Apa itu Tafakur-Zikir-Qalbu?

Tafakur-Zikir_Qalbu (TZQ) adalah satu bentuk meditasi melapangkan fikiran dan mengenal diri dengan memfokuskan hati kepada Allah semata-mata.

 

Tujuan  TZQ

TZQ membantu sesiapa sahaja untuk mengenali kebesaran Pencipta dalam ketenangan. 

 

Mengapa anda perlu TZQ?

Anda akan belajar bagaimana untuk membantu diri mencapai batin yang hening.  Belajar pasrah kepada Allah semata-mata setelah usaha-usaha yang banyak anda lakukan menemui jalan buntu. Barulah anda sedar bahawa ilmu yang ada pada kita sangat sedikit kerana sudah habis usaha dilakukan mengikut ilmu yang ada, tetapi tetap menemui jalan buntu. Maka di situ, anda akan tersedar bahawa ilmu Allah meliputi segalanya dan Allah Maha Mengetahui….jadi tika itu anda akan berserah pada Allah semata2 dalam TZQ. Anda kosongkan minda dan perasaan, agar Allah isikan dengan ilmuNya kepada anda. Nanti setelah lakukan TZQ, anda akan dapat ilham baru atau Allah akan temukan anda dengan seseorang untuk membantu anda, atau anda akan rasakan sendiri perbezaan pada diri anda.

 

Bagaimana TZQ membantu merawat masalah anda?

Dalam rawatan, perawat akan membimbing pesakit untuk belajar menyendiri dahulu. Cuba selami apa yang berlaku dalam tubuh sendiri. Apa pun penyakit itu, biarkan Allah sahaja yg memberi arahan kepada penyakit-penyakit yang sentiasa bertasbih itu, untuk menurut perintah Allah. Tetapkan fokus anda kepada zikir ya Allah ya Allah dalam hati. Timbulkan rasa cinta yang dalam, lakukan dengan bersihkan diri anda dari ego, merendah diri kepada Allah yang Maha besar kekusaanNya.

 

Siapa perlu lakukan TZQ?

Sesiapa sahaja tanpa batasan agama dan atau bangsa.

 

Kenapa TZQ digabungkan dengan air alkali dan SW (Seri Wajah Aromatheraphy)

Air alkali adalah air yang hidup dengan pelbagai ciri-cirinya seperti dalam penerangan artikel air alkali. Air juga mudah merakam maklumat yang diterima dalam bentuk getaran, si persekitarannya.

 

SW dititiskan kedalam air alkali adalah bertujuan untuk membuang rakaman-rakaman gelombang terdahulu yg telahdi rakam oleh air tadi. SW yang telah dirakam dengan gelombang berfrekuensi sgt rendah dan menghampiri 0Hz, mampu menukar frekuensi air kepada frekuensi SW iaitu 0Hz untuk menjadikan air itu tenang dan hening kembali.

 

Minumlah air alkali yang telah dititiskan SW. Air alkali yg membawa frekuensi keheninga tadi akan menolong anda mencapai keheningan batin.

 

Kemudian, lakukan TZQ sebaik shj selepas meminum air alkali + SW. Lakukan dengan rasa penuh rendah hati dan bersuci dari ego kepada Allah semata-mata. Lakukan begini selama 30min dan rasakan perbezaannya sebaik selesai melakukannya. Lakukanlah dengan penuh keikhlasan dan kejujuran kepada diri anda sendiri.

 

Hosted by www.Geocities.ws

1