Counter

 

Pertama - Kedua - Ketiga -Keempat - Kelima - Keenam -Ketujuh

Ekspedisi kami ke Gunung Tahan kami bermula pada Jumaat 28/03/2003 
jam 9.00 malam. Bertolak daripada Kuala Lumpur ke Jerantut berkereta.

Hari Pertama
Merapoh -Sg Relau - Kem Kor

Kami sampai tiba awal di Stesen Jerantut, baru kami lega sedikit dapat juga melegakan punggung kami selepas 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.  Terima kasih kepada Fisha kerana membolehkan kami tiba dengan selamat, walaupun keadaan kenderaan yang tak berapa baik.  Kemudian kami menggunakan perkhidmatan keretapi untuk sampai di Gua Musang seterusnya ke Merapoh. 

Dengan perkhidmatan KTM kami rasakan dapat lebih rehat tetapi  bunyi bising koc keretapi membuatkan kami tak berapa selesa untuk tidur. Walaubagaimanpun ianya cepat tiba ke destinasi di Gua Musang.

Tiba di stesen Gua Musang, kami tidak menunggu lama dengan menyewa sebuah van sewa menuju terus ke Sg Relau, pejabat Perhilitan kira-kira 6.00 pagi disana. Sementera menunggu pejabat dibuka pada 8.00 pagi , kami sempat berehat dan memastikan kelengkapan kami mencukupi. 

Selepas check in dan declare barang , Kami diperkenalkan dengan nature guide kami iaitu Nashar. Kira-kira 9.00 pagi kami bertolak dengan kenderaan 4wd ke Kuala Juram lebih kurang 15 km jauh perjalanan.


Foto bersama guide kami Nashar (kanan sekali)

Ekspedisi mendaki Gunung Tahan kami bermula di Kuala Juram bersama guide kami menuju ke campsite pertama di Kem Kor. Yang best tu, kita orang mendaki berpakaian lengkap sesuai untuk mendaki tapi brader guide ini , steady  jer dengan t-shirt, seluar pendek, stokin bola dan berselipar jepun. Perghh..

Sepanjang perjalanan kami ada merentasi anak sungai, keadaan trek yang agak basah kerana hujan di paginya. Situasi ini merisaukan kami kerana hujan yang tak menentu boleh mengganggu perjalanan ke puncak Tahan. Di sana kami ada melalui Kuala Luis dan Lata Luis campsite sebelum tiba di Kem Kor. Tiba di sana kami berhenti rehat, berkhemah dan bermalam di sana. 


Berhenti rehat di Kuala Luis iaitu 5 km dari Kuala Juram.

Seterusnya

 


Hosted by www.Geocities.ws

1