| Prakata |
| Sebenarnya aku pun tak tahu nak tulis apa dalam halaman ni. Tapi aku rasa baik aku bagi korang baca benda-benda yang boleh mendatangkan ilmu buat korang sama ada digunakan untuk masa sekarang mahupun masa akan datang tak kiralah ianya untuk kepentingan korang mahu pun kenalan korang sendiri. Kalau nak diikutkan tak ada halaman ni pun tak apa tapi tak best lah kalau yang cuma ada cerita tentang aku jer dan kan lebih baik jika ada artikel yang berkaitan tentang dunia luar. Barulah tak nampak yang homepage aku ni tak macam katak dalam tempurung. |
| Artikel yang akan aku letakkan dalam halaman ni akan aku bahagikan kepada tiga bahagian. Pertama aku bahagikan cerita untuk kaum lelaki, kedua untuk wanita dan ketiga adalah untuk semua lapisan (Umum). Hehehe... dah macam tengok siaran TV lak. Tapi tujuan aku bahagikan part-part macam ni adalah bagi memudahkan korang nak baca satu-persatu artikel dalam ni dan selain tu adalah untuk memudahkan keje aku. Pening kepala aku nak letak apa dalam homepage aku ni. amacam ok tak? dan kalau ada sikit sama macam homepage orang lain harapnya korang faham ok. oklah enjoy it! |
| 4 Watak Lelaki 9 Sikap Wanita Disukai Lelaki. Wanita Wanita Wanita. Surat Memujuk Kekasih. Wanita, Kereta Dan Hiasannya. |
| Hands Free. Cara Membankrapkan TMTouch, Digi, Celcom Dan Maxis. Nama-Nama Pilihan. Buat Yang Boring Saja. |