Prinsip rawatan saya:

 

Sebagai seorang perawat perubatan alternatif, saya tidak terikat  dengan mana-mana metod (cara) tertentu kerana setiap perbuatan itu dari Allah jua.

 

 Al-Quran 37:96 Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!        ( And Allah has created you and what you make.)

 

Saya menggabungkan metod-metod yang saya fahami dan mengapplikasikannya mengikut kesesuaian pesakit pada masa saya merawat. Allah jua penyembuh sebenar. Setiap perbuatan dengan niat, maka niat saya tertakluk dalam ayat Allah seperti di bawah :

Al-Quran 6:162 Katakanlah: sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam

 

 

 

 AL-Quran 28:69 Dan Tuhanmu mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka zahirkan.

 

 

 

Al-Quran 50:16 Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

 

 

 

 

Sebagai Perawat dengan keikhlasan kerana Allah, saya mesti menghayati bahawa pesakit itu  adalahakutapiakubukan pesakit.

 

Penyakit datangnya dari Allah, tiada penyakit yang berpunca dari manusia, tetapi manusia selalu mengaitkannya dengan sebab-sebab tertentu. Saya menganggap penyakit/pesakit itu adalah anugerah Allah untuk dilayani dengan penuh kemanusiaan. Tidak sepatutnya kuman,virus, bakteria itu dihapuskan atau dibunuh kerana kesemuanya adalah makhluk yang sentiasa bertasbih kepada Allah.

AL-Quran 17:44 Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

 

 

 

 

 

 

 

Apakah penyakit (kuman,virus,bakteria dll) tidak bertasbih?

 

SubhanAllah walhamdulillahi walaa ilaha illAllah walahaulawala quwatailla billah

Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada tuhan selian Allah, tiada upaya kita selain Allah sahaja.

Berdasarkan di atas, saya tidak berupaya merawat anda, tetapi dengan bertasbih dan cara manusia menghayati tasbih sahaja yang dapat merawat diri serta memberi bantuan untuk orang lain. Oleh itu saya berpendapat, seharusnya kita layani pesakit/penyakit itu dengan bergabung dalam tasbih seikhlas2nya kerana Allah agar masing2 dapat menjalankan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi.

 

Al-Quran 28:68 Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya dan Dialah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya.

 

 

 

 

Formula-formula yang wujud di alam ini samada yang –ve atau +ve adalah alat-alat yang perlu digabungkan sahaja menurut kesesuaian, agar ia berfungsi dalam tubuh badan manusia dengan cara masing-masing yang berbeza-beza. Tidak ada satu formula yang pasti akan menyembuhkan penyakit tertentu selain keyakinan pesakit bahawa dia akan sembuh dengan kekuasaan Allah sahaja.

 

Jadi, biar apa pun nama penyakit itu dilabelkan oleh manusia, janganlah kita semua merasa risau, bimbang atau gentar, kerana hanya Allah sahaja yang akan memelihara kita untuk sembuh semula, atau terkecuali dari penyakit-penyakit itu.

 

Oleh itu, saya mengajak anda semua para penderita penyakit, tak kira apa jua bentuk penyakit anda samada penyakit spiritual, emosional, mental atau pun penyakit fizikal, marilah kita sama-sama mengingati Allah yang menyembuhkan penyakit kita dengan 100% berusaha dan berserah. Semoga masalah kita akan pasti tercapai.

 

Sakina Osman

Pengamal/Penasihat Perawatan Alternatif

DSE Pasir Gudang

http://www.geocities.com/kinimra

Tel :+6016 7533479

Hosted by www.Geocities.ws

1