(Applied Kinesiology)
Applied Kinesiology (AK) adalah kaedah mengesan
kelemahan atau kesakitan pada diri sesaorang dengan menekan pada bahagian yang
lemah. Dengan kaedah AK, aliran tenaga yang ujud dalam tubuh sesaorang dapat
dikesan. Tenaga elektomagnetik ini dihantar ke otak untuk rangsangan dan terus
kebahagian organ yang lemah.
Secara semulajadi apabila
tempat yang mengalami kesakitan itu disentuh, lengan kanan pesakit akan menjadi
lemah dan tidak bermaya berbanding dengan sentuhan pada tempat yang tidak
mengalami kesakitan. Ini adalah keajaiban akal manusia.
Kaedah ini juga dapat
mendedahkan elemen-elemen dalaman utama iaitu spiritual, mental, emosi dan
fizikal yang mana elemen-elemen ini mempunyai hubungan yang rapat dalam
penyatuan kekuatan manusia dalam menanggung bebanan toksin dari serangan kuman.
Kinesiology menggunakan
kaedah ini untuk mengesan kelemahan dan punca penyakit dengan menekan pada 20
tempat pada anggota pesakit. Terdapat 8 tempat di bahagian kepala atau fungsi
otak dan 12 tempat pada bahagian fizikal atau fisiology.
Apakah jenis penyakit yang
dapat dikesan?
Ini bergantung kepada kepakaran pengdiagnos. Pengetahuan mengenai sistem
fisiology, mental, psikologi dan lain-lain adalah saling berkait. Pengetahuan
ini jika digandingkan dengan kaedah Applied Kinesiology akan dapat memberikan
diagnos yang tepat. Bagaimanapun dengan mengandingkan AK dan fisiology, sudah
memadai untuk mengesan tempat kesakitan dan punca penyakit yang dialami oleh
sesaorang pesakit dapat dikesan dengan tepat. Penyakit yang berpunca daripada
gangguan luaran juga dapat dikenalpasti.
Punca sebenar yang
menyebabkan penyakit dapat dikesan dengan tepat dan cepat. Contohnya penyakit
migraine biasanya dikesan berpunca daripada masalah usus besar. Orang yang
kerap sendawa mungkin mengalami masalah pada hati atau pancreas. Demam yang
berpanjangan mungkin berpunca daripada masalah stress yang berlebihan.
Dengan cara yang sama
preskripsi NW Vibration untuk sesaorang pesakit akan dapat dikenalpasti secara
tepat mengikut keperluan. Ini dengan sendirinya dapat mengelakkan pembaziran
tenaga dan wang ringgit.
(c) 2002 Diversified Servces & Enterprise
No.55A, Jln Bacang 39, Tmn Kota masai, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia
013-735 2355(Anuar) 016-753 3479 (Sakina)
e-mail : [email protected];
[email protected]