|

Hari
Kedua
Kem Kor - Belumut
Perjalanan kami diteruskan daripada Kem Kor ke Belumut lebih kurang 7.5 km jauhnya. Di sana kami singgah seketika di Permatang dan Kubang untuk berehat. Ketika ini keadaan trek mula menaik lebih kurang 874 meter ketinggian semasa di Permatang. Keadaan cuaca agak baik tapi dingin sedikit.
Tiba di Belumut lebih kurang 5.30 petang ,keadaan waktu agak mendung dan kami lihat keadaan sekeliling banyak kawasan tanah yang berlumut. Mungkin itu sebabnya dipanggil Belumut. Nasib baik tak 'Berlumpur'. tak ke naya kami..
Kami berkhemah dan bermalam di sana. Semasa kami mengambil air tidak jauh daripada campsite. Kami dapat juga merasakan kesegaran air bersih dari aliran air gunung. Walaupun dia punya air colour macam teh o' tapi dia punya kualiti ...mmmm 100 % . Ini disebabkan aliran dicelah-celah akar-akar kayu dan lumut. Di malam harinya selepas makan malam keadaan cuaca hujan turun dengan lebatnya. Ini meyebabkan khemah kami dimasuki air daripada bawah khemah. Apa nak buat ,tidur jerlah sampai pagi. 
Foto diambil di Belumut campsite
Seterusnya |