| Surat Memujuk Kekasih | ||||
|
LELAKI
(7) Apa Yang Isteri Harapkan Dari Suami. Tanggungjawab Seorang Suami Adil.
WANITA
(5)
UMUM (20) Cara-Cara Mengatasi Kemarahan. Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah. Jangan,
Jangan, Jangan. Bagaimana Mayat YAHUDI Dikebumikan. Tragedi Pemikiran Orang Melayu. Agar Persahabatan Terjalin Selamanya.
KEJAM (1)
LAWAK (4) Hands
Free.
HOROSCOPE (8) Maksud
Tarikh Lahir Anda. Suami-Isteri Jika Isteri Kita
Sakit.
|
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu elora dan shahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub,penguin,kambing, salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998. |
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa
terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang
ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk kutanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak
beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini. Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya.Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu. Walaupun segalanya telah pun berakhir di sini, di atas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku berbuah. Kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak? |
||