DIARY
DSE
8/9/2006
Saya melawat seorang makcik di
Permas Jaya. Setibanya saya di
28/8/2006
Hari ini saya pergi melawat
seorang yang mengalami bengkak bahu selepas terjatuh ke lantai. Saya
25/8/2006
Dah agak lama saya tak
mengemaskini DiariDSE ni. Berbagai permasalahan kehidupan telah membuat saya
meletakkan DiariDSE ini di satu sudut yang sunyi dalam laman web ini. Saya
13/3/2006
Pagi ini saya mendapat informasi
tambahan mengenai mesin air alkali
CVT. Air alkali mudah berubah
bentuk kerana faktor persekitaran seperti suhu, tekanan, tahap kebisingan dsb.
Begitulah yang terjadi kepada air zam-zam yang dipindahkan dari tempat asalnya.
Ia mungkin telah melalui perubahan suhu persekitaram, tekanan dsb yang
menyebabkan khasiat air zam-zam yang di bawa balik tidak sama dengan khasiatnya
semasa di
Begitulah juga denga air alkali CVT yang ditakung, seeloknya digunakan
dalam masa 6 hari. Oleh sebab itu, CVT tidak menjual air, tetapi samada ianya
dibekalkan kepada pesakit sebagai sebahagian dari rawatan atau pesakit membeli
sendiri mesin air alkali CVT untuk mendapat kebaikan air ini secara berterusan.
Mesin air alkali mampu menghasilkan air alkali sehingga tahap PH9. Air
alkali sangat sesuai diamalkan 2-3
gelas sehari bagi orang sihat dan lebih kurang 1.5 liter sehari bagi orang yang
mengalami sakit kronik. Air yang bersifat alkali tinggi adalah bersifat sejuk.
Penyakit pula bersifat panas. Jadi amalam minum air alkali ini dapat membantu
pesakit2 kronik, tetapi hendaklah di kurangkan pengambilannya setelah mereka
sembuh. Air zam-zam yang bersifat alkali tinggi (PH13-14) adalah lebih sejuk.
Antara sebab air zam-zam ini sesuai di minum di Mekah kerana cuacanya yang
panas.
RX water tidak dinafikan cara pemprosesannya kerana telah pun disahkan
oleh SIRIM. Walau bagaimanapun, tahap PH RX water adalah terhad kepada
PH7(neutral), dan tidak mampu mencapai PH9 seperti air alkali CVT.
12/3/2006
Seorang pesakit kencing manis
telah datang kepada saya dan memberitahu saya bahawa amalan berterusan dengan
NW15 telah menurunkan kandungan gula dalam darahnya daripada bacaan 14 kepada
bacaan 10. Dia masih lagi sering mengalami keletihan, dan saya cadngkan dia
hentikan formula hospital dan teruskan sahaja dengan NW15 untuk mencapai kadar
gula dalam darah yang normal.
11/3/2006
Dah lama saya tak menulis di dalam
diari DSE ini. Jadi pada hari ni
saya
Hari ini ingin saya sambung
kembali dengan menulis tentang seorang pesakit lelaki yang mengalami gatal2
kulit di bahagian kakinya. Pesakit tak mau lakukan rendaman badan walaupun telah
dipujuk dan dinasihatikan berbagai2.
Jadi saya hanya lakukan rendaman kaki untuk beliau. Selepas hari ke-3
rendaman kaki, kawasan kulit yang gatal-gatal sudah mula menampakkan kering.
Saya memberikan formula kepada beliau untuk di amalkan setiap hari.
Alhamdulillah…masalah kulit gatal2nyasudah hilang.
Saya juga mendapat tahu pesakit
Stroke di Hospital Changi yang saya lawati akhirnya kini sudah beransur pulih.
Tetapi beliau tidak pulih sepenuhnya melalui cara CVT. Beliau dibantu dengan
urutan tradisional dan saya bersyukur dia kini telah mampu
bergerak.
28/1/2006
Seorang teman menziarahi keluarga
temannya mendapati bapa keluarga itu(87 tahun) sakit tenat dan anak2nya semua
mengandaikan bahawa orang tuanya itu sudah tiba masanya untuk “pergi”. Teman
saya ini dengan ikhlas menawarkan bantuan. Beliau merawat pesakit dengan
memberikan air+garam booster. Kemudian disapukan mukanya dengan air + sw dan
diulangi hingga beberapa jam. Alhamdulilah sehari kemudian pesakit mau makan dan
minum tetapi mengalami demam dan sakit-sakit urat. Alhamdulilah dengan izin
Allah, pada hari ketiga, pesakit
merasa lebih sihat dari sebelumnya. Subhanallah….
2:269 Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan
(ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang
ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah
diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran
(dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal
fikirannya.
26/1/2006
Seorang kanak2 berusia 12 tahun
mengalami demam berpanjangan sejak 7 bulan yang lepas. Pemeriksaan darah oleh
pihak hospital menunjukkan beliau mempunyai masalah darah. Saya telah
membekalkan pesakit dengan air alkali yang dibacakan khusus untuk pesakit. Juga
saya mengajarkan penggunaan SW untuk amalan harian.
21/1/2006
Alhamdulillah anak yg demam
berumur 8 tahun sudah sembuh dengan amalan air+SW dan garam booster. Keadaan
ibunya yang tidak selesa kini sudah pun sihat dan lega. Psoriasis yang
dialaminya menunjukan perubahan +ve di bahagian muka. Bahagia lain masih belum
berubah. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
19/1/2006
Pesakit kanak2 yang demam semalam,
Alhamdulillah beransur sembuh. Respon ibunya mengenai TZQ sangat positif setelah
beliau mencubanya pertama kali. W/bagaimana pun keadaan dirinya tidak selesa
setelah meminum air+sw setiap jam. Sy beritahu dia ini adalah pembongkaran
penyakit yang telah lama terpendam dalam diri. Saya nasihatkan untuk teruskan
minum air+sw setiap jam untuk proses itu diteruskan dalam
tubuh.
18/1/2006
Seorang kanak-kanak berumur 8
tahun demam yang berpanjangan.
Seluruh keluarga mendapat demam bergilir2, tetapi anak ini agak lama dari yang
lain2. Ibunya membawa dia ke klinik saya untuk mendapatkan runding cara. Saya
mengambil segelas air yang dicampur sedikit garam booster dan membacakan sedikit
doa pada air dan memberi minum. Saya mencadangkan ibunya untuk mengambil SW dan
menunjukkan cara2 guna untuk anak demam. Saya memberikan sedikit tunjuk ajar
mengenai TZQ kepada ibunya yang berminat ingin tahu sebagai amalan hariannya.
Saya bekalkan anak itu dengan air alkali yang telah dibacakan sedikit doa khusus
untuknya. Ibunya sendiri mengalami maslah kulit yang sudah lama. Sy mencadangkan
11/1/2006
Pasien dari
7/1/2006
Pasien Singapura yang datang pada
2/2/2006 telah kembali utk rawatan susulan. Respon beliau, kini perut yang
dulunya terasa keras dan banyak angin, kini sudah mula terasa lega.
5/1/2006
Pesakit di hospital JB telah mampu
makan dan bercakap seperti biasa. Beliau mengatakan, tubuh terasa panas, dan
bila menyapukan air alkali+sw pada tubuh, tubuh beliau terasa selesa dan sejuk.
Saya menggalakkan beliau minum lebih banyak air alkali+sw untuk mengembalikan
semula tenaga dalaman. Beliau masih belum mampu bangun atau berdiri sendiri,
tapi boleh menggerakkan seluruh tubuh. Saya memeriksa kaki, tangan dan kws
punggung beliau, apakah ada terasa kebas atau tidak, alhamdulillah…..semua
anggota2 itu masih terasa jika dicubit.
3/1/2006
Pesakit di hospital JB telah
menjalani pembedahan di kepala. Keadaan beliau stabil tetapi asyik mabuk/muntah
kerana tak tahan dengan ubat bius. Doktor kata air dikepala telah di salurkan
keluar melalui kencing(wallhaualam, sy tak nampak apa2 tiub dari luar). Saya
mencadangkan air alkali +SW untuk disapukan ke tubuh beliau dan juga diminum.
2/1/2006
Seorang pasien dari Singapura
telah datang ke DSE untuk rawatan masalah kesuburan dan angin dalam badan. Saya
menjalankan rawatan hidro kepada beliau dan membekalkan air alkali, SW dan
beberapa formula lagi. Saya bersyukur kerana beliau akhirnya dikurniakan Allah
semangat dan kudrat untuk sampai ke DSE walaupun dengan menaiki bas. Beliau
telah lama mengintai-intai rawatan DSE dan akhinya berkat kesabaran dan
keikhlsan, akhirnya beliau bertemu saya di DSE hari ini. Saya amat gembira dapat
bertemu beliau akhirnya.
1/1/2006
Saya melawat seorang pesakit di
Hospital Sultanah Aminah,JB yang akan menjalani pembedahan di kepala kerana
dikatakan ada “air” yang perlu dikeluarkan yang menyebabkan beliau berasa sangat
lemah untuk melangkah kaki. Saya menyapukan sedikit air alkali kemuka dan kaki
beliau dan juga sedikit Seri Wajah, sebagai persediaan apa sahaja sebelum beliau
disorong ke bilik bedah.
31/12/2005
Pasien dari
Semasa lawatan beliau sekeluarga
ke DSE hari ini, anaknya yang sulong sedang mengalami sakit kepala seperti
migrain. Saya memberikan segelas air yang dicampur sedikit garam booster dan
dibacakan sedikit doa. Sebaik sahaja selesai meminum, anaknya merasa sakit
kepalanya lega. Alhamdulillah, semuanya kuasa Allah.
30/12/2005
Saya bertemu dengan seorang
pesakit Singapura yang telah dimasukkan ke ICU selama 12 hari dan masih di dalam
wad biasa 10 hari. Beliau asalnya mengalami sakit jantung kemudiannya strok.
Saya telah mencadangkan isteri beliau untuk melakukan sapuan Aroma Seri Wajah +
air alkali di muka dan mana2 bahagian tangan, kaki dan badan. Juga, saya telah
mencadangkan pesakit diberi minum air alkali+sw setiap jam dengan pasrh kepada
Allah sahaja. Semuga air alkali+SW itu, apabila memasuki tubuh badan sipesakit
akan terus berfungsi dengan izin Allah, keseluruh tubuh pesakit sebagai
penawarnya.
28/12/2005
Saya bertemu dengan seorang teman dan anaknya menceritakan
seseorang telah mengenalpasti bahawa anak gadis itu mempunyai saka. Lalu
disarankan kepada ibubapa gadis itu untuk membuang saka tersebut, dengan
mencadangkan pergi suatu tempat bomoh. Di
Saya telah menasihatkan anak gadis tersebut agar tidak mengulangi kesilapan itu. Saya juga telah mencadangkan beliau kaedah hidroterapi dan Aroma Seri Wajah yang boleh membantu beliau menenangkan diri serta beberapa amalan untuk menguatkan tenaga rohani dan menambah keyakinan diri kepada Allah. Allah sahaja tempat berlindung.
114:1 Katakanlah : Aku
berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.