| April Fool | ||||
|
LELAKI
(7) Apa Yang Isteri Harapkan Dari Suami. Tanggungjawab Seorang Suami Adil.
WANITA
(5)
UMUM (20) Cara-Cara Mengatasi Kemarahan. Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah. Jangan,
Jangan, Jangan. Bagaimana Mayat YAHUDI Dikebumikan. Tragedi Pemikiran Orang Melayu. Agar Persahabatan Terjalin Selamanya.
KEJAM (1)
LAWAK (4) Hands
Free.
HOROSCOPE (8) Maksud
Tarikh Lahir Anda. Suami-Isteri Jika Isteri Kita
Sakit.
MENU
UTAMA
|
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini.
Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.
|
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat
bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di
perlabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk
bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke
pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. Petikan drpd Risalah Fikrah |
||