CVT meliputi segalanya.
Orang kata "Iman tanpa ilmu akan sesat".Maka saya mula mempelajari ilmu CVT dari Prof Dr Sir Norhisham Wahab pada tahun 2002 sehingga peringkat Diploma tahun 2004, dan seterusnya saya masih lagi hadiri kursus-kursus lanjutan yang diadakan dari masa ke semasa. Dan orang kata lagi "Ilmu tanpa amal akan sia-sia". Maka saya mula mengamalkan dan mempraktiskan ilmu CVT dengan membantu orang-orang sakit. Kemudian saya meneruskan lagi pembelajaran saya dengan mengkaji CVT Universal, bermula dari BISMILLAH ke AL-Quran ke Hadis ke Hablumminannas ke perawatan. Saya menghormati setiap manusia yang bergelar penyampai ilmu kepada saya dalam setiap peringkat itu tanpa saya taksub dengan mana-mana dari mereka, kerana saya yakini CVT Universal adalah dari ALLAH yang MUTLAK. Saya percaya CVT Universal menitikberatkan kemanusiaan dan keadilan. Itulah hukum keseimbangan sejagat.
CVT adalah singkatan bagi Colour Vibration Therapy yang mana dalam Bahasa Melayu ialah Terapi Getaran Warna. Dunia ini akan sungguh membosankan kalau tak ada warna. Bagaimana dengan orang buta? Saya berpendapat mereka juga menikmati warna-warna di dunia ini. Bezanya mereka tak menikmati dunia warna melalui deria mata, tapi mereka menimati dunia warna melalui deria rasa.
Saya mengatakan, dunia ini tak akan wujud tanpa warna. Saya berpendapat, warna terhasil dari tenaga bunyi. Bunyi juga adalah tenaga...jadi saya boleh terima pendapat saintis yang mengatakan alam terjadi dari satu dentuman bunyi. (Itu kajian saintis yang mahu mencari-cari bukti melalui intellektual masing-masing.) Kalau warna adalah bunyi, bunyi adalah tenaga, tenaga dari mana?...Tentunya tenaga ada pemiliknya....dan saya percaya pemilik tenaga adalah TUHAN. Jadi, saya percaya, Tuhan telah menjadikan seluruh alam ini dengan tenaga-tenaga sahaja. Manusialah yang melabelkan itu dan ini kemudiannya dengan daya intellek...tenaga yang boleh didengar kita labelkan tenaga bunyi, tenaga yang boleh dilihat kita labelkan tenaga cahaya dan warna, tenaga yang boleh dirasai kita labelkan getaran.
Bunyi adalah satu bentuk tenaga yang boleh dikesan samada melalui deria manusia, binatang, tumbuhan atau menggunakan alat ciptaan hasil intellek manusia. Segalanya adalah berkait dengan tenaga. Sekecil zarah sekalipun, ada tenaganya, oleh itu ada-lah getarannya dan ada-lah bunyinya(frekuensi) dan ada-lah warnanya.
Persoalannya...mampukah telinga kita mendengar segala bunyi?(Kalau boleh dengar segala bunyi...tentu bolehjadi gila kita agaknya).mampukah mata kita melihat warnanya? kulit kita merasa getarannya? Sebagai manusia, sudah tentu kita ada keterbatasan. Kita boleh melihat, tapi tak semua warna, kita boleh mendengar tapi tak semua bunyian, kita boleh merasa, tapi tak semua getaran...
Menggunakan daya intellek manusia inilah maka Prof Dr Sir Norhisham Wahab telah mengenengahkan sebahagian dari ilmu CVT universal kepada ilmu CVT sistem Norhisham. Masih banyak usaha yang perlu diberikan oleh Prof Norhisham untuk menjadikan ilmu CVT sistem Norhisham mencapai tahap universality.Insyaallah dengan berkat kerjasama dan perpaduan semua pihak, tidak mustahil CVT sistem Norhisham mampu mencapai tahap universality.
CVT yang universal adalah tenaga yang tidak diikat ke dalam apa-apa bentuk peraturan. Ia meliputi segalanya. CVT tulen adalah merangkumi semua, boleh dikhususkan dan diAMkan menurut kaedah/method/cara tertentu dan juga lokasi. Getaran dan Warna adalah ciptaan Allah dari azali. DIA turunkan ke alam fanak ini dengan berbagai-bagai menurut "patuh". Maka dengan kepatuhan setiap makhluk, tergolonglah setiap satu dalam kategori warna-warna dan getaran-getaran tertentu. CVT sistem Norhisham telah membongkar sebahagian darinya dan menyenaraikannya dalam ilmu getaran dan warna. Pengkajian Prof Norhisham juga tertakluk dalam dzatNYA. Rupanya segalanya hanyalah tenaga2 sahaja...benarlah kalau gitu kita tertipu dengan mata, sebab kita percaya mata melihat sesuatu di luar diri kita, yang sebenarnya ia adalah tafsiran otak kita sendiri.
Subhanallah.....rupanya masih terlalu banyak yang perlu dikaji dan masih belum diketahui dalam ilmu Getaran dan Warna. Dalam CVT universal, +ve dan -ve perlu digabungkan, dipasang-pasangkan, menyeluruh dan berkait antara satu sama lain.