![]()
5512 4905 0294
![]()
0109-0086643-52-2
PRODUK & SERVIS
Rawatan Jarak Jauh
Seri Wajah

Vibration Liquid Chlorofil
Garam Booster
Tongkat Ali
EQ
Diamond Black Seed & Garlic
T Tree Cleanser
Sukros NW (1-20)
An-Nusyrah
(c) 2002-2007 Diversified Servces & Enterprise(DSE)
Pusat Rawatan Alternatif/ Pusat Hidroterapi Ais
No.53, Jln Bacang 39, Tmn Kota masai, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia
016-753 3479 (Sakina)
e-mail : [email protected], [email protected]
Kemaskini : 06 March 2007
Salam Perkenalan saya
Pesanan ringkas sila ke bawah
Fakta Saintifik Pati Bunga SW Eksklusif untuk jemaas Haji

Terdiri dari pati bunga yang dihasilkan untuk merawat tenaga magnetik tubuh. Berfungsi melalui deria-deria khususnya di wajah dengan memperbaiki muatan kutub-kutub magnetik pada tubuh seseorang(aliran tenaga). Formula ini bukan 'ubat' tetapi adalah pemangkin dalam merangsang semula aliran tenaga magnetik tubuh.
Penjagaan kesihatan dan kecantikan
Minuman kesihatan bernutrisi dari Alfalfa menguatkan sistem imun tubuh yang telah dipertenagakan dengan frekuensi bunga-bungaan bagi keseimbangan dan keharmonian sistem peredaran darah. Sangat sesuai untuk minuman bernutrisi harian. Campurkan anggaran sesudu besar VLC ke dalam segelas air sejuk setiap pagi dan malam.
Garam Booster adalah garam rendah sodium tinggi potasium menjadi agen detoksifiasi kepada tubuh selain meningkatkan kandungan oksigen dalam darah. Amalkan secubit setiap kali sebelum makan untuk membantu enzim2 bersedia untuk menghadapi makanan. Mengurangkan kadar asid berlebihan dalam darah. Sgt baik untuk membantu pesakit darah tinggi, ghout, tonsil.
Penjana kematangan dengan rahsia kebijaksanaan emosional terutama bagi kanak-kanak. Pencetus kepada getaran semulajadi bahagian otak sebagai penyimpan segala memori sebelum dikeluarkan semula melalui proses yang tepat, pantas dan menyeluruh. Merangsang kebijaksanaan dengan menyeimbangkan keupayaan otak kiri dan kanan.
HerbaShousma Tongkat Ali RM110 (MAL06081329 TC)
Menambah tenaga dan membaiki aliran darah & pusingan darah untuk mengatasi kelumpuhan. Sangat baik untuk membantu para pesakit jantung untuk menguatkan otot2 jantung.
Mengandungi nutrisi yg boleh membantu pembinaan sistem imun tubuh dengan pantas. Mengurangkan tahap kolestrol secara keseluruhan dalam tubuh. Membantu mencegah penyakit jantung dengan mengawal tahap kolestrol dan mengurangkan kelikatan darah. Berguna untuk mengatur tahap kandungan gula dalam darah.
Cecair antiseptik semulajadi bagi mengatasi masalah jangkitan kulat, jerawat, kudis, kurap, gigitan serangga, luka-luka kecil, kulit melecet, ruam, penyakit kuku dan juga bau badan serta banyak lagi. Diformulasi khusus untuk tidak mengeringkan kulit dan sesuai untuk semua peringkat umur. Telah dipertenagakan dengan frekuensi bunga buangaan bagi merangsang keseimbangan dan keharmonian kulit.
Salam perkenalan dari saya :
Saya bukan penyembuh anda, hanya membantu kearah penyembuhan sahaja. Allah jua penyembuh sebenar:"QS 37:96 Padahal Allah lah yg menciptakan
kamu dan apa yg kamu perbuat."
"QS 26:80 Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang
menyembuhkan penyakitku."
Jadi, apa pun masalah anda...kencing manis,darah tinggi, gaut, sakit puan, tekanan perasaan dll akan tetap ada caranya dari Allah. Silalah ke premise DSE di Pasir Gudang untuk mengetahuinya.
Khusus untuk memulihkan dan meningkatkan kesihatan dan kecantikan wanita luar dan dalam. Merangsang kepekaan sel-sel saraf bahagian peranakan wanita supaya proses rangsangan dan kemuncak berlaku lebih cepat. Menegang dan menguatkan otot disekitar bahagain yang disapu, samada di faraj, buah dada atau pun muka. Menghilangkan keputihan dan bau faraj. Menyuburkan rahim untuk tujuan kecantikan.
CVT adalah rawatan yang mementingkan konsep sains fizik dalam perawatannya untuk tujuan kesihatan tubuh. CVT mempelajari hakikat kejadian manusia dari tanah iaitu bumi dan mengaitkan banyak unsur2 dan ciri2 bumi dan alam yang mempengaruhi kestabilan bumi itu sendiri, ternyata ianya sangat berkait rapat dengan kestabilan tubuh manusia.
CVT mengkaji satu sel manusia yang mempunyai nukleus sel dan ciri2 elektron yang terus menerus mengelilingi nukleus sel itu. Elektron yang bergerak arah lawan jam (pergerakan ke kanan seperti tawaf) bergerak dengan kekuatan tenaga magnetik dan menghasilkan tenaga yang membina. Manakala elektron yang mengelilingi nukleus sel mengikut pusingan arah perjalanan jam menghasilkan tenaga memusnah dan dikenalpasti sebagai sel radang.
Tubuh manusia terdiri dari gabungan berbillion sel dan ini bermakna kita adalah satu magnet yang cukup besar. Sebagai magnet, kita juga ada medan magnet yang disebut "aura", sebagaimana bumi yang mana medan magnetnya disebut lapisan "ozon". Aura atau ozon ini bertujuan sebagai perisai. Samada magnet tubuh kita menarik atau menolak unsur2 tertentu adalah bergantung kepada ciri magnetik tubuh kita yang dijalankan oleh berbillion-billion sel yang masing2 dengan fungsi masing2.
Inilah yang ketengahkan oleh CVT dalam terapi magnetiknya yang sangat memerlukan ais untuk mengkutubkan kembali tenaga magnetik tubuh manusia sebagaimana bumi diliputi ais pada kutub utara dan selatannya untuk kestabilan bumi. Ozon/Aura yang menipis akan memanaskan kutub dan mengganggu kestabilan kerana kehilangan tenaga magnetiknya. Inilahyang terjadi pada bumi dan tubuh manusia. Manusia yang sering terdedah kepada kepanasan cuaca, demam panas, stress, makanan berasid yang bersifat panas dll, telah melemahkan tenaga magnetik tubuh dan inilah yang perlu difahami mengapa terapi magnetik menggunakan hidroterapi ais sangat perlu untuk mengembalikan kestabilan diri.