Setiap unsur aktif di dunia ini mempunyai kecenderungan masing-masing. Ianya terbahagi kepada 2 kumpulan utama iaitu bersifat alkali atau asid, bercas positif atau negatif. Setiap unsur yang ada bau, ada rasa, ada warna mesti mempunyai tenaga pada ukuran yang tertentu, sama ada bercas positf atau bercas negatif.
Semua organ tubuh terbentuk dari puluhan ribu sel.
Setiap sel pula dibentuk oleh ribuan molekul yang terbentuk dari elektron,
proton dan neutron. Untuk memastikan sel berfungsi dengan betul, elektron
mestilah mempunyai tenaga yang cukup seperti bulan mesti mendapat tenaga yang
cukup untuk mengelilingi bumi.
Semua jenis penyakit terjadi kerana kegagalan
sel-sel organ berfungsi sepenuhnya. Ada juga penyakit yang berpunca dari
kegagalan sel-sel organ yang lain berfungsi dengan sepenuhnya kerana fungsinya
yang berangkai. Ada juga organ yang gagal berfungsi dengan sepenuhnya kerana
tidak menerima isyarat yang jelas dari bahagian pusat kawalan.
Secara amnya, organ tubuh yang diciptakan
sepatutnya berfungsi dengan elok mengikut peraturan dan tugasan masing-masing
jika tidak dapat sebarang gangguan tenaga pada sel (sebarang jisim yang
bergerak akan terus bergerak jika tidak terdapat sebarang gangguan – rintangan
dan sebagainya).
Gangguan tenaga sel boleh berpunca dari tenaga yang
terdapat dalam makanan, tenaga di alam persekitaran dan tenaga dari perubahan
emosi atau sikap. Sel memerlukan setiap elektron mempunyai tenaga yang cukup
untuk berfungsi secara optima.
Darah yang sihat mempunyai ukuran ph sedikit alkali
iaiti antara 7.4-7.5. Sel-sel darah merupakan sel yang paling penting dalam
memastikan semua organ berfungsi sepenuhnya selain dari otak sebagai pusat
kawalan. Sel-sel darah kehilangan tenaga akibat dari pemakanan yang mengandungi
unsur asid yang berlebihan yang tidak dapat dineutralkan dalam jangka panjang.
Sifat sel yang hanya menggunakan sejumlah kecil makanan menjadikan berkumpulnya
unsur-unsur yang tidak sihat di dalam sistem darah. Apabila darah yang mengalir
ke seluruh organ ini mengandungi unsur atau tenaga yang tidak diperlukan,
sistem tenaga organ-organ lain juga akan mula terganggu sedikit demi sedikit.
Oleh kerana manusia dicipta dengan kekuatan dan
kelemahan yang berbeza, maka tentulah setiap orang mempunyai kekuatan dan
kelemahan di organ-organ yang berbeza. Inilah antara sebab kenapa dua orang
yang mengambil makanan yang sama tidak semestinya akan mendapat penyakit yang
sama.
Sikap emosi juga memainkan peranan di mana emosi
yang negatif – panik, tidak sabar, marah, sedih akan menyebabkan system tubuh
mengeluarkan asid. Secara amnya sifat yang baik yang dapat mengelakkan atau
mengurangkan kesan sesuatu penyakit ialah tenang, sabar, ikhlas dan redha.
Amalan berfikir tentang perkara-perkara yang positif
dapat membantu kita membentuk atau mencapai sifat-sifat di atas. Itulah antara
sebabnya kenapa berfikir sejenak itu dikatakan lebih baik dari berzikir.
(c) 2002 Diversified Servces & Enterprise
No.55A, Jln Bacang 39, Tmn Kota masai, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia
013-735
2355(Anuar) 016-753 3479 (Sakina)
e-mail : [email protected];
[email protected]