keajaiban Dunia.
Keunikan
Jari Jemari.
Memancing.
April
Fool.
Lucu
Ya.
Jangan,
Jangan, Jangan.
Heroin Filem HARRY PORTER Memeluk Islam.
Tujuh
Kalimat.
Bagaimana
Mayat YAHUDI Dikebumikan.
Tragedi
Pemikiran Orang Melayu.
Beratnya
Lelaki Dan Wanita.
Ada
Apa Dengan Cinta.
Cinta
Sebelum Kahwin.
Agar
Persahabatan Terjalin Selamanya.
KEJAM
(1)
Israelis
Brutality.
LAWAK
(4)
Hands
Free.
Cara Membankrapkan
TMTouch, Digi, Celcom Dan
Maxis.
Nama-Nama Pilihan.
Buat Yang Boring Saja.
HOROSCOPE
(8)
Maksud
Tarikh Lahir Anda.
Sifat-Sifat Mengikut Bulan.
Warna
Mewakili Hari Lahir.
Suami-Isteri Jika Isteri Kita
Sakit.
Kekuatan Lelaki Dan Kegagahan
Wanita.
Bila Didatangi Cinta.
Istilah Cinta Berbeza.
Cinta
Dan Suka.
MENU
UTAMA
Home
Profile
Journal
Gallery
Others
|
|
Soaljawab Bersama Ustaz Wan Akashah W.Abd.Rahman
Sumber : majalah ANIS : MAC 2002
Soalan :
1. Apakah hukumnya jika kita mengharapkan cinta daripada seseorg, di mana bukan bermaksud untuk mengetepikan cinta kpd Allah?
2. Apkah pandangan ustaz mengenai cinta sebelum kahwin, adakah menjamin kebahagiaan. Serta bagaimanakah cinta menurut pandangan Islam?
JAWAPAN:
1. Hukumnya adalah harus kerana cinta adalah perasaan jiwa dan tarikan hati. Hati seseorang yg mengenal cinta akan tertarik kepada yg dicintainya dgn penuh perasaan dan kegembiraan. Cinta merupakan perasaan semulajadi (fitrah) yang menjadi sifat manusia. Manusia yang mula tersangkut cintanya selalunya akan bersungguh-sungguh untuk mencapai keinginannya tanpa melanggar batas-batas agama bagi membentuk kehidupan yang bersih dan penuh ketakwaan.
2. Cinta sebelum kahwin tidak menyalahi agama kerana cinta sebelum kahwin adalah salah satu faktor yg boleh menjamin kebahagiaan rumahtangga, tetapi percintaan itu biarlah tidak terlalu lama dan mengikut batas-batas agama. Islam dengan hakikat naluri semulajadi manusia mengiktiraf cinta yang bersemi pd seseorang individu bahkan telah digariskan kepada kita 3 peringkat cinta; cinta paling agung, cinta pertengahan dan cinta yang paling rendah yg telahpun dilalui oleh umat manusia dari dahulu dan juga akan datang sehinggalah Allah membinasakan bumi
ini.
|
|
3 peringkat cinta ini terdapat di dlm firman Allah Taala : "Katakanlah:
'Sekiranya bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, isteri-isteri kamu dan kaum kerabat
kamu, harta kekayaan yg kamu usahakan, perniagaan yg kamu takuti kerugiannya dan tempat tinggal yg kamu
sukai, adalah lebih kamu cintai drpd Allah dan rasul-Nya, serta jihad pd
jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan keputusan-Nya.' Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada golongan yg
fasik."(At-Taubah:24)
Cinta paling agung ialah cinta kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad pada jalan Allah. Cinta pertengahan ialah cinta dan kasihkan ibu dan
bapa,suami, isteri, anak-anak, saudara-mara, dan juga kaum kerabat, manakala cinta yg paling rendah nilainya ialah terlalu mencintai dan mengasihi kaum kerabat dan harta benda melebihi daripada kasih Allah dan rasul-Nya serta berjihad pada jalan Allah.
Kesimpulannya, Islam sebagai agama suci mengiktiraf masalah cinta ini kerana ia merupakan fitrah semulajadi
manusia. Manusia tidak dapat lari daripdanya kerana ia adalah suatu hikmat yg Allah kehendaki sebagaimana
firman-Nya: "(Tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah
itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah." (Ar-Rum:30)
sekian .... untuk renungan kita bersama |