|

Hari Ketiga
Belumut - Bonsai - Puncak Tahan
Selepas sarapan , kami teruskan perjalanan menuju puncak Tahan. Di sana kami melalui Bonsai dan Bukit Botak campsite. Yang menarik setiap tempat persinggahan kami terdapat cerita di sebalik nama campsite tersebut. Contohnya Bonsai kerana kebanyakan pokok-pokok disana seperti pokok hiasan Bonsai tapi ianya bersaiz besar. Malangnya kami tidak dapat mengenal pasti nama-nama flora disana.

Pemandangan di Bukit Botak. Kelihatan trek menuju ke puncak.

Salah satu flora yang kelihatan seperti bonsai yang
Dan Bukit Botak pula kerana keadaan sekeliling yang lapang dan gondol. Apa yang best lagi tu , terdapat takungan air gunung yang mengalir dicelah-celah batu. Apa lagi kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil air dan minum. Dapat kami rasakan kesegaran air tersebut berbanding air-air yang biasa dibeli atau minum seharian.

Sewaktu di Bonsai pada ketinggian 1705 meter
Kami tiba di puncak Gunung Tahan kira-kira 4.35 petang waktu Malaysia. Itulah tujuan dan matlamat kami semua untuk menawan puncak Tahan. Kami bernasib baik keadaan cuaca yang baik membolehkan kami sampai di puncak. Kami dapat lihat pemandangan sekeliling yang sungguh indah dan menarik. Pemandangan puncak gunung yang berdekatan dan trek-trek yang kami lalui dapat kami lihat dengan jelas. Peluang untuk merakamkan foto-foto menarik tidak dilepaskan untuk diabadikan sebagai kenangan sepanjang ekspedisi kami.

Keadaan cuaca yang baikkhemah kami ketika di puncak.

Beginilah keadaan puncak di waktu pagi, sejuk, berangin serta berkabus.
Seterusnya |