Mengenali Rawatan Hideroterapi dalam CVT
Oleh: Dr Norhisham Wahab
Pengenalan
Colour Vibration
Therapy membongkar rahsia penyakit dengan keajaiban alam melalui tanda-tanda
warna.
Setiap penyakit itu ada penawarnya dan
itulah ketetapan Ilahi. Syaratnya manusia perlu mengkaji ilmu dan
memahami ketetapan dan peraturanNya maka akan terbukalah rahsia yang perlu
diketahui. Percayakah anda bahawa ubat atau penawar telah sedia wujud dalam
tubuh anda? Rahsia penawar sesuatu penyakit itu sebenarnya berpunca daripada
apa yang anda lihat, dengar, fikirkan dan rasa (perbuatan/ amalan). Itulah
racun dan itulah juga penawarnya
Colour Vibaration Therapy Mengajak Anda
Berfikir
Penyelidikan dan kajian telah
menggabungkan pakar-pakar sains fizik dan kimia, juga telah melibatkan
petua-petua tradisional dan para pengkaji Al-Quran dan As-Sunnah. Ianya melibatkan
pengaruh dalaman dan kerohanian. Walau apapun pendekatan yang cuba dikaitkan
dengan rahsia roh dalam pelbagai rupa bentuk tenaga, ia tetap mengikut hukum
tabii alam yang amat teratur, tepat dan tidak ingkar walaupun sesaat. Inilah
sebenarnya konsep cahaya atau rahsia warna yang akan mengikut hukum yang telah
ditetapkan.
Penyakit juga merupakan salah satu bentuk tenaga
mengikut falsafah CVT. Walaupun ia melibatkan serangan bakteria, virus, fungus
(kulat) atau apa sahaja ia tetap merupakan salah satu bentuk tenaga. Oleh itu
CVT percaya tenaga yang dikenali sebagai penyakit itu boleh diubah bentuk atau
dipindahkan bagi mengembalikan semula hak tenaga asal pada kedudukan atau
tempat yang telah ditetapkan..
Penyelidikan dan kajian Colour Vibration
Therapy akhirnya membongkar rahsia kebesaran air. Kajian asas secara perubatan
Terapi Getaran Warna (CVT) ini telah membongkar banyak rahsia-rahsia ketetapan
dan peraturan hukum alam. Ketetapan dan peraturan (syariat) ini berkait rapat
dengan unsur-unsur kejadian (hakikat) angin, api, air dan tanah bermula dari
cakerawala sehingga ke bawah (bumi) dan kejadian manusia
Keempat-empat unsur ini dari istilah
sains kimia dikenali Nitrogen, Oksigen, Hidrogen dan Karbon manakala dari
istilah fiziknya pula dikenali sebagai cahaya, haba, kimia dan magnet. CVT
telah mengkaji empat unsur tadi tentang kedudukannya daripada cakerawala
sehingga bumi dari perspektif kimia dan fizik yang tiada batasannya
Jika berlaku sesuatu pencerobohan maka
berlakulah juga iktibarnya iaitu bencana atau penyakit samada kepada alam
mahupun kepada manusia
Aura Atau Warna-Warna Kehidupan Ada di
Mana-mana
Aura atau pun digelar juga sebagai
gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna
pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya
ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup. Aura
berbentuk seperti telur raksasa. Aura adalah sebuah medan `energy’ atau tenaga
yang hidup. Setiap sel berbeza energi atau frekuensinya untuk membentuk
organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu tahu
tugas masing-masing. Organ hanya satu alat yang membentuk seperti ginjal,
perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya
hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya
pelbagai warna dengen frekuensi tertentu.
Air, Air Sejuk dan Ais
Air merupakan asal
kejadian atau penciptaan semua unsur yang hidup di alam ini. Semua benda jika
dikaji dari sudut sains adalah terjadi daripada unsur air. Semua benda itu pula
amat alah dan akan kembali menjadi air. Air yang baik dan hidup ialah air yang
mengalir. Jika air itu kaku disuatu tempat maka ia akan menjadi busuk dan
kotor. Maka di situlah peranan pergerakan (sembahyang) amat penting dalam
penjagaan kesihatan. Bagi air yang beku atau ais, ia sebenarnya memiliki
struktur yang amat kukuh dan stabil dan inilah sebabnya kenapa mandian ais dan
Seri Wajah juga akan memperbaiki struktur atom yang lemah atau longgar serta
boleh meningkatkan kandungan Oksigen dalam tubuh
Air, udara dan angin merupakan unsur
hidup yang bercas negetif atau elektron yang jika ini tiada didalam tubuh maka
manusia yang mempunyai cas positif atau proton tidak dapat digetarkan atau
meneruskan kehidupan. Tubuh manusia memegang kunci kepada rahsia tanah yang
sebenarnya unsur mati yang tidak boleh tidak memerlukan unsur air dan angin
sebagai tenaga luaran
Fakta Al-Quran mengenai peratusan air
dan tanah bumi ini adalah sejajar dengan fakta saintifik. Ini terbukti Islam
dalam pandangan Al-Quran menyebut sebanyak 32 kali tentang lautan (air) dan 13
kali tentang daratan (tanah). Jika ini dihitung maka peratusan air juga adalah
memenuhi 71.111% ruangan tubuh. Iaitu 32 ditambah dengan 13 persamaan dengan
45. Maka peratusan air adalah 32/45 x 100 iaitu 71.111% dan tanah 13/45 x 100
bersamaan dengan 28.888%
Ini membuktikan air menguasai alam dan
tubuh. Tubuh kita adalah penyimpan rahsia alam. Maka air adalah amat penting
dalam konsep rawatan manakala tanah atau daratan pula amat penting dalam konsep
mengenal kejadian atau penciptaan diri kita. Atas tamadun Islam inilah
dijadikan titik tolak (panduan) kepada ahli-ahli sains untuk membuat
pemerhatian dan kajian agar ilmu tetap membawa amal dan pengajaran yang
menguntungkan
Air mengimbangi kawanan tekanan rendah
Orang yang kekurangan air adalah
terdedah kepada gelombang yang memberi tekanan perasaan dan secara tidak
langsung kemampuan otak untuk berfikir atau berfungsi menjadi lambat dan lemah.
Dengan bekalan air yang sedemikian, maka air tadi akan dapat mengesan dan
mengimbangi kawasan tekanan rendah yang dipenuhi dengan gas-gas lengai di dalam
tubuh yang memberikan tanda-tanda sengal, kebas, bisa-bisa dan seumpamanya.
Tubuh atau jasad adalah seumpama unsur yang mati jika kekurangan air. Jika ini
berlanjutan, maka kita sebenarnya menuju ke arah kemerosotan nilai kehidupan.
Daya hidup yang mementingkan kebersihan
belum dapat menentukan medan tenaga di persekitaran tempat tinggal anda
turut bersih. Faktor sudut dan perletakan barang, jenis barang hiasan,
warna-warna, cahaya dan pengaliran udara juga mempengaruhi keadaan medan tenaga
tersebut samada menjadi panas dan kering atau sejuk dan basah. Sejuk dan basah
akan menceriakan atau mengharmonikan persekitaran tempat tinggal dan dapat
meningkatkan tahap kesihatan seseorang ke tahap yang optimum. Bagi mendapatkan gelombang
persekitaran sejuk dan basah tersebut, maka airlah yang memegang kunci tersebut
Kemulian Air Pada Pandangan
Islam
Air juga adalah makhluk
atau hamba Allah SWT seperti kita. Allah SWT menciptakan segala sesuatu yang
hidup daripada air. Air akan taat kepada perintah manusia yang sentiasa
patuh kepada Allah SWT. Contohnya Saidina Omar Al-Khatab di zaman
pemerintahannya pernah mengarahkan air sungai Nil supaya mengalir semula secara
‘vibration’. Ini boleh terjadi kerana ia mempunyai gelombang yang bertindak
mengikut niat kita
Air dan niat
Air sebenarnaya mempunyai getaran
gelombang yang bertindak mengikut niat kita. Ia dapat merakam mesej gelombang
elektromagnetik dalam bentuk cahaya ke dalam tubuh melalui niat. Air adalah rahsia
kerendahan diri atau rahsia bawahan yang tersembunyi segala rahsia mutiara diri
manusia.
Angin dan air adalah unsur hidup kerana
ia boleh diarah mengikut niat atau mengikut ukuran gelombang yang dirakam
secara saintifik. Mereka sebenarnya sentiasa bertasbih kepada Allah. Begitu
juga dengan mahluk-mahluk yang lain. Rahsia Kaabah yang mempunyai ‘signal’ yang
paling kuat melalui penghantaran isyarat dari satelit (langit) yang juga
memegang rahsia sejuk dan basah kerana adanya air zam-zam dan batu hitam
(hajarul aswad) di tepinya. Hakikat niat yang dilakukan secara penyerahan
adalah isyarat gelombang yang paling laju dan boleh mencapai ke dasar tubuh.
Hembusan dari hidung yang mengeluarkan wap-wap air daengan kandungan karbon
dioksida adalah cara memberi mesej kepada air untuk sesuatu tujuan atau niat
Rahsia kehebatan air
sembahyang
Perawatan menggunakan
air adalah sunnah nabi. Mengambil air sembahyang atau kerap mandi adalah rahsia
insan yang sebenarnya dapat mengimbangi haba dan persekitaran tubuh yang tidak
dapat diselubungi oleh aura yang buruk dan merugikan. Air sembahyang atau
wudhu’ sebenarnya mengandungi rahsia yang maha hebat bagi tujuan kesihatan
jasmani dan rohani. Mengekalkan air sembahyang atau wudhu’ dapat memelihara
semua deria atau pancaindera kita daripada gelombang jarak jauh yang
melalaikan. Air wudhu memegang rahsia penyucian diri dan iman. Keimanan inilah
yang membuat seseorang menjadi ikhlas, syukur, sabar dan tenang (hening). Kuman
atau unsur-unsur tenaga jahat dapat ditundukkan apabila kita cukup minum air,
berwudhu dan mandi
Fakta Saintifik
Dalam kehidupan
seharian kita terdedah kepada pelbagai bentuk gelombang di sekeliling kita sama
ada yang baik atau sebaliknya. Gelombang tersebut adalah bersifat ghaib atau
‘visual’ iaitu tidak mampu dilihat oleh mata kasar kita. Kita perlu mencuci
aura tubuh supaya tidak dipengaruhi oleh radiasi yang terdapat di persekitaran
tubuh. Radiasi yang tidak didingini ini wujud disebabkan oleh pendedahan yang
berlebihan kepada sinar matahari dan pemakanan yang berlebihan yang gagal dicernakan
dengan sempurna bagi pertukaran karbon dalam usus. Ini secara tidak langsung
menyebabkan merosotnya kandungan air atau Hidrogen yang turut mencemarkan aura
kita dari dalam tubuh
Air Pembersih Aliran Tenaga
Yang Kotor
Campuran dan pencemaran
tenaga dengan peralatan elektrik dan elektronik seperti ketuhar letrik, aliran
elektrik, gelombang radio, komputer, televisyen dan seumpamanya boleh diukur
dengan peralatan moden. Ini telah diketahui oleh orang-orang zaman dahulu
sebelum penemuan alat-alat pengukur bahawa kesemua kecanggihan tersebut perlu
dikawal. Pengawalan ini perlu untuk mengharmonikan gelombang yang amat kuat
pengaruhnya terhadap keseimbangan dalaman sel-sel tubuh di tahap spiritual,
emosi dan mental
Air dan Keabadian Tenaga
Gelombang atau segala
bentuk tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi ia boleh diputuskan. Bentuk tenaga
atau gelombang yang buruk ini memerlukan air sebagai kuasa pemutus yang baik.
Walaubagaimanapun gelombang-gelombang ini tetap akan bertemu atau bersambung
semula
"Kerja-kerja pembersihan aura
atau gelombang ini perlu dilakukan secara konsisten seperti pengambilan air
sembahyang atau wudhu’ sebanyak lima kali sehari".
Kita mempunyai pilihan untuk menentukan
tenaga atau daya hidup yang paling selamat dan semulajadi untuk kita guna atau
amalkan dalam rawatan atau penjagaan kesihatan kita pada semua tahap spiritual,
emosi dan mental
Di zaman teknologi ilmiah, kini Aroma
Therapy dengan komponen air adalah kesatuan vital yang paling selamat dan
semulajadi untuk rawatan penyakit secara menyeluruh sehingga ke tahap gangguan
spiritual
Penggunaan di waktu malam
berkesan
Aroma Therapy Vibration
amat berkesan digunakan apabila pesakit menggunakannya di waktu malam dan amat
menakjubkan kesannya jika pesakit tidur di tempat yang tidak disinari cahaya.
Rahsia air sejuk (kombinasi air dan ais) serta Aroma Therapy sebagai penghantar
isyarat getaran dengan kelajuan gelombang yang tinggi menjadi penawar dan mampu
menguasai pelbagai bentuk gelombang yang rendah yang telah gagal berinteraksi
dengan tujuh sistem cakra yang mengikut susunan warna pelangi di dalam tubuh
kita
Mengapa Anda Harus
Menggunakan Aroma Therapy Vibration?
Kerana cara
penggunaannya amat mudah dan ringkas serta keupayaannya bertindak sebagai agen
pencegahan, pertahanan dan penyembuhan yang paling sesuai untuk seisi keluarga
Teknologi tinggi Colour Vibration
Therapy berupaya meniru, menyerap, merakam dan memerangkap getaran gelombang
berfrekuensi tinggi dan laju ke dalam pati Aroma Therapy Vibration
Mandian ais suatu kehebatan
Mandian ais dengan
Aroma Therapy Vibration akan meningkatkan jumlah Oksigen di dalam darah dan
meneutralkan gas-gas lengai yang mengganggu tahap kecerdasan seseorang. Kuasa
air sejuk (air dan ais) serta Seri Wajah bertindak sebagai peneutral yang ideal
dan dapat menghantar isyarat gelombang dengan laju kedalam sistem tubuh
Air yang mempunyai kuasa semulajadi
dapat menentukan kelajuan penghantaran gelombang bergantung kepada keperluan
tenaga yang diperlukan oleh tubuh seseorang. Suatu perkara yang harus diingat
iaitu air yang mengalir dan jernih juga mempunyai rahsia kelajuan cahaya yang
menyerlahkan lagi sinar cantik pada aura anda. Mandi bagi orang yang demam akan
dapat mengimbangi sistem organ atau pergerakan cecair atau limfatik tubuh dan
juga darah yang cukup bekalan Oksigen
Bulu Roma sebagai deria yang
tercanggih bagi mengesan isyarat gelombang dalam wap-wap air
Deria atau antena yang
mempunyai cas-cas neutron bertindak sebagai reseptor penganalisa dan penerimaan
getaran gelombang (Elektromagnetik) terletak dalam rahsia bulu roma kita yang
terdapat di mata, di dalam hidung dan telinga. Manakala gigi sebagai pengesan
elektrokimia untuk kekuatan tulang (Struktural). Bulu roma adalah pancaindera
yang unggul sebagai mata minda atau mata batin yang menghubung dan mengimbangi
antara kita dan kebesaran alam. Adalah sangat efektif untuk pelbagai jenis
penyakit jika kita menambahkan sedikit sulfur dan garam kepada air mandian. Ais
dapat menyerap elektron dari udara sekitarnya dan melepaskannya semula ke bahagian
luar tubuh kita
Air yang ditambah tenaga
sebagai kuasa pemangkinan di dalam Aroma Therapy Vibration
Manusia memiliki 99
peratus tenaga atom dan tubuh manusia boleh menyimpan tenaga serta boleh
bertindak sebagai reaktor nuklear yang hebat. Aroma Therapy Vibration dirumus
secara khusus dengan ditambah tenaga ‘partikal pemercepatan pemangkinan’ bagi
mengekplotasi kehbatan ini. Mandian ais yang telah dititiskan beberapa titik
Seri wajah dapat meningkatkan tenaga yang rendah pada tubuh dan melepaskan
tenaga tersekat serta mengubah pola atau medan elektrik atau sinar X dan
radioaktif yang mencemarkan aura serta mengganggu sistem tubuh dengan
mempercepatkan atau melambatkan frekuensi tenaga setiap sel-sel yang tertentu.
Warna dari cahaya yang terperangkap di dalam memori ais amat kuat mempengaruhi
keseimbangan sel-sel tertentu dalam sistem tubuh kita
Mandian yang kerap dan konsisten selama
tujuh hari dengan menggunakan Aroma Therapy Vibration akan mengubah spiritual,
emosi dan mental ke tahap yang lebih menceriakan. Secara perlahan-lahan anda
akan mengalami perubahan fizikal sehingga ke tahap yang lebih bertenaga ,
mengurangkan tanda-tanda keskitan seperti kebas, kejang, ngilu dan akhirnya
anda akan pulih daripada gangguan kesihataaan yang mengelirukan
Mandian air yang ditambah dengan Aroma
Therapy Vibration serta ais dapat memutuskan gelombang radiasi luaran yang mana
jika selagi tidak diputuskan ianya akan menjadi tarikan kepada kebocoran
radiasi dari dalam tubuh. Bahagian perut dan usus dikenalplasti menjadi sumber
radiasi tersebut dengan kemunculan asid sebagai kuasa tarikan kerana ia
mewujudkan kawasan tekanan paling rendah. Aromatherapy berupaya merangsang
kelenjar pineal melalui isyarat deria bulu roma melalui konsep media
(Hidroterapi) menuju ke sasaran mahkota teratas di pusat kawalan iaitu kelenjar
pineal dan ini akan meningkatkan paras melatonin
AIR DAN KEAJAIBAN MELATONIN
Alami perasan awet muda
dengan pengambilan jumlah air yang mencukupi dan tingkatkan tahap immunisasi
tubuh untuk mementang segala jenis alahan
Penggunaan Aroma Therapy Vibration akan
mencuci aura-aura yang buruk di persekitaran tubuh dan menjadi benteng atau
perisai halus agar tubuh tidak ditembusi oleh gelombang-gelombang yang
merugikan. Colour Vibration Therapy mengenalpasti bahawa 75% penyakit
sebenarnya bermula daripada gangguan kerohanian
Ramai yang menggunakan Aroma Therapy Vibration
untuk mendapatkan kesan Teraupatik memperbaiki diri dan kualiti kehidupan yang
mengalami kemerosotan nilai seperti (sedih, kecewa, putus-asa, keliru, patah
hati, terperanjat, melatah, gelisah, murung, bingung, tertekan, dan sebagainya